2 December 2015

Latih Diri Untuk Menolak Mengunakan Plastic Bag

Sekarang ni saya tengah train diri saya untuk tidak mengunakan plastic apabila membeli barang. Setiap kali cashier ingin membungkus barang saya beli, saya menolak untuk mengunakan beg plastic. Saya letak di dalam foldable shopping bag yang sentiasa ada dalam handbag saya.  Bila dengar saya buat macamni, mesti certain orang fikir saya ni funny and etc,etc.  Fikir saya ni maybe nerdy yang dah terpengaruh dengan Kempen Sayangi Alam Sekitar & so on.

Saya tak kisah orang nak fikir apa, tapi biar saya share satu kisah mengenai seorang budak yang cuba menyelamatkan starfishes yang terdampar di tepi pantai. Dia mencampak starfish masuk ke dalam laut satu persatu. Ada orang tua yang ternampak akan perbuatan budak tersebut & lalu menegur perbuatan budak itu adalah sia-sia & tidak dapat membuat apa-apa perubahan. Selepas mendengar, budak itu mengambil satu starfish & membaling ke dalam laut. Budak itu menjawab yang dia telah melakukan perubahan terhadap starfish yang baru sahaja dia baling ke dalam laut. Apa yang saya nak cakap daripada story ni, walaupun kita rasa apa yang kita buat tak memberi impak yang besar, tapi at least kita ada buat satu perubahan. Macam plastic bag, maybe susah nak memberi big impact to the world sebab tak semua nak buat tapi at least dapat memberi impact pada rumah saya. Rumah saya kurang mempunyai & kurang membuang beg plastik(kalau overlimit).

Rumah saya tak pernah ada lambakan bag plastic. Bag plastic still ada juga sebab datangnya dari Kimchi. Dia susah sedikit nak ikut cara saya sebab tak carry shopping bag sekali. Dia tak ada tempat nak letak shopping bag macam saya. So, setiap kali dia beli barang, mesti akan bawak balik plastic bag. Tapi bag plastic yang dibawa balik oleh Kimchi akan digunakan sebagai beg plastic sampah. Beg plastic yang besar untuk tong sampah & yang kecil untuk buang sisa makanan yang diletak di tepi sinki. Tapi bekas simpanan bag plastic tak pernah penuh sebab beg plastic tak pernah melebihi dari keperluan.

Kalau shopping di Tesco, sesiapa yang mengunakan shopping bag untuk menyimpan barang yang dibeli, point akan diberi jika pemegang Tesco Clubcard. Point dikira mengikut bilangan shopping bag yang digunakan. Lagi banyak shopping bag, lagi banyak point yang diberi. Point yang terkumpul dapat redeem barang yang ditawarkan. See Tesco pun menghargai orang yang mempunyai sikap environmental conscious macam saya ni..heh heh heh (angkat bakul sendiri).


Kalau shopping di Tesco, akan bawak 2 shopping bag. Satu untuk makanan, & satu lagi untuk barang yang bukan makanan.

Bawah total, ada shown 2 kali T Green Bag. Maknanya 2 kali point diberi sebab guna 2 shopping bags

Saya dulu memang tak hiraukan langsung pasal bag plastic ni. Guna ikut sesuka hati jea. Tapi bila fikir balik, plastik ni susah untuk dilupuskan melainkan landfill sahaja.  Imaginela landfill tu. Beg plastic pulak adalah non-biodegradable subtances yang memang tak dapat dilupuskan naturally.  Kalau dah tak ada land lagi nak tanam plastik, nak guna cara apa lagi untuk lupuskan plastic ni. Tak akan nak guna incineration kot. Itulah yang initiate saya untuk menukar attitude & mindset saya supaya lebih mengawal penggunaan beg plastik. Nak ikut ke tak cara saya ni, it’s up to you. At least jangan condemn or make a joke out of me. Just fikir sahajalah, dapat tak kita mengekalkan alam sekitar yang tinggal seciput ni, untuk generasi akan datang.

7 comments:

  1. hm qila pun suruh umi ready paperbag dlm kereta uhuhu

    ReplyDelete
  2. Dalam kerata pun ada letak jugak yg besar punya.kalo shopping guna bag yg niela.. Dlm handbag ada yg kecil just untuk beli satu dua barang sahaja.. @Aqilah Azmi

    ReplyDelete
  3. singgah + follow.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Bagus juga dengan amalan...Sayangi Alam sekitar...Dijemput tuan blog & pengomen setia untuk memeriahkan suasana giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung....

    http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html

    ReplyDelete
  5. @Syira Lokman

    Knp lady susah nk komen blog ni ek.. Tekan2 die masuk entry lain.. Tekan lg die kuo gni.. Tp lady xtahu entry mn tuk komen ni.. Nape ek..

    ReplyDelete
  6. memang hari sabtu selalu bawa beg sendiri kalu nak pi beli barang..

    dah follow blog Penselduabee.. nanti follow balik BBL

    ReplyDelete