Tak susah pun nak prepare homemade French fries. Just guna tepung gandum jea. Tapi ada cara tersendiri supaya mendapat kentang yang ranggup selepas digoreng.
French Fries recipe
Bahan-bahan
Kentang 5 biji
Tepung jagung
Bawang putih tiga ulas
Garam secubit
Cara-cara
1. Buang kulit kentang
2. Potong kentang supaya menjadi bentuk seperti French fries
3. Rebuskan air bersama bawang putih yang dititik & garam
4. Selepas air mengelegak, masukkan kentang & biarkan selama 5 minit.
5. Keluarkan dari air panas & toskan.
6. Masukkan ke dalam air sejuk yang ada ais & rendam selama 5 minit.
7. Keluarkan dari air sejuk & toskan.
8. Salutkan dengan tepung jagung
9. Boleh terus goreng ke dalam minyak. Kalau terus goreng, minyak akan terus rosak sebab some of tepung bercerai dari kentang. Tapi still dapat French fries yang ranggup
10. Jika tidak mahu minyak rosak & boleh diguna lagi, kentang yang dah disalut tepung harus dimasukkan ke dalam freezer. Jika nak goreng, harus keluarkan dari freezer & defrost dahulu sehingga lembut.
11. Apabila lembut, goreng hingga warna kekuningan. Kentang yang digoreng selepas dibekukan lebih ranggup & cantik compare yang without dibekukan.
12. French Fries boleh dimakan bersama sos atau mayonnaise atau boleh dimakan begitu sahaja,

Ini French Fries yang without masuk dalam freezer. Kalau yang dimasukkan dalam freeze, warna french fries lebih cantik, Tak sempat nak snap photo french fries yang cantik sebab sepantas kilat. kena ngap.
No comments:
Post a Comment