6 September 2015

Gediks Family Vacation Has Taken To Higher Ground of Malaysia: Fraser Hill-------->Cameron Highland

Pada hari kedua percutian Gediks Family, check out dari homestay pada pukul 8:30am. Breakfast di area yang sama minum petang pada semalamnya. Just kedai jea berlainan. Agak kurang bernasib baik breakfast di situ sebabnya almost semua kena diarrhea selepas breakfast. On the way nak pergi Cameron highland,  banyak kali kena berhenti sebab nak pergi toilet untuk membuang.

Cirit birit tak mematahkan semangat Gediks Family untuk bercuti. Tetap excited untuk having fun. After breakfast & membuang, jalan-jalan & bergambar di sekitar Fraser Hill Clock Tower.
Selesai bergambar, terus gerak ke Tanah Rata, CH dengan banyak kali berhenti. hehew. Lepas ni, kalau bercuti lagi di Fraser Hill, kena avoid makan di tempat yang sama, tak pun standby pil chi kit teck aun.



Fraser Hill town


Dak Zafran as always nak berjalan


Acah-acah di oversea
Dingin jea cuaca time ni


Berlatarbelakang FHGC

Dak Zafran nak berjalan, tu yang tak mau pandang kamera
Wajib ada family photo di Clock Tower sebelum berangkat..Landmark Fraser Hill kot.


Di pokok pine(pinela sangat), tempat lunch masa mula-mula sampai.


Tak tau apa motif dua-dua belah kiri posing tunjuk ketiak di jambatan gantung Fraser Hill.hehew..

Setelah berhempas pulas berdepan dengan keragaman perut masing-masing, akhirnya sampai jugak Tanah Rata pada pukul 4 lebih. Plan nak sampai awal, so boleh jalan-jalan. Tapi lewat pulak. Nak buat camno, masing-masing sakit perut. Ditambah pulak jem sebab musim percutian. Lepas check in homestay, cari kedai makan sebab mak lapar. Mak tak join lunch dengan kitaorang di Tapah sebelum tu sebab Mak taknak sakit perut lagi & kena membuang di public toilet.

Makan di kedai yang berdekatan dengan homestay. Masakan di kedai tu sangat sedap. Kalau compare masakan di kedai Fraser Hill tersangatla out. Pastu buat satu family sakit perut pulak tu. Agaknya kedai-kedai di CH banyak. So, ada competition. Tu yang kena jaga reputasi. Kalau di FH, hanya ada beberapa kedai makan jea. So, tak perlu jaga reputasi pun tak apa. Tetap ada orang yang datang makan.
Satu lagi, homestay di CH pun sangat cantik. Again, jauh beza compare dengan FH. Padahal harga lebih kurang jea.


Homestay kami di Tanah Rata, CH


 Dapur homestay
 Dak Zafran di balkoni
Mak bersantai di ruang tamu


 Kimchi di ruang makan

Selepas makan, Abah sakit perut. Sakit perut dari FH tak hilang lagi dari perut Abah. Kitaorang dah ok dah.  Group yang naik satu kereta dengan abah kena balik homestay sebab abah nak membuang. Group kereta dengan saya iaitu Kimchi, Didi & of course Dak Zafran gerak ke Pasar Brinchang.


Ni di area Star Regency Hotel. Pernah menginap time bercuti dengan Mohd Noor Family which is dua tahun lepas. Dak Zafran dalam perut lagi time tu.
Group kereta citra baru sampai

Beli brokoli & cendawan goreng
Sekarang Pasar Brinchang dah ada improvement. Dah ada tapak sendiri yang menjadikan pasar Brinchang lebih luas & selesa untuk dikunjungi. Walaupun ramai orang, tapi tak rasa sesak sebab kawasan dah luas & lebih teratur. Kalau dulu just kat betul-betul tepi jalan jea.


Area Pasar Brichang. Dah lebih selesa untuk shopping


Merata-rata ada strawberry di pasar ni. of coursela kan. Itupun nak sebut ke.heh heh heh

Strawberry chocolate.


Wajib makan strawberry chocolate bila dah berada di CH

Gediks Sibs


Berlatarbelakang kebun sayur

Sea Coconut yang rasanye tersangat piawww...Banyak khasiat sea coconut ni.

Ni panggilnya apam berincang. Ada empat flavour iaitu chocolate, coconut, corn & strawberry

Sibuk memilih baju sejuk. Harganya sangat murah kalau compare harga di uptown KL


Mak dah dapat hasil. Katanya beli jea dulu walaupun tak tau nak pakai bila..manala tau boleh jadi pembakar semangat untuk jenjalan di oversea..heh heh heh.


Abah dah terduduk, tak larat nak berjalan


Selesai dah shopping di Pasar Brinchang

On the way nak balik homestay, singgah makan di Steamboat & Snack Corner. Mus nak belanja sempena gaji pertamanya. Gaji dia dah nak kering kot sebab nak tunggu semua boleh berkumpul. Selagi tak cukup orang, selagi tu dia taknak belanja. Di restaurant ni famous dengan steamboat. Semua yang datang kebanyakkan order steamboat. Kami order ala-carte jea. Makanan ok, tapi servisnya tersangatla out. Sebab tukang masak ada seorang jea. Then, management tak berapa nak betul. So, kitaorang just dapat makanan 3 dari 6 yang order. Ada satu family tu just dapat satu makanan jea. Dia siap cakap nak viralkan restaurant ni di FB sebab servis yang teruk. Selepas tunggu sejam still tak dapat makanan, kiatorang terus bayar apa yang dapat. Balik singgah kedai makan yang sama makan petang sebelum tu sebab Abah & Kimchi tak makan lagi. Makan kat situ lagi puas hati walaupun just gerai biasa jea.



 Steamboat & Snack Corner


Dessert time. Dinner dah makan time petang sebelum tu.

Strawberry Juice  

 Fish & Chips


 Lamb Chop


 Dak Zafran dah pandai makan sendiri




Lepas makan terus balik homestay. Moral of the story untuk haritu, kalau nak makan di restaurant yang fancy tapi baru, kenala baca dulu review di facebook page restaurant tu. Mesti ada orang komen punya di FB page samaada positif ataupun negative. Kitaorang dah makan di situ, baru bukak fb page restaurant tu. Memang mostly bad review la. Tak apala yang penting Gediks Family dapat berkumpul bersama-sama & having fun.

No comments:

Post a Comment