Homemade Kek Batik With Only Marie Biscuit & THREE Simple Ingredients
Yes, tiga sahaja. Sedikit sahaja kan bahan nak buat kek batik ni. Tiga bahan ini pulak adalah bahan yang simple & wajib ada di dapur. Apakah tiga bahan itu? Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek batik adalah marjerin, serbuk milo & susu pekat.
Cara nak buat kek batik pun senang jugak. Cara-caranya adalah:
1. Cairkan 1/2 Cup Marjerin(kalau nak canggih lagi guna butter) di dalam kuali mengunakan api yang kecil.
2. Setelah cair, masukkan 1/2 Cup susu pekat. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah sebati, msukkan 1 Cup serbuk milo. Kalau nak warna lebih pekat tambah 3-4 sudu serbuk coklat masakan. Serbuk coklat masakan just optional sahaja. Kacau sehingga sebati.
4. Setelah pekat, masukkan 1/2 paket biskut marie.(Lebihkan jika perlu). Kacau rata.
5. Masukkan ke dalam bekas yang disapu dengan marjerin. Mampatkan masa tengah panas-panas.
6. Masukkan ke dalam freezer selama 5-10 minit.
Mudah sahaja kan nak buat kek ni. Recipe ini sangat sesuai kalau nak prepare dessert untuk berbuka puasa jika lepas balik kerja. Maklumla bagi yang bekerja, masa sangat terhad untuk menyediakan juadah berbuka. Dengan nak masak nasi & lauk-pauk lagi. So, sesiapa nak prepare dessert untuk berbuka puasa tetapi ada kekangan masa, buatlah kek batik yang senang ini.
Wow, tiga bahan je!
ReplyDeleteKalau saya tambah serbuk koko dan jugak susu. :)
senangkan..tryla buat sis. @Ana Fatihah
ReplyDeletecik en buat slalu x jadi.. telebih coklat la, terlebih biskut marie la.. hahaha.. tp ni mmg pebret cik en.. nyum2
ReplyDeletehehe..try recipe ni..tengok boleh jadi ke tak.. kalau biskut marie, try dulu letak setengah packet.. Kalau still nampak cairan coklat berlebihan, tambah biskut marie sedikit-sedikit sampai sebati. @Eintan Nurfuzie
ReplyDeletewow senang je rupanya. kene try buat ni time lapang
ReplyDeletesangat senang..hehe @Nurhuda Ismail
ReplyDelete