Dah dua tahun berturut-turut Raya Haji di kampong Jempol sebabnya Raya puasa dah di Taiping. Kami berdua macam niela. Kalau Raya puasa dah di belah Taiping, Raya Haji automatic di belah saya samaada di Kelantan atau Negeri Sembilan & sebaliknya. Tak beraya Haji di Kelantan sebabnya baru sahaja balik melawat Mek. Then, cuti raya Haji di tengah minggu iaitu hari Khamis. Hari Jumaat esoknya Saya, Kimchi, Didi & Farid nak kena kerja. So, beraya Negeri Sembilan sebab dekat. Tidur pun semalaman jea.
Raya Haji disambut sama seperti Raya Puasa. Juadah Raya ada nasi impit, kuah kacang, lemang & rendang. Saya pulak bake Shepperd Pie. Lepas solat raya & breakfast, bawak Dak Zafran bermain di halaman kampong. Bukan main excited Dak Zafran berlari-lari dengan uncle Nafis & Darwish. Luas sangatkan halaman kampong Onyangnya. Dengan pakai jubah lagi. Banyak kali terjatuhla. Nasib baik jubbah dapat cover lutut Zafran daripada luka.
Lepas layan Dak Zafran, bergambar dengan Induk, Didi, Kimchi, Nafis & Darwish. Bergambar sekejap sahaja sebab cuaca panas. Ditambah dengan jerebu lagi.
Dalam tenggahhari Keluarga TokChik datang beraya. Macam saya cakap, raya haji dah sama macam raya puasa. Ada Raya visit lagi oleh suadara-mara.
Bergambar satu family dulu sebelum lepaskan Zafran untuk bermain. Raya outfit colour theme are brown & grey.
Dak Zafran pelik tengok Uncle Nafis pose macamtu
Berlari sampai terselak jubbah
Mama kena kejar supaya dapat tahan kalau terjatuh
Papa dah surrender kat belakang tu
NekNuk dah join sekali
Uncle Nafis & Uncle Darwish tolong jagakan Zafran pulak
Excited lagi tu
Dress yang Neknuk pakai tu, neknuk jahit sendiri tau. Hebat betul.
Saya jea yang lari tema warna biru
Tak tau budak berdua ni main apa
Wajib bergambo di tingkap rumah uwan
Dak Zafran dah malas nak layan
Time bergambo di tingkap, photoboomed by Nafis kat situ
Pada malamnya, kitaorang gerak balik lepas makan malam. Bila anak-anak dah besar macamni la. Tak dapat nak beraya & stay di kampung lama-lama. Sekadar dapat berada & beraya di kampung di pagi raya itu dah juga memadai bagi kami.
happynya berhari raya.. selamat hari raya aidiladha dari cik en
ReplyDeleteJom singgah blog : Nurfuzie.com
Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10
Happy..tapi anak demam pulak tu..tergendala seketika ke'happy'an tu.. @Eintan Nurfuzie
ReplyDelete