27 November 2015

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.

Click sini untuk lihat senarai hadiah

Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

26 November 2015

Homemade Kek Batik With Only Marie Biscuit & THREE Simple Ingredients

Yes, tiga sahaja. Sedikit sahaja kan bahan nak buat kek batik ni. Tiga bahan ini pulak adalah bahan yang simple & wajib ada di dapur.  Apakah tiga bahan itu? Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek batik adalah marjerin, serbuk milo & susu pekat.

Cara nak buat kek batik pun senang jugak. Cara-caranya adalah:


1. Cairkan 1/2 Cup Marjerin(kalau nak canggih lagi guna butter) di dalam kuali mengunakan api       yang kecil.

2. Setelah cair, masukkan 1/2 Cup susu pekat. Kacau sehingga sebati.
3. Setelah sebati, msukkan 1 Cup serbuk milo. Kalau nak warna lebih pekat tambah 3-4 sudu serbuk coklat masakan. Serbuk coklat masakan just optional sahaja. Kacau sehingga sebati.
4. Setelah pekat, masukkan 1/2 paket  biskut marie.(Lebihkan jika perlu). Kacau rata.
5. Masukkan ke dalam bekas yang disapu dengan marjerin. Mampatkan masa tengah panas-panas.
6. Masukkan ke dalam freezer selama 5-10 minit.


Homemade Kek Batik With Only Marie Biscuit & THREE Simple Ingredients

Mudah sahaja kan nak buat kek ni. Recipe ini sangat sesuai kalau nak prepare dessert untuk berbuka puasa jika lepas balik kerja. Maklumla bagi yang bekerja, masa sangat terhad untuk menyediakan juadah berbuka. Dengan nak masak nasi & lauk-pauk lagi. So, sesiapa nak prepare dessert untuk berbuka puasa tetapi ada kekangan masa, buatlah  kek batik yang senang ini.

25 November 2015

Pemasangan Smoke Alarm Di Kediaman Mampu Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang



Tahun ini, company saya telah organize Fire Prevention Awareness Program buat kali keduanya. Yang pertama pada tahun 2013.  Penceramah dari Fire Prevention Centre yang telah dijemput untuk memberi talk untuk kedua-dua tahun. FPC adalah satu organisasi bebas yang ingin memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya keselamatan kebakaran di kediaman.

Pemasangan Smoke Alarm Di Kediaman Mampu Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang Pemasangan Smoke Alarm Di Kediaman Mampu Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang

Talk ini of coursela at the end akan promote produk-produk keselamatan kebakaran selepas dah tunjuk punca-punca kebakaran & gambar & video mangsa nahas kebakaran. Produknya seperti smoke alarm, fire extinguisher,  gas detector & etc. Tapi penceramah FPC tak paksa pun beli produk-produk mereka. Masa FPC beri talk yang first, saya berminat untuk beli satu unit fire extinguisher & satu unit smoke alarm untuk kediaman saya. Tapi, saya batalkan niat beli dari FPC  time tu sebab nak compare harga yang dijual di kedai. Mana tahu jumpa yang lebih murah. Selepas dua tahun & FPC datang lagi untuk memberi talk buat kali kedua, saya still tak beli sebab  tak jumpa pun dijual di mana-mana kedai. Maknanya fire safety equipments memang susah nak jumpa di kedai-kedai biasa. So, time talk kedua ni saya terus beli dengan FPC without hesitation.

Plan asal nak beli fire extinguisher & smoke alarm. Tanya pendapat Kimchi, cakap macam tak perlu beli produk-produk ni. Fire extinguisher dah ada dalam keretanya. Just bawak keluar & simpan dalam rumah. Smoke alarm pula katanya macam tak ada function. Kalau ada kebakaran still tak dapat nak selamatkan rumah. Yang boleh selamatkan rumah, smoke detector yang build in sekali dengan pancutan air. Pancutan air memang tak dapatla nak pasang. Berapa pulak nak kena spend. Even office pun tak semua yang ada pancutan air. Smoke detector memang tak boleh menyelamatkan rumah, tapi sebenarnya mampu menyelamatkan yang lebih penting dari rumah iaitu nyawa insan yang tersayang.  Smoke alarm kalau detect asap hitam terus mengeluarkan bunyi yang sangat kuat walaupun dari api yang kecil. Bunyi alarm yang kuat juga boleh mengejutkan kita dari tidur. Bila dah ada bunyi kuat, at least kita boleh menyelamatkan diri & keluarga dahulu, lepas itu baru cuba menyelamatkan rumah sama ada dengan sendiri ataupun dengan pertolongan orang ramai atau bomba. Kimchi just setuju sahaja dengan niat saya. Maybe dia ingat saya terpengaruh dengan marketing strategy FPC kot. Of coursela tak. Macam saya cakapla, FPC tak paksa beli & saya memang plan nak beli smoke alarm ni sejak dua tahun lepas lagi.


