The Best Cendolzzz in Taiping Town, Perak..
Akhirnya dapat jugak makan cendol Ansari di kedainya sendiri. Last sekali makan di kedai semasa tengah pregnant kan Zafran dahulu. Lepas tu just bungkus & makan di rumah sahaja. Maybe ada orang kata sama jea makan di kedai ke, rumah ke. Beli cendol dari kedai yang sama juga. Bagi saya, rasa makan cendol di rumah/bungkus tak sama makan cendol di kedai. Kalau makan di kedai, kita akan dapat cendol yang dicampurkan dengan snow ice, yang baru sahaja & freshly dikisar oleh ice shaver(a.k.a ABC maker). Time makan, akan terasa snow ice melting bersama-sama dengan cendol. Then, akan kunyah snow ice bersama-sama dengan cendol. Nikmatnya tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Kalau bungkus, selalunya ais yang diberi adalah ais ketul. Kalau dapat snow cone pun, by the time nak makan di rumah mesti snow cone tu dah cair dalam cendol. So, just dapat air cendol sejuk sahajala. Still sedap jugak, cendol Ansari memang sedap. Just tak boleh challenge dengan makan yang freshly prepared di kedai.
Memang susah nak dapat makan di kedai sebab tempat duduk di
kedai tu selalu penuh. Kalau penuh, kena tunggu at least 15 minutes, baru dapat
sit. Sebab tu selalu bungkus sahaja. Saya pulak selalu balik Taiping time musim percutian. Memang peak time la. Biasalah
namapun famous cendol in Taiping.
Kedai ni pun ada jual pasembor jugak. Yang sebelah kiri tu tempat buat cendol.
Super mouthwatering cendol
Dak Qisya pun join makan cendoiii
Peminat cendol Ansari yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
So far, antara banyak-banyak cendol yang saya pernah makan, semuanya tak boleh lawan cendol Ansari. Santan yang disediakan untuk cendol ini, terasa lemak-lemak & tidak berbau. Cendol pun tersangat lembut. Maybe cendol ini adalah homemade, yang dia sendiri buat. Makan banyak mana pun cendol ni, tak pernah muak. No wonder Ansari mempunyai ramai regular customers, yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Saya harap in future, Ansari dapat expand kedainya supaya dapat menampung lebih ramai pelanggannya.
penuhnya... nanti kalau pi Taiping, kena singgah...
ReplyDeletebaru tau ni.. huhu
Salam..pemenang end year tu yea..sye sponsor,nnti sis email details kat sya yea..nurul_inc@yahoo.com
ReplyDeletewajib singgah kalau ada di Taiping @Siti Nurzafirah
ReplyDelete