21 September 2015

Attend Cousin's Son Wedding at Seri Manjung, Perak

Mak & Abah ajak attend wedding anak cousin di Seri Manjung. Saya & Dak Zafran sahaja yang pergi sebab Kimchi kerja. Pagi-pagi geng PJ jemput saya & Dak Zafran di Saujana & terus gerak ke Seri Manjung. Perjalanan memakan masa selama 2 jam setengah.

Kitaorang tak sempat join berarak dengan rombongan pengantin lelaki. Berarak pukul 12 tengahhari, kitaorang sampai Seri Manjung pun dalam pukul 12:30. Dengan tersalah set GPS lagi. Terset location homestay. Sampai-sampai rumah pengantin , Che Minah Clan semuanya dah habis makan dah.
Tapi agak bernasib baik. Lambat sampai pun tuan rumah serve ikan siakap dua ekor & ayam golek seekor. Macam tahu-tahu jea kiatorang kebulur tahap maksim.hehe. Tabik spring kat tuan rumah. Memang makan sampai kenyangla. Dak Zafran lak ramai yang willing nak menjaganya. Memang makan dengan enjoyla.
Selesai makan, menyaksikan pasangan pengantin karaoke.
Sebelum balik, sesi fotografi bersama pengantin & keluarga pengantin lelaki.

Belakang tu pasangan pengantin on the way nak pergi pelamin


 Abah duk mencedok gulai ikan masin


 Pasangan pengantin tengah berduet



Seekor ayam golek tu
Che Minah Clan with beautiful bride

 Selfie with future doctor(tak ada future dah, memang doctor pun. tunggu posting jea..hehe)
 Gediks Family with bride & bridegroom
 Formal & Candid pose 
 Dah nak balik dah
 Selfie dulu sebelum balik

On the way balik, singgah Sungai Yu untuk membeli ikan fresh. Ikan yang sahaja tangkap dari laut. Abah & Mak beli ikan jenahak, Ikan cucu kembung & ikan gelama. Ikan jenahak harganya just around RM40/kg. Kalau makan di kedai, mau kena RM8/100g.

 Syurga ikan fresh
 Rambang mata wehh..


 Mak mengaut sebanyak yang boleh ikan cucu kembung tu

Selepas solat di Masjid Kuala Selangor, minum petang di Cendol Bakar. Kali ni tersangat ramai orang queue nak beli cendol. Mana taknya. Ada tiga bas pelancong duk minum cendol kat situ. Hebat jugak Kuala Selangor. Boleh jadi salah satu tempat pelancongan yang hebat pulak.



Pekena cendol durian

To Asraf & Fatin, kami dari Gediks Family ucapkan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Mereka berdua adalah antara  insan bertuah kerana dapat berkahwin pada usia muda iaitu 23 tahun. Rasulullah ada bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda,maka menangis lah syaitan."

4 comments:

  1. wah sporting gile pengantin karok tuh..hahah

    ReplyDelete
  2. especially pengantin perempuan kan...agak rare..hehe

    ReplyDelete
  3. wah meriah. suka macam ni jd tak bosan :D

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    ReplyDelete
  4. Memang enjoy pun pergi kenduri macamni. anyway, thanks singgah yea sis. @Nur Alja

    ReplyDelete