Cara pemasangan smoke alarm sebaik-baiknya satu floor ada satu detector. So, rumah saya double storey sepatutnya kena ada dua. Tapi ongkos tak berapa nak ada, beli satu dahulu. Kalau ada satu sahaja, kena install di antara main switch & dapur. Kalau rumah saya, saya install di ceiling. di hadapan tangga.

Pemasangan Smoke Alarm Di Kediaman Mampu Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang Pemasangan Smoke Alarm Di Kediaman Mampu Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang


Saya betul-betul taknak menangguhkan lagi memasang smoke alarm di kediaman saya selepas mendengar berita kematian dua beradik yang rentung dalam nahas kebakaran rumah mereka. Ayahnya cuba menyelamatkan anak-anaknya tapi pengsan selepas hidu asap kebakaran. Tapi ayahnya sempat diselamatkan oleh orang ramai. Anak-anaknya tak sempat diselamatkan sebab berada di dalam bilik & pintu terkunci dari dalam. Asap juga terlalu tebal.


So, saya berharap dengan pemasangan smoke alarm di kediaman saya mampu menyelamatkan nyawa saya & keluarga saya jika berlaku kebakaran. Kita kena usaha menyediakan keselamatan yang terbaik untuk keluarga kita. Kalau boleh invest untuk keselamatan diri dari luar seperti pemasangan grill, tak akan tak boleh invest sedikit untuk keselamatan diri dari kemalangan yang boleh berlaku dalam rumah. Saya tahu setiap kejadian yang berlaku semuanya ketentuan dari Allah S.W.T.  Tapi Allah S.W.T juga menyuruh kita untuk sentiasa berusaha melakukan terbaik di setiap apa yang kita lakukan. Lepas berusaha, barulah boleh serah semuanya kepada Allah S.W.T. 

18 November 2015

Terpilih Untuk Tersenarai Dalam Bloglist Blogger Otai Mrsyanie

Yeay..Menang segmen lagi.  Segmen yang saya menangi adalah Segmen Blogwalking YanieYusof.com (url: http://bit.ly/2l3tbna). Kemenangan ini membolehkan blog saya  tersenarai dalam bloglist Blogger Otai Mrsyanie (url: http://yanieyusuf.com/). Thanks Mrs Yanie kerana sudi masukkan blog saya dalam bloglist. Dengan cara ini, blog saya dapat diperkenalkan kepada followers MrsYanie. Thanks again.



Blog saya ada dalam bloglist MrsYanie

17 November 2015

My 28th Birthday: Dessert Treat by Kimchi at Magnum Cafe, Midvalley.

Sempena hari jadi saya yang ke-28, Kimchi belanja dessert di Magnum café, Midvalley. Dak Zafran tak join sekali. Kena tinggal dengan Grandma & Auntienya untuk memberi laluan Mama & Papa dating berdua & tengok movie Spectre. Heh heh. Kasi canla yea, Dak Zafran. Kalau tak tengok movie, nak jea bawak Dak Zafran sekali. Tapi kebetulan pulak time birthday saya ada keluar cerita James Bond baru & saya pulak memang suka tengok wayang untuk cerita James Bond, terpaksa meminta pertolongan Auntie & Grandma untuk jadi Nanny Dak Zafran sementara. Thanks to both of you kerana sudi menjaga Dak Zafran sekejap. Lepas ni hantar lagi yea. Ahaks..Tak adala nak hantar lagi. Sekali ni jea sebab nak tengok wayang cerita James Bond. Movie lain memang tak akan tengok wayang pun walau se'box office' mana pun. Just tengok kat Astro Best jea. 


