Economical & Simple Homemade Pizza
Kalau beli pizza dari domino/pizza hut, mesti nak kena spend
lebih RM30 baru dapat makan dengan kenyangnya, dengan sepuas-puasnya. Kalau
spend below than that, just celah-celah gigi kitaorang jea. Betapa kitaorang
kuat makankan
Lepas dah spending hampir RM50 beli pizza, terasa nak try
buat sendiri. Tapi disebabkan takut spending
beli bahan lagi banyak compare beli yang siap punya & juga takut
buat roti pizza tak menjadi, terus tak jadi nak buat sendiri. So, just beli pizza
sahajala. Tapi baru-baru ni ada member post gambar pizza yang dia buat
sendiri di IGnya. Captionnya lagi puas makan yang buat sendiri punya compare dengan beli kat
pasar malam yang so celah gigi jea. Terfikir, kalau dia boleh sendiri, tak akan
saya tak boleh buat. Saya try la google resipe pizza paling simple yang boleh.
Jumpa resipe di blog Ismail Ahmad. Resipe ni ada provide semuanya dari buat roti
pizza hinggalah ke end product. Setelah modify resipe asal dengan mengunakan
bahan yang ada di dapur, maka terjadila resipe di bawah.
Doh Pizza
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 sk yis segera
3g / 1/2 sk garam
5g / 1 sk gula
10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun (saya guna
minyak masak biasa jea)
1/2 cawan air suam untuk menguli
Untuk sos pizza
Saya guna sos Prego Brand Kimball.
Untuk Topping
2 Ketul ayam yang dipotong kecil-kecil. Goreng hingga
separuh masak.
½ bawang besar
Keju Chedar 3 keping dipotong panjang-panjang
Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak
di dalam satu mangkun. Gaul rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli
sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.
PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang beli tu aktif. Paling
selamat lakukan proses Penapaian. Mudah saje. Ambil air suam dalam 1/3 cawan
dan campurkan dengan gula dan yis
terlebih dahulu. Kalau Yis berbuih maknanya yis tu aktif dan bolehlah korang
campur bahan-bahan doh pizza.
2. Sukatan air pula bergantung pada tepung gandum yang
korang gunakan, agak-agak supaya doh pizza tu tak melekat di tangan. Jika
taknak melekat pada tangan, pastikan tangan dilumur dengan minyak masak
terlebih dahulu sebelum uli tepung. Uli & ramas-ramas doh beberapa minit
sambal duduk depan TV. Buat lebih kurang 30 minit.
3. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang
panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. Boleh letak tepi ketuhar
atau dapur gas. Nak lagi cantik perap di tempat yang ada cahaya matahari. Cara
nak tau doh dah cukup perap ialah dengan tekan doh dengan jari, doh tu tak akan
memantul. Kira dah cun dah tu.
4. Tumbuk-tumbukkan doh kasi keluar angina. Bukan badan
manusia aje ada angin. Doh pizza pun ada angin juga. Lepas tu rehatkan lagi doh
lebih kurang 7 minit. Banyak betul doh ni rehat.
5. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Sampai
masanya korang canaikan doh jadi bulan setelaj agak-agak dalam 2 cm. Kalau nak
isi cheese kat tepi pun boleh juga. Terpulang pada selera korang. Masukkan doh
dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.
6. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak
gelembung masa bakar. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza.
7. Taburkan ayam kemudian taburkan keju cheese slice.
8. Akhir sekali bakar pizza gebu ala-ala domino tu selama
lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree.
Pizza in the making
Tadaaa..siap dah Pizza
Food critic tetap yang tak berapa nak berjaya
Tak sangka menjadi buat pizza walaupun first time buat. Roti pizza naik dengan gebunya pulak tu. Nak buat roti pizza just uli pakai tangan sahaja. Tak guna mixer pun tak apa. Modal pun tak keluar banyak. Just spend beli yis sahaja yang harganya RM0.70. Yang lain semuanya dah ada kat dapur seperti ayam(yang pakai 2 ketul sahaja), bawang(1 biji sahaja), sos prego(setengah botol sahaja), cheese slice(3 keping sahaja) & tepung. Rasanya total harga semua bahan untuk buat pizza size regular tak lebih daripada RM10. Tapi modal ni sesuai untuk buat pizza yang simple sahajala. Kalau nak canggih sedikit macam nak letak topping parmesan cheese, oregano, lada benggala, button mushroom, nenas & etc. Maybe modalnya lebih dari RM10. Tapi taklah semahal compare beli di kedai. Dan yang lebih penting lebih menyihatkan compare yang beli punya. Mak nenek preservative memang tak adala. Lepas ni bolehla buat lagi untuk dijadikan breakfast, takpun makan petang.
Sedapnyaaaa! Nak try lahh.
ReplyDeletetryla buat.. recipe simple jea..guna bahan pun yang wajib ada kat dapur @Ardilla Noorezan
ReplyDelete