Enhanced Application & Maintenance Workshop On ICP-OES at Grand Lexis Hotel, Port Dickson


Setelah empat tahun kerja di ALH, ini adalah first workshop yang memerlukan saya bermalam selama 3 hari. Workshop ni berlokasi di Grand Lexis Hotel, PD. Selama saya kerja, saya tak pernah lagi ada urusan luar yang nak kena uruskan seorang diri. Even Thailand Trip pun, melibatkan satu company. Yang ni kena attend sorang-sorang. Saya ni bukan jenis long distance driver. Dak Zafran pulak still BF. So, kenala mintak pertolongan Kimchi. Nasib baik Kimchi willing nak tolong.

Dari Saujana, gerak dalam pukul 8am & sampai dalam pukul 9:30am. 1jam setengah jea perjalanan. Kimchi memang pecut habisla supaya saya dapat daftar workshop ontime. Hope take kena speed trap.

Selesai daftar, saya pergi duduk di meja Group D. Masa ni bersuai kenalla dengan Ah & Syaq. Dah beberapa minit ice-breaking, dapat tahu saya di group yang salah. Sepatutnya Group B. Kena start all over again ice-breaking lagi.hehe. Tak apala. Boleh tambah kenalan.

Sebelum workshop start, group member kena discuss nama untuk group dulu. Ada Bro Anis dari Petronas mencadangkan nama 2.6B untuk group B. haha. 2.6B tu. Controversial sungguh nama group. Kenapa tak letak nama group 1MDB terus.hehe. 1MDB obvious sangat pulak kan.

Hari pertama lebih kepada lecture, which given by Catrina Ng. Saya punya mentor jugak. Kalau ada apa-apa problem regarding ICP, saya memang refer dia jea. Tapi Catrina fasi untuk group C. So, dia lebih spend masa dengan mentee dia ajela. Fasi Group saya adalah Eric. 

Betul-betul sebelum lunch break, setiap group kena jawab quiz. Group 2.6B diberi soalan List Down 4 Common Acid. Saya terus jawab soalan tu sebab senang. Dapat 4 markah. Then ada satu soalan susah dibuka untuk semua participant. Kalau jawab betul participant dapat mini hamper & group diberi satu markah. Saya jugak yang dapat jawab dengan betulnya.  Dapat bawak balik hamper. Boleh bagi Kimchi makan.


Nak gi mana-mana naik buggy car jea. Tapi dalam area Grand Lexisla.

Syaq, Fareha & Kak Ayu


Mereka ICP User macam saya jugak

Pada malamnya ada Seafood Dinner. Ramai participant yang tak join. Mereka yang tak join mostly yang bawak family & nak spend masa dengan family di bilik. Saya just join jea. Time dinner ada sekali dengan aktiviti karaoke. Catrina akan beri 1 mark kepada group bagi setiap lagu yanh dinyanyikan oleh group member. Group C dapat markah teringgi iaitu 10 sebab group C ada kaki karok & suara pun not bad. Group lain semuanya tak dapat lebih 5 markah. Selesai dinner, terus balik villa & tidur. Tak berendam pun di private pool sebab penat sangat.

Aktiviti malam, Seafood Dinner & Karoake

Shark Fin & Crab Soup

Steamed Fish


Butter & Fried Chicken


Fried Prawn. Udang besar giler.

With Fare, Syaq & Ah

Pada hari kedua, praktikal pulak. Kena buat troubleshooting mengunakan ICP-OES &AAS Mula-mula group saya kesian tau. Time nak buat sample preparation, micropippette tak ada yang available. PE provide setakat dua jea. Itupun range yang berbeza. Nak pakai kena queue dahulu. So, kitaorang pakaila digital weighing machine untuk mengantikan micropipitte. Bila dah settle dengan sample prep, terus booking ICP-OES. 

ICP-OES dapat book tapi tak dapat run on the spot sebab set up working range tak cukup pulak untuk copper (hanya ICP user sahaja yang faham apa yang saya cakap ni). Kena prepare standard solution. Bila dah settle, machine dah diguna oleh group lain. Kenala queue sehingga dapat turn. Nasib baik at the end dapat test semua sample & analyze semua result.

Breakfast Buffet


PE siap install machine dengan gas sekali.
Hands-on Session
Yang pandang kamera tu Kak Syikin dari UPM


Tengah menimbang tu. 


Pada petangnya, ada teambuilding. Ada beberapa game kena main. Semua game melibatkan kerjasama & komunikasi among group member. Group 2.6B dapat 1st place. Menang dua daripada empat game. Dua lagi game dapat 2nd place & 3rd place. Hebat group 2.6B. Tengok pada nama groupla. hehe.



Ni game yang last. Game ni salah seorang group member kena blind-fold. Then kena kutip bola di check point. Member lain kena beri arahan supaya blind fold pergi dengan direction yang betul & kutip bola warna yang betul.

Saya tengah tunggu turn


Dah nak sampai turn saya.
 Tengah kutip bola


 
Mula-mula saya jalan straight jea menghala ke garisan penamat.

Lama-lama makin menyenget ke kanan. Puas diorang menjerit-jerit nak suruh saya jalan ke kiri. Tapi apa pun dengar. Sebab dah becampur dengan jeritan group lain. Haha..lawak jea..

Masa ni ingatkan dah sampai ke garisan penamat. Saya bukala penutup mata. Rupa-rupanya saya dah berada di sebelah kanan gelanggang. Terus tutup mata balik & berlari straight ke garisan penamat. Lawak lawak saya ni. Otak berat sebelah kot. Bro tshirt hitam tu duk gelakkan saya.

Esoknya dah group result announcement. Catrina bagitau yang group 2.6B (group sayala tu) dapat highest score untuk troubleshooting. Group 2.6B terus bersorak  lepas Catrina announce. Group kitaorang jea yang reprocess data dengan betul. Group lain tak buat reprocessing data. Markah overall dapat 60 something jauh meninggalkan groups lain. Hadiah untuk 1st place dapat hamper besar. 

Sebelum workshop habis teringat  ICP di lab ada big issue. Mr. Pua expect ICP problem dah solve lepas saya attend workshop ni. Mana boleh pergi workshop free-free jea. Kena buat improvement pada current ICP process. Saya terus cari Catrina untuk mintak advise. Nasib baik dapat.


Naik buggy car
Singgah tengok bilik Iza. Dia dapat water villa


Berkerut muka bila disuruh buat MSF model

Bergambar dengan organizer

Antara 2.6B group Members

2.6B Boleh..haha

Tamat sudah workshop

2.6B Group dapat 1st Place

Group Leader, Asrol disuruh beri ucapan untuk kongsi rahsia kejayaan group. tapi speech merepek meraban. Rugi tak rakam.hehe

Through workshop ini, saya dapat gain banyak knowledge & experience. Saya juga dapat bersuai kenal & beramah mesra dengan ramai ICP & AAS users dari pelbagai bidang, samaada dari private sector mahupun public sector. Hope ALH hantar saya lagi ke workshop sebegini. Ahaksss..Kidding jea..

Share this:

, , ,

CONVERSATION

1 comments:

  1. • Crypto or computerized monetary forms are profoundly separable in nature. Then again, the fiat type monetary standards are respectably distinguishable. NFT Drops

    ReplyDelete