Kimchi nak belanja..yeay..

Pilih menu dulu



Dessert Kimchi yang sampai dahulu




Saya punya dessert


Perabihkan ice cream dulu sebab takut cair. Kalau dah cair, tak sedap makan dah

Makan dulu

Bergambar dengan replica Magnum ice-cream



Dating berdua


Review pasal Magnum Café, tempatnya sangat menyenangkan. Time kami berdua sampai, tak ada orang lagi makan di situ. So, saya & Kimchi apalagi kerja bergambar ajela di situ sementara tunggu dessert ready. Siap minta tolong waitress lagi untuk ambikkan gambar kitaorang berdua. Untuk makanan, kitorang tak pilih entree. Buat makan pasta & etc di cafe yang famous dengan dessert iaitu Magnum ice-cream. Lagipun harganya boleh tahan jugak mahalnya. So, just pilih untuk menikmati dessert sahaja. Saya pilih Magnum Triple Choc Cookie Skillet while Kimchi pilih Magnum Crepe with cheese. Drink just ambik setin coke sahaja sebab ada provide warm water with unlimited refill. Rasa untuk Kimchi punya dessert ok. Kimchi punya dessert patut ada daging tapi request tak nak include. Macam pelik ada daging dalam crepe & magnum ice-cream. Saya punya dessert pun ok jugak rasanya. Tapi sesuai untuk dua orang makan sebab portion yang banyak & ada dua stick of magnum ice-cream. Bila saya dah makan separuh, tak terasa tak boleh telan dah sebab banyak & terlampau manis. Kalau saya makan lagi di sini, tak akan order dessert ni lagi.


After makan di Magnum Café, terus tengok Spectre Movie di GSC. Ceritanya memang best. Memang five star. Spectre di ada link dengan movies yang dilakonlan oleh Daniel Craig sebelum nie iaitu Casino Royale, Quantum of Solace & Skyfall. Watak villain dalam Spectre merupakan ketua kepada villains & dalang kepada keganasan yang berlaku dalam semua movie yang saya sebut tadi. Nak tahu cerita sebenarnya, kenala tengok sendiri. Saya tak berapa pandai nak review lebih-lebih pasal movie ni. hehe. Satu lagi, Spectre juga dikatakan akan jadi movie terakhir yang dilakon oleh Daniel Craig. But overall, filem ni memang awesome. James Bond Movie memang tak pernah mengecewakan pun.

Anyway, to Kimchi thanks for all these treats. Lepas ni, turn saya pulak belanja Kimchi untuk birthday pada bulan Februari nanti.he he.

My 28th Birthday: Three Slices of Secret Recipe Cake For Me

Red Velvet cake by Kimchi

By Gediks Siblings

Birthday saya kali ni juga dikejutkan dengan pemberian sepotong cake seorang oleh Kimchi & Gediks Siblings. Biarpun just sepotong cake tapi cukup bermakna buat saya. Thanks guys...

My 28th Birthday: Celebration with ALH Girls



Pada Friday the 13th lepas, ALH Girls celebrate birthday saya di Coffee Shop, kedai makan favourite ALH Girls. 


Mula-mula tak tau pun diaorang nak celebrate birthday saya actually & tak tahu pun dah order makanan siap-siap. Bila dah tahu dah order, Ingatkan nak cepat dapat makanan & nak senang bayar. Bila makanan dah sampai, baru diaorang beritahu ini untuk celebrate birthday saya rupanya. Terkejut sekejap. Terharu pun ada.heh heh heh.


Anyway, thanks korang arrange birthday celebration lunch untuk saya. Really really appreciate it. 

