2 December 2015

Cara Buat Peanut Butter Banana Cupcake Dengan Hanya Sekali Blend

Sekali blend sahaja boleh buat cupcake? Biar betik. Ya, betul. Sekali blend sahaja. And then just guna blender pulak tu. Lagila senang, especially untuk yang tak ada mixer. Bagaimana cara nak buat, just refer resepi di bawah.

Peanut Butter Banana Cupcake


Bahan-bahan

1 biji pisang yang dipotong-potong kecil
1/4 tsp baking soda
Pinch of salt
1 tbsp vanilla extract
1 biji telur
3 tbsp honey
1/2 cup peanut butter
1/2 cup chocolate chips

Cara-cara

1. Blend semua bahan kecuali chocolate chips sehingga hancur & sebati.
2. Campurkan bahan adunan dengan chocolate chips. Reserve 2 tbsp sebagai toppings. 
3. Masukkan ke dalam bekas cupcake.
4. Taburkan chocolate chips di atas adunan
5. Bakar pada suhu 200degree C selama 5-10 min.



Cara Buat Peanut Butter Banana Cupcake Dengan Hanya Sekali Blend
Nampak kek macam tengelam sebab guna bekas yang oversize.

Untuk chocolate chips, saya tak adala guna sampai 1/2 cup sebab tak campur dalam adunan. Saya just guna 2 tbsp untuk toppings sahaja. Chocolate chips kan mahal. Kalau letak banyak sangat pun, macam manis sangat pulak. Tapi Dak Zafran memang suka cupcake yang saya buat ni. Dak Zafran suka, bolehla buat lagi...heee..

1 comment: