Feeling Berada Di La Vallee Village Paris Di Freeport A'Famosa Outlet Village
Yeala, tak mampu pergi La Vallee Village Paris, pergi Freeport A'Famosa Outlet Village (FAO) pun jadila. Ahaks. FAO pun dah nak sama dah macam di Paris, guna konsep outdoor shopping village jugak.
FAO menawarkan pelbagai jenama antarabangsa & juga tempatan seperti Zang Toi, Puma, G2000, Triump, Skechers, Nike & banyak lagi. FAO ni baru sahaja dengan rasminya dibuka pada 28 November 2015. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan A'Famosa Resort.
Berlatarbelakangkan windmill & fountain.
Weolss at Amsterdam.haha..
Kitaorang just datang cuci mata jea. Nak shopping, belum rasa keperluan lagi. Ada carousel yang tak perlu bayar. Nak naik banyak kali pun tak apa. Just kena queue sahaja. Memang excited lah Mohd Noor juniors dapat naik carousel. Bergambar di FAO agak best sebabnya konsep seni binanya bertemakan warisan Belanda. Nak feeling berada di Amsterdam pun boleh jugak. Ahaks.
Interesting :)...
ReplyDeleteFao nie macam jpo jugak kan.. harganya kemain mahal..huhu
ReplyDeletebest jugak ni :)
ReplyDelete