Nak macam Abah dah kitaorang ni. Suka
bebenar pergi Zoo. Pergi tengok haiwan. Raya tahun lepas ada pergi dah Zoo
Taiping & pada December lepas pergi Bukit Merah Ecopark. Then, baru-baru ni
pergi Bukit Gambang Safari Park(BGSP) pulak. Pergi ke tiga tempat bertemakan
haiwan dalam masa enam bulan. Memang animal loverla kitaorang ni, macam Tokli. Ketiga-tiga
tempat ni memang macam sama iaitu tengok & interaksi dengan haiwan, tapi
BGSP ada kelainan compare dengan yang lain. BGSP ada singa putih & BGSP
adalah satu-satunya tempat yang mempunyai singa putih. Siap ada satu pasang
lagi. Masuk-masuk jea BGSP, terus berjumpa dengan pair of white lions. Zone
yang menempatkan white lions ini dipanggil Simba Hill. White Lions adalah
haiwan kebanggaan & kemegahan BGSP.
Di Simba Hill
White Lion Couple tengah bersantai
Selain Simba Hill, kawasan-kawasan lain yang menempatkan pelbagai jenis haiwan adalah seperti Wild Savannah, Night Jungle, Foreign Village & Forest
Land. Di Foreign village ada pet animals while di Forest Land ada haiwan
jenis reptile, amphibian, birds, monkeys, fishes, insects, beruang pun ada & banyak lagi. BGSP ni
boleh tahan besar & luas jugak tempatnya, yang boleh menempatkan kesemua haiwan-haiwan
ini.
Masa mula-mula berjalan di dalam BGSP, nak
kena mendaki sedikit. Atas bukit kan Safari Park ni. Nama pun Bukit Gambang.
Dah betul-betul mendaki sampai atas, sedar-sedar dah berada di dalam bangunan
pada tingkat yang paling atas. Then, tengok haiwan-haiwan start dari atas hinggalah menurun
ke bawah. Haiwan yang paling last &
berada di tingkat paling bawah adalah burung. Nasib baik ada stroller untuk Dak
Zafran. Tak adalah semput time mendaki. Tapi walaupun berjalan time cuaca panas
& nak banyak kena berjalan & mendaki, tak adala rasa bahang & penat sebab di
atas bukit ni sentiasa windy. Rasa sejuk jea. Peluh pun cepat jea
tersejat.Haha. Satu lagi, nak berjalan
di BGSP pun rasa sangat mudah & selesa sebab walkway yang ada di sepanjang
BGSP sangat visitor friendly. Walkwaynya berbumbung & baby pram friendly.
Dah start kena mendaki
Pergi ke Foreign village dahulu seba Night Jungle belum dibuka lagi
Di Foreign Village
Dak zafran macam cuak jea tengok arnab tu
Ada wallaby dalam cage tu
Arnab lagi
Rumah tradisional pun ada
Dah berada di Forest Land. Belakang tu adalah sarang scorpions
Tengok ikan dalam akuarium
Kura-kura tengah menikmati juadah
Belakang tu iguana
Beruang
Sun bear
Satu lagi yang best di BGSP adalah Wild Savannah. Wild Savannah membolehkan kita berada dekat dengan haiwan-haiwan liar apabila berada di habitat semulajadi haiwan-haiwan ni. Haiwan-haiwan liar yang ada di dalam wild savannah adalah Hyena, singa, harimau, cheetah, gajah, hippopotamus, gajah & banyak lagi. Rasa macam di Afrika pun ada. Tapi di dalam Wild Savannah ni, of coursela kita dipisahkan daripada haiwan ni, dengan berada di dalam tram. Itu sebab Wild Savannah dikenali sebagai Tram Drive Thru Zone. Tram inilah yang bawa kita berjumpa dengan haiwan-haiwan ni. Yeala, kita nak tengok haiwan yang bukan setakat liar malah ganas kot. Memang cari nahasla kalau tak duduk dalam trem. Tram yang bawa kitaorang ini juga, akan berhenti betul-betul dekat dengan haiwan-haiwan wild savannah. Ada haiwan yang terus terkam tram yang mendekati mereka. Macam time kitaorang, ostrich yang pergi terkam trem yang kitaorang naik. Duk patuk-patuk trem kitaorang.
Naik tram nak masuk ke Wild Savannah
Tunjuk elephant kat Dak Zafran
Dak Zafran tengok dengan penuh minat
Tengok lions pulak. Ni lions biasa jea, bukan white lions
Ostrich ni la duk patuk2 tingkap tram
Time di kawasan harimau, Dak Zafran dah start losing interest
Di BGSP juga ada animal shows. Kalau boleh stay lagi sampai ke malam, boleh tengok fire show & tarzan show. Nak tengok Night Jungle Animals pun boleh jugak. Night Safari start dibuka pada pukul 6pm. Tapi kitaorang ta kpusing habis di Night Safari & tak tengok kedua-dua show sebab lewat sangat. Dak Zafran lak dah penat & start meragam.
Bird Show
Di Night Jungle
Tapir
Dah di exit dah
Tinggi Dak Zafran baru 80cm. No wonderla ticket for him still free..ahaks
Overall, BGSP memang best sebab lokasi yang sangat strategic, very visitor & baby friendly & ada banyak jenis haiwan yang ada di situ. Yang paling best Dak Zafran dah pandai tengok kesemua haiwan ni. Macam ni Wild Savannah, walaupun tengok dari dalam trem, Dak Zafran ada tengokla & bagi respon bila kitaorang tunjuk-tunjuk haiwan kepadanya. Tak adala buat blur & buat hal sendiri. Haha. Komen negative , just tak boleh bawak masuk makanan luar jea. Nak makan, kena beli di dalam BGSP. Maybe nak jaga cleanliness & juga as marketing strategy untuk lariskan makanan yang diaorang jual di dalam BGSP. Tak kisahla yang tu. Kitaorang dah makan siap-siap sebelum masuk BGSP. Apapun, BGSP best & terbaik.