26 January 2016

Menang Amy Hilmirda Giveaway 2015

Yeayyyyy..Menang GA lagi..Saya telah memenangi hadiah satu kotak Tjena(Ikea) dari Segmen Amy Hilmirda Giveaway 2015. Tq blogger Amy atas pemberian hadiah ini.

Actually, semasa mula-mula blogger Amy announce pemenang GA beliau, saya tak termasuk pun dalam senarai pemenang tersebut. Tapi disebabkan ada empat hadiah yang tidak ditebus oleh pemenang-pemenang pada tempoh yang ditetapkan, blogger Amy buka hadiah tersebut kepada peserta-peserta GA beliau dengan mengadakan segmen ‘Siapa Cepat Dia Dapat’. Empat peserta yang terawal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, akan mendapat hadiah tersebut. Saya adalah peserta kedua terawal yang join & memenuhi syarat yang ditetapkan. So, dapatla hadiah kotak Tjena yang merupakan salah satu produk dari Ikea. Satu lagi dapat sample herbal pad & pantiliner.



Tadaaa..Dapat kotak Tjena



Itulah rezeki Allah S.W.T ni, kadang-kadang kita tak boleh jangka. Mula-mula ingatkan rezeki tu tak berpihak pada kita. Tapi tiba-tiba akan datang kepada kita jua. Yang penting kita jangan berhenti  berdoa kepada Allah S.W.T selepas berusaha mendapatkannya.

22 January 2016

Economical & Simple Homemade Pizza

Kalau beli pizza dari domino/pizza hut, mesti nak kena spend lebih RM30 baru dapat makan dengan kenyangnya, dengan sepuas-puasnya. Kalau spend below than that, just celah-celah gigi kitaorang jea. Betapa kitaorang kuat makankan
Lepas dah spending hampir RM50 beli pizza, terasa nak try buat sendiri. Tapi disebabkan takut spending  beli bahan lagi banyak compare beli yang siap punya & juga takut buat roti pizza tak menjadi, terus tak jadi nak buat sendiri. So, just beli pizza sahajala. Tapi baru-baru ni ada member post gambar pizza yang dia buat sendiri di IGnya. Captionnya lagi puas makan yang  buat sendiri punya compare dengan beli kat pasar malam yang so celah gigi jea. Terfikir, kalau dia boleh sendiri, tak akan saya tak boleh buat. Saya try la google resipe pizza paling simple yang boleh. Jumpa resipe di blog Ismail Ahmad.  Resipe ni ada provide semuanya dari buat roti pizza hinggalah ke end product. Setelah modify resipe asal dengan mengunakan bahan yang ada di dapur, maka terjadila resipe di bawah.

Doh Pizza
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 sk yis segera
3g / 1/2 sk garam
5g / 1 sk gula
10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun (saya guna minyak  masak biasa jea)
1/2 cawan air suam untuk menguli
 Untuk sos pizza
Saya guna sos Prego Brand Kimball.
Untuk Topping
2 Ketul ayam yang dipotong kecil-kecil. Goreng hingga separuh masak.
½ bawang besar
Keju Chedar 3 keping dipotong panjang-panjang

Cara-cara
1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak di dalam satu mangkun. Gaul rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.
PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang beli tu aktif. Paling selamat lakukan proses Penapaian. Mudah saje. Ambil air suam dalam 1/3 cawan dan campurkan dengan gula dan  yis terlebih dahulu. Kalau Yis berbuih maknanya yis tu aktif dan bolehlah korang campur bahan-bahan doh pizza.
2. Sukatan air pula bergantung pada tepung gandum yang korang gunakan, agak-agak supaya doh pizza tu tak melekat di tangan. Jika taknak melekat pada tangan, pastikan tangan dilumur dengan minyak masak terlebih dahulu sebelum uli tepung. Uli & ramas-ramas doh beberapa minit sambal duduk depan TV. Buat lebih kurang 30 minit.
3. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. Boleh letak tepi ketuhar atau dapur gas. Nak lagi cantik perap di tempat yang ada cahaya matahari. Cara nak tau doh dah cukup perap ialah dengan tekan doh dengan jari, doh tu tak akan memantul. Kira dah cun dah tu.
4. Tumbuk-tumbukkan doh kasi keluar angina. Bukan badan manusia aje ada angin. Doh pizza pun ada angin juga. Lepas tu rehatkan lagi doh lebih kurang 7 minit. Banyak betul doh ni rehat.
5. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Sampai masanya korang canaikan doh jadi bulan setelaj agak-agak dalam 2 cm. Kalau nak isi cheese kat tepi pun boleh juga. Terpulang pada selera korang. Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.
6. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung masa bakar. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza.
7. Taburkan ayam kemudian taburkan keju  cheese  slice.
8. Akhir sekali bakar pizza gebu ala-ala domino tu selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree.


