Ayer hitam adalah syurga buat para pengemar barangan seramik
seperti pasu bunga, bekas bunga telur, hiasan bunga & etc. Selain barangan seramik, ada pelbagai barangan yang lain boleh didapati di situ seperti barangan kraf tangan, teddy bear besar-besar, buah-buahan tempatan (mempelam, durian belanda, etc), barangan perkahwinan (artificial sirih junjung, bunga telur,etc), kerepek-kerepek, bantal kekabu & sebagainya. Masa zaman sekolah rendah dulu, kalau ikut mak-mak pergi ke Ayer Hitam, wajib ada beli something. Selalunya beli pasu-pasu seramik untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah.
Sekarang ni bila saya yang dah berstatus mak pulak pergi ke situ, saya macam tak
tahu nak pilih perhiasan macammana yang sesuai untuk dihias di dalam rumah saya. Macam-macam design ada, tapi macam tak ada yang berkenan di hati. Design kesemua barangan seramik semuanya yang dari dulu sampai sekarang sama jea. Stail banyak-banyak ukiran bunga-bunga heavy pada pasu. Kalau dulu saya rasa design tu cantik yang mak-mak kita suka, tapi
sekarang rasa macam tak sesuai untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah saya. Design ukiran bunga padat-padat macamtu sangat
leceh untuk dijaga sebab perangkap habuk. Saya nak menyapu & mengemop rumah
seminggu sekali pun susah. Inikan pulak nak cuci ukiran pada pasu bunga. Satu lagi kerawang pada pasu agak tajam, yang
bahaya kalau terdedah kepada kanak-kanak. Pasu yang design modern kotemporari
tak banyak yang ada. So, satu pasu pun tak beli di situ.
Barangan yang diperbuat daripada rotan
Window shopping
Ambik gambar dulu untuk alihkan perhatian Dak Zafran daripada melihat toys depan tu
Barangan seramik seperti pasu, mug & etc
Macam-macam jenis design bekas bunga telur ada
Saya survey lagi barang yang boleh dibeli. Stail saya akan mencari barang yang praktikal and the sama time harga murah. Maksud saya praktikal adalah barang itu ada kegunaan. Bukan setakat perhiasan semata-mata. Just satu barang sahaja yang saya jumpa iaitu 2 tier spice rack yang mempunyai design English cottage. Harganya just RM23. Rack di boleh simpan banyak jar & boleh digantung pada dinding. So, tak adala lagi spice jar yang diletak merata-rata. Kimchi pulak belikan Children squeaky chair metal frame untuk Zafran. Kerusi akan mengeluarkan squeaky sound kalau diduduk di atasnya. Pastu adala beli kerepek-kerepek sebagai buah tangan untuk colleague Kimchi & nanny Zafran. Itu ajela barang yang kami berdua shopping.
Memborong kerepek pulak
Kalau nak shopping sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan, memang sesuai la pergi ke Ayer Hitam. Ayer Hitam juga merupakan one stop centre bagi pelbagai barangan perkahwinan sama seperti Nilai, Negeri Sembilan. Kalau macam saya yang nak cari setakat barangan praktikal untuk rumah saya, just cari di Tesco jea, tak pun di Ikea. Apapun, cuci mata di Ayer Hitam still menyeronokkan.
macam jauh pulak nak pergi ayer hitam
ReplyDeletebalik kampung memang lalu sini....
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html
maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)
bagilah kak oleh olehnya
ReplyDeleteindaah nian.. nicepost
ReplyDeleteKlu pasu seramik yg tinggi peha tu Brp 1
ReplyDeletexsurvey pulak harganya..cuci mata tengok pasu jea..hehe
Delete