13 November 2015

Turunkan Kolesterol Dengan Cara Menukar Jadual Makan


Baru-baru ini, abah kena admit ke IJN untuk melakukan angiogram. Disarankan untuk melakukan angiogram sebab Abah dah start tak cukup nafas kalau buat kerja-kerja berat. Angiogram adalah satu pemeriksaan  mengunakan kamera yang dimasukkan ke dalam saluran darah di area jantung. Kamera ini akan melihat saluran darah mana yang tersumbat. Apabila dah tahu location saluran yang tersumbat, prosedur seterusnya akan dilakukan.  Ada pelbagai prosedur untuk merawat saluran tersumbat. Salah satunya adalah masukkan belon ke dalam saluran darah, untuk membesarkan laluan saluran darah. Cara kedua adalam tembak saluran tersumbat tersebut. Cara untuk kes yang paling kritikal adalah bypass. Gantikan saluran darah yang tersumbat dengan urat kaki(urat yang sihat).

Disebabkan abah belum serius, doktor just guna cara pertama sahaja. Tak boleh imagine besar mana kamera & belon yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Even saluran darah pun dah cukup kecil. Inikan pulak saiz kamera & belon. Itula kehebatan dunia perubatan.

Penyebab saluran salah tersumbat, salah satunya kolesterol tinggi. Kolesterol memang senang nak tinggi.. Kena pulak makan makanan Malaysia yang sangat rich with fat & oil, lagila susah nak control kolesterol. Kita tak dapat nak control pilihan makanan kita, maybe kita boleh control rutin masa makan kita. Jadual makan baik adalah seperti di bawah.

 Sarapan Pagi: 7- 8:30am (must within one hour after wake up from sleep)
Lunch: 12- 2:00pm (not later than 2pm)
Dinner: 6:30- 8:00pm

Dengan cara menukar rutin makan makan kita, sedikit sebanyak kolesterol dapat mantain pada level yang baik. InsyaAllah..

12 November 2015

My First Win In A Giveaway Segment

Yeay..Akhirnya ada jugak menang hadiah setelah join beberapa Segmen Giveaway. Segmen saya menangi ini adalah Segmen Blogwalking Bersama KisahPondokKecil yang dianjurkan oleh Blogger Salina Johari.

Kemenangan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha memantapkan kualiti blog saya & juga lebih serius dalam aktiviti blogging.





Blog saya No.5
Tadaaa..No 5 dipilih oleh random.com


Inilah hadiah yang dimenangi.. Beg lipat dari Indonesia & pen dari Royal Malaysian Navy. Personal Card pun ada diselitkan jugak.

Buat Salina, terima kasih atas pemberian hadiah yang sweet ini. Semoga rezeki Salina dalam aktiviti blogging semakin mencurah-curah.

10 November 2015

Abah frust menonggeng dengan Restoran Aroma Ikan Bakar

 

Kalau nak makan ikan bakar dengan Abah, kena pergi kedai makan yang abah suka. Setiap tempat ikan bakar, dah ada kedai makan tersendiri yang abah suka pergi. Dah tahu kedai mana yang masakannya yang sedap & kena dengan seleranya. Kalau Jeram, Kuala Selangor, di Restoran Aroma Ikan Bakar. Di Bagan Lalang, suka makan di Senandung Malam. Di Perlis & Melaka pun ada juga. Just tak ingat nama kedainya.




Tengah pilih seafood


Untuk celebrate Farid's graduation & October babies birthday, Gediks Family pilih untuk makan malam di Restoran Aroma Ikan Bakar. Kami order Jenahak masak tiga rasa, jenahak bakar, sotong goreng tepung, udang goreng tepung & cencaru bakar. Bila dah dapat semua makanan, mak & abah terus komen yang masakan tiga rasa tak sama seperti sebelum ni.  Kalau sebelum ni, kuah masakan tiga rasa disediakan sendiri. So, adala serai, tomato, daun limau purut & other stuff. Yang kali ni, just kuah semata-mata. Kuahnya just mengunakan sos thai sahaja. Rasanya of coursela lain. Tak sesedap seperti sebelum ni.  Apalagi mak & abah frust menonggengla (especially abahla, tapi still tak boleh lawan frust menonggeng abah lepas tengok Shah Rukh Khan mati dalam cerita Dil Se..haha). Yang tak tahannnya punyala Mak & Abah sacrifice diaorang punya diet, diaorang punya kolesterol, semata-mata, nak makan ikan bakar yang very rich with oil & other unhealthy stuff. Bila dah sacrifice, dapat yang tak sedap pulak. Tersangatla kecewala mereka berdua. Inila jadi bila dah die hardcore fan of ikan bakar. Bila ada kelainan sedikit pada cara masakan di kedai favourite nya, terus dapat detect. Tapi. masakan goreng tepung & bakar-bakar still mantain sedap & tiptop.