Pizza in the making

Tadaaa..siap dah Pizza

Food critic tetap yang tak berapa nak berjaya
Tak sangka menjadi buat pizza walaupun first time buat. Roti pizza naik dengan gebunya pulak tu. Nak buat roti pizza just uli pakai tangan sahaja. Tak guna mixer pun tak apa. Modal pun tak keluar banyak. Just spend beli yis sahaja yang harganya RM0.70. Yang lain semuanya dah ada kat dapur seperti ayam(yang pakai 2 ketul sahaja), bawang(1 biji sahaja), sos prego(setengah botol sahaja), cheese slice(3 keping sahaja) & tepung. Rasanya total harga semua bahan untuk buat pizza size regular tak lebih daripada RM10. Tapi modal ni  sesuai untuk buat pizza yang simple sahajala. Kalau nak canggih sedikit macam nak letak topping parmesan cheese, oregano, lada benggala, button mushroom, nenas & etc. Maybe modalnya lebih dari RM10. Tapi taklah semahal  compare beli di kedai. Dan yang lebih penting lebih menyihatkan compare yang beli punya. Mak nenek preservative memang tak adala. Lepas ni bolehla buat lagi untuk dijadikan breakfast, takpun makan petang.

14 January 2016

Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas


Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas



Ayat macam bebas dari pengaruh dadah jea..hehe..Takla, kas-kas jea. Apa itu Kas-Kas sebenarnya. Kas kas adalah biji daripada bunga pokok popi yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya. Ia akan dihancurkan dan digaul di dalam kari untuk meningkatkan rasa serta memekatkan kari. Cara untuk mengenali makanan yang telah ditambah kas-kas ada tiga. First, kuah yang dicampur dengan kas-kas kelihatan pekat & nampak sedap. Second, rasanya of course sedap. Yang third, selepas makan makanan yang mengandungi kas-kas, kepala akan rasa berat & mengantuk. Kalau lagi banyak portion yang dimakan, mesti akan tertidur.

Kebanyakkan kari nasi beriani yang saya pernah makan, yang rasanya sedap, selepas makan mesti kepala saya akan rasa heavy. Selalunya akan tertidur. Maknanya confirm dicampur dengan kas-kas. Kalau setakat guna rempah-ratus biasa, takkan adala rasa pening kepala.

Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas
Don't judge this food by its look..Nampak macam biasa tapi rasanya sangat superbbb..

Tetapi berlainan pula dengan Nasi Beriyani Sena di Batu Pahat.  Tempat ni recommended by my SIL, Mimi. Saya order Nasi Beriyani with Kari Kambing. Kuah karinya sangat pekat. Rasanya of course sedap kalau visually pun dah nampak pekat. Ada rasa manis-manis daging kambing. Saya fikir confirmla ada kas-kas dalam kuah kari ni kalau dah nampak pekat semacam. Confirmla akan rasa berat kepala & mengantuk lepas makan kuah kari kaww ni. Rupa-rupanya tak. Tak rasa mengantuk langsung. Siap boleh shopping & jalan-jalan lagi di Ayer Hitam.  Maknanya Kari Nasi Beriyani Sena sedap bukanlah disebabkan dicampur dengan kas-kas. Maybe ada secret recipe yang tersendiri. Saya rasala tak ada kas-kas sebab langsung tak rasa pening kepala lepas makan kuah kari ni.

Nasi Beriyani Sena (Batu Pahat) Yang Sedap & Bebas Dari Pengaruh Kas-Kas
Belakang tu salah satu group of chinese yang sedang menikamti nasi beriyani dan juga mee kari. Makanan selain nasi beriyani pun ada di situ.

Mimi cakap Nasi Beriyani Sena memang sedap pun. Sangat famous di Batu Pahat. Geng-geng U Mimi suka makan di situ. Even Chinese pun ramai makan di situ. Orang cakap kalau nampak ramai Chinese yang suka makan di gerai melayu, maknanya masakan gerai tu betul-betul sedap. Ada orang cakapla. Time saya makan haritu, ramai Chinese pun makan nasi beriyani jugak.  Kedai Nasi Beriyani Sena hanya gerai biasa jea. Lokasinya pun di tepi jalan. Tapi kebersihan tip top walaupun di tepi jalan. Lepas ni kalau pergi lagi Batu Pahat, Nasi Beriyani Sena akan jadi destinasi wajib untuk singgah.


12 January 2016

Shawl Giveaway by Lollipop Manis


Jom sertai Shawl Giveway by Lollipop Manis untuk berpeluang memenangi hadiah shawl. Untuk mengetahui info selanjutnya, just click above banner.

10 January 2016

Ceramics Galore At Ayer Hitam


Ayer hitam adalah syurga buat para pengemar barangan seramik seperti pasu bunga, bekas bunga telur, hiasan bunga & etc. Selain barangan seramik, ada pelbagai barangan yang lain boleh didapati di situ seperti barangan kraf tangan, teddy bear besar-besar, buah-buahan tempatan (mempelam, durian belanda, etc), barangan perkahwinan (artificial sirih junjung, bunga telur,etc), kerepek-kerepek, bantal kekabu & sebagainya. Masa zaman sekolah rendah dulu, kalau ikut mak-mak pergi ke Ayer Hitam, wajib ada beli something. Selalunya beli pasu-pasu seramik untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah.  
Sekarang ni bila saya yang dah berstatus mak pulak pergi ke situ, saya macam tak tahu nak pilih perhiasan macammana yang sesuai untuk dihias di dalam rumah saya.  Macam-macam design ada, tapi macam tak ada yang berkenan di hati. Design kesemua barangan seramik semuanya yang dari dulu sampai sekarang sama jea. Stail banyak-banyak ukiran bunga-bunga heavy pada pasu. Kalau dulu saya rasa design tu cantik yang mak-mak kita suka, tapi sekarang rasa macam tak sesuai untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah saya.  Design ukiran bunga padat-padat macamtu sangat leceh untuk dijaga sebab perangkap habuk. Saya nak menyapu & mengemop rumah seminggu sekali pun susah. Inikan pulak nak cuci ukiran pada pasu bunga.  Satu lagi kerawang pada pasu agak tajam, yang bahaya kalau terdedah kepada kanak-kanak. Pasu yang design modern kotemporari tak banyak yang ada. So, satu pasu pun tak beli di situ.

Barangan yang diperbuat daripada rotan

Window shopping
Ambik gambar dulu untuk alihkan perhatian Dak Zafran daripada melihat toys depan tu

 


Barangan seramik seperti pasu, mug & etc

  Macam-macam jenis design bekas bunga telur ada

Saya survey lagi barang yang boleh dibeli. Stail saya akan mencari barang yang praktikal and the sama time harga murah. Maksud saya praktikal adalah barang itu ada kegunaan. Bukan setakat perhiasan semata-mata. Just satu barang sahaja yang saya jumpa iaitu 2 tier spice rack yang mempunyai design English cottage. Harganya just RM23.  Rack di boleh simpan banyak jar & boleh digantung pada dinding. So, tak adala lagi spice jar yang diletak merata-rata. Kimchi pulak belikan Children squeaky chair metal frame untuk Zafran. Kerusi akan mengeluarkan squeaky sound kalau diduduk di atasnya. Pastu adala beli kerepek-kerepek sebagai buah tangan untuk colleague  Kimchi & nanny Zafran. Itu ajela barang yang kami berdua shopping.

Memborong kerepek pulak

Kalau nak shopping sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan, memang sesuai la pergi ke Ayer Hitam. Ayer Hitam juga merupakan one stop centre bagi pelbagai barangan perkahwinan sama seperti Nilai, Negeri Sembilan. Kalau macam saya yang nak cari setakat barangan praktikal untuk rumah saya, just cari di Tesco jea, tak pun di Ikea. Apapun, cuci mata di Ayer Hitam still menyeronokkan.

5 January 2016

Menang Segmen End Year Giveaway by Seindahcerita

Alhamdulillah..Saya menang wang tunai RM10 dari  Segmen End Year Giveaway by Seindahcerita. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Nieyl.

 Blog saya No. 2

 Tadaa..Blog saya terpilih untuk memenangi Wang Tunai RM10

Sponsor dah transfer RM10

Hope saya menang giveaway lagi.hehe.