Raya Aidiladha 2015 at Kampung Jempol, Negeri Sembilan

Dah dua tahun berturut-turut Raya Haji di kampong Jempol sebabnya Raya puasa dah di Taiping.  Kami berdua macam niela. Kalau Raya puasa dah di belah Taiping, Raya Haji automatic di belah saya samaada di Kelantan atau Negeri Sembilan & sebaliknya. Tak beraya Haji di Kelantan sebabnya baru sahaja balik melawat Mek. Then, cuti raya Haji di tengah minggu iaitu hari Khamis. Hari Jumaat esoknya Saya, Kimchi, Didi & Farid  nak kena kerja. So, beraya Negeri Sembilan sebab dekat. Tidur pun semalaman jea.
Raya Haji disambut sama seperti Raya Puasa. Juadah Raya ada nasi impit, kuah kacang, lemang & rendang. Saya pulak bake Shepperd Pie. Lepas solat raya & breakfast, bawak Dak Zafran bermain di halaman kampong. Bukan main excited Dak Zafran berlari-lari dengan uncle Nafis & Darwish. Luas sangatkan halaman kampong Onyangnya. Dengan pakai jubah lagi. Banyak kali terjatuhla. Nasib baik jubbah dapat cover lutut Zafran daripada luka.
Lepas layan Dak Zafran, bergambar dengan Induk, Didi, Kimchi, Nafis & Darwish. Bergambar sekejap sahaja sebab cuaca panas. Ditambah dengan jerebu lagi.
Dalam tenggahhari Keluarga TokChik datang beraya. Macam saya cakap, raya haji dah sama macam raya puasa. Ada Raya visit lagi oleh suadara-mara.



 Bergambar satu family dulu sebelum lepaskan Zafran untuk bermain. Raya outfit colour theme are brown & grey.
 Dak Zafran pelik tengok Uncle Nafis pose macamtu

 
 Berlari sampai terselak jubbah
Mama kena kejar supaya dapat tahan kalau terjatuh

Papa dah surrender kat belakang tu

NekNuk dah join sekali

 Uncle Nafis & Uncle Darwish tolong jagakan Zafran pulak

 
Excited lagi tu
Dress yang Neknuk pakai tu, neknuk jahit sendiri tau. Hebat betul.

Saya jea yang lari tema warna biru

Tak tau budak berdua ni main apa

 Wajib bergambo di tingkap rumah uwan

 Dak Zafran dah malas nak layan
 Time bergambo di tingkap, photoboomed by Nafis kat situ
Pada malamnya, kitaorang gerak balik lepas makan malam. Bila anak-anak dah besar macamni la. Tak dapat nak beraya & stay di kampung lama-lama. Sekadar dapat berada & beraya di kampung di pagi raya itu dah juga memadai bagi kami.

Share this:

, ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. happynya berhari raya.. selamat hari raya aidiladha dari cik en
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com
    Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
    dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

    ReplyDelete
  2. Happy..tapi anak demam pulak tu..tergendala seketika ke'happy'an tu.. @Eintan Nurfuzie

    ReplyDelete