Sotong goreng tepung, udang goreng tepung, jenahak bakar, jenahak tiga rasa, telur dadar & cencaru bakar. Ketam macam biasa memang tak akan order.

Makan dulu

Dak zafran dah lapar tu..
Lepas makan, jenjalan tepi pantai. Kononnya nak burn balik lemak yang baru sahaja ternak tadi. Padahal duk godam lagi ice cream goreng.


Suka bebenor ambik gambar candid Dak Zafran ni

Belakang tu ada gazebo. Nak makan di situ, kena bayar RM10-RM20(ikut saiz)

Lepas ni, tak tahula, abah & mak nak makan lagi ke tak di Aroma Ikan Bakar. Kalau nak makan lagi di Jeram, kemungkinan besar akan makan di kedai yang bersebelahan dengan Aroma Ikan Bakar. Tak pun makan di Bagan Lalang(Sepang). Begitula cerita kekecewaan abah terhadap masakan Aroma Ikan Bakar. Haha..

7 November 2015

Bila Mak Buyong Mengidam Makan di Zawara Coffee

Hawa & Mak Buyong, Ana

Ada staff seorang ni, Ana teringin nak makan di Zawara Coffee. Dia pulak tengah pregnant. Saya, Hawa & Lina apalagi, teman & bawakkan Ana pergi makan di situ. Kemahuan ibu mengandung tak boleh dipandang ringan. Kitaorang gamble jea pergi ke Zawarra Coffee walaupun tempatnya jauh & masa rehat pun tak berapa nak panjang, Ini semua demi memenuhi keinginan ibu mengandung. Hehew. Sampai di Zawarra Coffee, dapat tahu yang kitchen pulak tengah repair something. Maybe makanan akan dapat lepas 20 minit.  Tapi kitaorang tetap stick to the plan makan di situ walaupun tahu akan ada kelewatan untuk masuk  office.heh heh.

 Me, Lina & Hawa

 Ini yang saya order

Untuk makan, saya order menu yang saya tak pernah makan lagi iaitu Cheese Meltz Burger. Rasanya tersangatla sedap. Roti sangat lembut, cheese yang tebal melting atas daging, & daging yang sangat tebal. Memang berbaloi order burger ni. Harganya just RM12(kalau tak silap). Next time, kalau datang ke Zawara Coffee lagi, memang akan order Cheese Meltz Burger.

Sekarang ni, if terasa nak minum coffee & at the same nak feeling hipster & urban bagai, tak perlu lagi cari Starbuck. Di Zawara Coffee pun boleh. Di situ juga ada pelbagai jenis coffee yang boleh  order. Harga pun lebih murah & paling penting HALAL. Kalau starbuck, mana pernah dapat sijil Halal JAKIM pun.

Berbalik cerita pasal mengidam ni, masa saya mengandungkan Zafran dulu, saya pernah tercerita dekat ex-staff sorang ni, namanya Fiza. Kononnya saya tak pernah makan macaroon. Saya ceritala dengan Fiza yang saya ni banyak kali plan nak beli, tapi niat mesti terbantut selepas tengok harganya. Mostly saya tengok harga macaroon, sebiji RM6. Saiznya besar sedikit dari duit 50 sen jea. Bila rasa tak berbaloi, cancella plan nak beli. Selang beberapa hari selepas saya cerita, Fiza terus bake & bagi 4 biji macaron untuk saya. Dia cakap risau ibu mengandung macam teringin sangat. hehe. Terharu betul Fiza sudi bake macaron untuk saya.hehe. Thanks la yea, Fiza. Ada orang kata keinginan ibu mengandung kita kena sedaya-upaya penuhi. Kalau dia tak dapat apa yang dia nak, kemungkinan besar anak yang dilahirkan air liurnya sentiasa akan meleleh. Betul atau tidak, Wallahulam....
  

