Bila Mak Buyong Mengidam Makan di Zawara Coffee

Hawa & Mak Buyong, Ana

Ada staff seorang ni, Ana teringin nak makan di Zawara Coffee. Dia pulak tengah pregnant. Saya, Hawa & Lina apalagi, teman & bawakkan Ana pergi makan di situ. Kemahuan ibu mengandung tak boleh dipandang ringan. Kitaorang gamble jea pergi ke Zawarra Coffee walaupun tempatnya jauh & masa rehat pun tak berapa nak panjang, Ini semua demi memenuhi keinginan ibu mengandung. Hehew. Sampai di Zawarra Coffee, dapat tahu yang kitchen pulak tengah repair something. Maybe makanan akan dapat lepas 20 minit.  Tapi kitaorang tetap stick to the plan makan di situ walaupun tahu akan ada kelewatan untuk masuk  office.heh heh.

 Me, Lina & Hawa

 Ini yang saya order

Untuk makan, saya order menu yang saya tak pernah makan lagi iaitu Cheese Meltz Burger. Rasanya tersangatla sedap. Roti sangat lembut, cheese yang tebal melting atas daging, & daging yang sangat tebal. Memang berbaloi order burger ni. Harganya just RM12(kalau tak silap). Next time, kalau datang ke Zawara Coffee lagi, memang akan order Cheese Meltz Burger.

Sekarang ni, if terasa nak minum coffee & at the same nak feeling hipster & urban bagai, tak perlu lagi cari Starbuck. Di Zawara Coffee pun boleh. Di situ juga ada pelbagai jenis coffee yang boleh  order. Harga pun lebih murah & paling penting HALAL. Kalau starbuck, mana pernah dapat sijil Halal JAKIM pun.

Berbalik cerita pasal mengidam ni, masa saya mengandungkan Zafran dulu, saya pernah tercerita dekat ex-staff sorang ni, namanya Fiza. Kononnya saya tak pernah makan macaroon. Saya ceritala dengan Fiza yang saya ni banyak kali plan nak beli, tapi niat mesti terbantut selepas tengok harganya. Mostly saya tengok harga macaroon, sebiji RM6. Saiznya besar sedikit dari duit 50 sen jea. Bila rasa tak berbaloi, cancella plan nak beli. Selang beberapa hari selepas saya cerita, Fiza terus bake & bagi 4 biji macaron untuk saya. Dia cakap risau ibu mengandung macam teringin sangat. hehe. Terharu betul Fiza sudi bake macaron untuk saya.hehe. Thanks la yea, Fiza. Ada orang kata keinginan ibu mengandung kita kena sedaya-upaya penuhi. Kalau dia tak dapat apa yang dia nak, kemungkinan besar anak yang dilahirkan air liurnya sentiasa akan meleleh. Betul atau tidak, Wallahulam....
  

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments: