Gazebo Dinner at AK-47 Restaurant, Kuala Lumpur
Gazebo Dinner kau. Nama macam canggih jea. Apa benda gazebo dinner tu sebenarnya. Gazebo dinner adalah makan malam di pondok atau wakaf yang disediakan oleh pihak restaurant. Contohnya di AK-47 Restaurant, terdapat beberapa gazebo disediakan untuk pelanggan menikmati makanan sambil bersantai. Gazebo juga sesuai untuk pelanggan yang ingin bersantai bersama keluarga.
Untuk dinner di gazebo, kena reserve gazebo untuk kita terlebih dahulu. Kalau nak walk in baru nak book, memang tak dapatla nak dinner di gazebo. Gazebo sentiasa fully occupied. Makan di meja biasa sahajala kalu tak dapat book gazebo.
Macam pada awal Muharram lepas, Mel nak belanja Family Mohd Noor makan malam di AK-47 Restaurant. Mel dah call dahulu untuk book gazebo. Sampai-sampai sahaja sana, dah ada gazebo yang reserve untuk kitaorang.
Masa order makan malam, saya try guna formula saya untuk estimate portion makanan. Total semua ada 8 orang. Formula saya Pax No-2. Maknanya just perlu order untuk 6 orang makan. Pilih Set A (ada nasi, tomyam, daging masak merah, telur dadar & kailan ikan masin) & Set C (Ada nasi, tomyam, telur dadar, siakap tiga rasa & ayam. Set A untuk dua orang makan, while set C ada 4 orang makan. Then just tambah tiga pinggan nasi & udang masak tepung untuk empat orang makan supaya lauk lebih variety. Hope menjadila formula saya ni. Jangan tak cukup makan sudahla.huhu.
Cara nak bagi Dak Zafran duduk diam supaya Mama n Papa boleh makan dengan terangnya: umpan dengan Pink Fong
After makan, bersantai dahulu sambil melihat kanak-kanak riang bermain di gazebo. Gazebo memang sesuai untuk keluarga yang ingin bersantai. Tapi kalau ada anak kecil, kena sentiasa alert. Gazebo ni tinggi. Boleh tercedera kalau terjatuh dari gazebo.
Lokasinya di mana ni. Menarik idea ni. Kalau tepi pantai lagi syiokk
ReplyDeleteLokasinya di mana ni. Menarik idea ni. Kalau tepi pantai lagi syiokk
ReplyDeleteDekat ampang..:) @Khairul Hilmi \Sidek
ReplyDeleteHy...nk booking cmne sis? Ade no.fon dye x?@Radhia Razali
ReplyDelete03-42656031, no hp 016-9027771..tryla call nombor2 ni yea @Unknown
ReplyDelete