4 November 2015

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman




Bismillahirrahmanirrahim.
Giveaway ini adalah GA pertama penyertaan saya sebagai salah seorang sponsor. Ini adalah pengalaman baru buat saya. Thank to blogger Syira kerana sudi menerima saya menjadi salah seorang sponsor untuk GA beliau. Hope blogger Syira sentiasa dimurahkan rezeki.
Penyertaan pertama saya sebagai sponsor akan menjadi batu loncatan untuk saya lebih serius dalam dunia blogging.

Untuk GA ini, hadiah yang ditawarkan adalah:


Wang tunai RM50 x1 [ nfariza]


Wang tunai RM30 x1 [gnor.gnur]

Wang tunai RM30 x1 [mohdkhizrul]

Wang tunai RM10 x3 [MG]
Wang tunai RM20 x1 [nurfuzie]
Wang tunai RM20 x1[mieyraelyani]

Wang tunai RM20 x1 [norafidah]

Wang tunai RM10 x2 [aeinna.musaii]



Wang tunai RM10 x1 [Fa Sham]

Wang tunai RM10 x1 [Na Mie]

Wang tunai RM10 x1 [ikazulaikh]
Wang tunai RM10 x1 [siti.meriam]
Wang tunai RM10 x1 [Kyle Kesha]

Wang tunai RM10 x1 [nieyla]

Wang tunai RM10 x1 [nona]

Wang tunai RM10 x1 [radhia]

Wang tunai RM10 x1 [YanSaflina]


Tapak Iklan free selama sebulan x1 [SyiraLokman]
Buku Serenity x1 [SyiraLokman]



Jika ingin sertai GA ini, hanya click banner di atas. 

Jom pakat ramai-ramai menyertai GA ini untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan & pada masa yang sama merapatkan ukhwah sesama rakan-rakan blogger.

3 November 2015

Farid's Convocation Day

Enam tahun lepas, me & Kimchi yang konvo di UKM. Tahun ni attend konvo payed di universiti yang sama jugak. Cepat masa berlalu. Rasa macam baru lagi saya duk beratur pagi-pagi di Dectar samata-mata nak dapat jubah yang baru. Taknak dapat jubah yang lusuh. Nasib baik dapat jugak jubah yang warnanya masih cantik.

Time saya & kimchi konvo, kitaorang berdua belum ada apa-apa lagi. Even couple pun tak. So, tak adala gambar berdua dengan kimchi, yang pakai jubah sama-sama. Kalau dah couple, mahu dalam studio pun nak gambar berdua.

Berbalik pasal konvo Farid, saya, Didie & Kimchi hadiahkan bunga yang ada patung chipmunk. Then, tambah lagi enam biji ferrero rocher. 

Sesi bergambar dengan Farid just sekejap sahaja. Tak tahan nak bergambar lama-lama sebab cuaca panas terik.

Flower bouquet for Farid 

Ready to give this bouquet to Farid

Appreciation Kiss from Farid

Mus tak ada


Di hadapan Dectar

Siap ada photobooth backdrop lagi.

Datang dari Johor tue..Senyum lebar budak jubah tu..

Three of us are UKM Graduates.

Anyway to Farid, we wish congratulations on your graduation day ..You finished one tough journey now. Next is ready for you. So be ready to face new things. Gambateee...

2 November 2015

Mak Andam Versus Cik Pon Andam

Saya pernah ada experience disolek oleh Cik Pon (short form for Pondan) Andam & also Mak Andam. Make up by Cik Pon Andam adalah semasa Majlis Pertunangan, while Make Up by Mak Andam adalah semasa Majlis Perkahwinan.

Saya pilih Cik Pon Andam menyolek saya untuk majlis pertunangan saya sebabnya saya pernah tengok hasil mereka yang sangat outstanding. Contohnya sepupu saya yang disolek oleh Cik Pon Andam untuk majlis perkahwinannya. Selepas disolek, muka sepupu saya nampak sangat cantik plus glamour plus vogue da zasss. Actually tahu tak bagus pun pilih Cik Pon Andam menyolek saya. Mereka still lelaki & bukan mahram bagi saya. Time solek mesti akan ada tangan dia sentuh muka kita. Mana boleh ada contact ni walaupun sedikit. Tapi sebab kononnya nak menyerlah & cantik sangat, saya (dengan laghonya) pun memilih Cik Pon Andam untuk majlis pertunangan saya. 


Selepas disolek, saya tengok muka saya yang disolek di cermin. Saya terus rasa  terkejut. Muka saya dah jadi orang lain. Originality muka dah tak ada. Dia cakap of coursela dah lain, nama pun solekan untuk pertunangan. Kenala ada kelainan daripada kebiasaan. Saya just tenangkan hati & fikir maybe saya tak biasa disolek tebal. Hampir semua orang saya minta pandangan make up saya. Nearly semua yang saya tanya, komen solekan saya cantik. Saya just tarik nafas lega. After majlis pertunangan, saya dapat pandangan honest daripada tunang(now dah husband) & member. Mereka berdua cakap, mereka tak suka dengan solekan pertunangan saya. Nampak kasar & muka saya nampak fake especially time senyum nampak gigi. Muka pulak obvious sangat kena sapu dengan bedak setepek.  Macam opera cina pun ada. Member advise better jangan ambil orang yang sama untuk majlis perkahwinan saya. So, betulla instinct saya yang saya rasa solekan saya tak ok. Semua yang cakap ok maybe nak sedapkan hati saya or bagi diorang memang cantik. Tapi trend sekarang semua mengenakan solekan yang natural tapi at the same time enhance muka kita supaya lebih berseri. 


Yang bagusnya Cik Pon Andam ni, dia mintak izin dulu untuk cukur kening saya. Bila dia dah tanya, saya terusla cakap taknak dicukur. Saya sedaya upaya pegang prinsip untuk tidak melakukan buat perkara yang orang selalu buat ketika majlis perkahwinan, yang dah dijadikan adat & amalan, tetapi dilarang oleh Allah S.W.T. Contohnya cukur kening, asah gigi dan campak pakaian pengantin di atas bumbung supaya hujan tak turun semasa kenduri.



 
Solekan oleh Cik Pon Andam

Senyuman pun nampak lain. Ada orang komen nampak fake.
   
Berbeza pulak dengan Mak Andam. Mak  Andam yang solek untuk majlis perkahwinan saya tak minta izin dengan saya dahulu untuk cukur kening. Mula-mula nak solek saya, dia baca bismillah. Then tangan dia terus nak buat something pada muka saya. Ingatkan dia nak bersihkan muka guna cotton ball or something. Then, ada bunyi  zasssss...,Rupa-rupanya dia cukur kening saya. Terus saya menjerit. Mak Andam terkejut. Ingatkan dah terlukakan muka saya. Saya  terus cakap saya taknak kening saya dicukur. Mak Andam tu cakapla kena cukur kening untuk naikkan seri muka & so on. Sebabkan dia dah pun cukur kening sebelah saya sedikit, saya just biarkan jeala Mak Andam terus mencukur kening saya. Kalau taknak nanti, muka nampak pelik pulak. Kening sebelah dah tercukur sedikit, sebelah pulak tidak. Bercakap tentang make up by Mak Andam, hasilnya memang mengagumkan. Muka nampak flawless & berseri but at the same time nampak natural. Memang berbaloila pilih Mak Andam ni untuk majlis perkahwinan walaupun harganya a little bit pricey. Tapi tak apala invest sedikit untuk Big Day.

 
Solekan oleh  Mak Andam

Senyuman nampak natural.

Nasib baikla saya try disolek  oleh Cik Pon Andam untuk majlis pertunangan. Sekurang-kurangnya saya tahula yang muka saya tidak sesuai disolek oleh Cik Pon Andam & tak pilih untuk wedding saya. Maybe untuk orang lain sesuai. Saya confirm hanya sesuai disolek oleh perempuan sahaja. Ikut Islam, better pilih perempuan untuk menyolek kita. Kalau disolek oleh Cik Pon Andam, dikhuatiri ada contact/sentuhan pada muka kita. Tapi kalau yakin tiada sentuhan & menyolek pun guna alat-alat solekan, boleh guna perkhidmatan Cik Pon Andam.