30 June 2015

Zafran Shopping for Raya at Jalan TAR with his Uncles Sado

The question is sado (means tough) ke badan Uncle Yid & Uncle Mus. Ahaks..For me, tak perlula nak ada  6-pack abs  & body sebesar Arnold Susahnakeja untuk dipanggil sado. Just larat dukung Dak Zafran sambil shopping Raya di Jalan TAR, dah kira cukup sado for me..hehe

Nasib baik ada uncle-uncle  join shopping sekali. Boleh gilir-gilir dukung dengan Kimchi. Kalau tak, mau Kimchi boleh kena Parkinson kalau sorang-sorang jea dukung. Stroller ada bawak tapi just dijadikan tempat letak barang jea. Dak Zafran hanya first 30 minutes jea nak duduk kat dalam stroller. Yang the rest, melalak-lalak mintak didukung.

Shopping di Jalan TAR time first weekend of bulan puasa. Memang tak ramai lagi time tu. Semua fokus nak balik kampung. Belum start lagi aktiviti shopping. Tunggula second week onwards. Akan ada lautan manusia di jalan TAR.

Zafran tengah tunggu Mama fitting baju di Butik Aalia. Just survey & beli di satu kedai ni jea. Ada anak kecik, dah tak berapa gigih nak survey di banyak kedai. Jumpa baju kurung kuning(2015 Raya colour theme) yang quite ok designnya, terus grab.

Misi mencari baju Melayu.Time ni barula uncles sado join sekali shopping. Bolehla nak survey di beberapa booth. 

Siap boleh selfie sebab tak berapa nak sesak sangat.

Sampai jea PJ, dapat birthday present dari Auntie Didi. Dak Zafran says Acehh, Auntie Didi

Hasil Shopping di Jalan TAR.

Shopping baju raya selesai time ni jugak, dari Mama & Papa sampaila ke Dak Zafran. Just tak sempat nak beli tudung je sebab dah tak larat sangat. Uncle Yid & Mus pun dapat shopping baju Melayu. Next time, kalau nak shopping raya better pergi time first weekend of Ramadhan supaya tak perlu redah lautan manusia.

28 June 2015

Celebrating Zafran First Birthday at Jempol

 Red Velvet Cake with Cream Frosting by Drasani Cake House

Zafran First Birthday Celebration at Kampung Jempol actually was a last minute plan. Hari Sabtu dah nak balik kampung, hari Khamis baru terpikir nak buat celebration. Time tu belumla lagi Birthday Zafran (which is on 23rd June), tapi nak celebrate jugak in advance sebab semua ada di kampung (except Maktih & Maklang's Family).

Dah last minute plan, order cake pun last minute jugakla. Hari Khamis tu tergesa-gesala mencari contact no yang baker yang Islam & bake birthday cake yang sedap.  First Tanya Qema. Qema pernah bawak Birthday Carrot Cake membernya ke ofis. Rasa memang sedap. Try call baker cake ni. Setelah contact & send inquiry, dia tak boleh buat pulak. Dia ade training & takkan sempat nak bake cake. Mintak lagi contact number lain dari Qema. Dapat dua lagi baker. Tapi dua-dua bake tak free sebab sorang anak sakit & then sorang lagi nak balik kampong. Hari jumaat tu still tak dapat lagi nak order cake. Nak bawak cake balik kampong esoknya.

Bagitaula siap-siap kat Gediks Family incasela kalau tak dapat order cake, beli cake dari Secret recipe ajela. Cake dari Secret Recipe  yang boleh dapat besar & sedap. Bila sebut nak beli dari Secret Recipe, abah terus bising. Abah cakap mana boleh beli dari SR. Sijil Halal kan dah ditarik balik. Dekat mak pun abah bising-bising. Lina suggest order di mana-bakery melayu yang ada kat Saujana. Bukan taknak order. Tak tahu rasa macammane, sedap or not. Tak pernah lagi order kat kedai cake di Saujana. Prinsip saya suka jamu orang dengan makanan sedap. Baru rasa puas hati.

Last-last, Qema & Lina suruh tanya Hawa. Sebab Hawa baru lepas order cake & then dia cakap cake dia order tu sedap. Lepas dapat FB baker cake Hawa tu iaitu Drasani Cake House, saya terus contact. Sangat bernasib baik sebab dia accept saya punya order walaupun nak cake pada pagi esoknya. Siap dia boleh delivery sampai ke rumah. Just tambah RM10 jea.

Saya order Red Velvet Cake with Cream Frosting. Harganya RM90. Bila bawak cake balik kampung, semua yang rasa cake tu komen sedap. Icing tak manis sangat & tak muak. Tak ada pun icing yang berbuang. Cakenya sangat moist. Tercapai misi saya nak jamu semua orang dengan cake yang sedap.

For price, harga just mahal sedikit compare dengan first baker yang saya approach. Kalau yang ni harganya RM90, first baker charge RM65. Tak apala mahal sedikit, janji sedap. Next time bolehla order lagi untuk apa-apa occasion. Untuk sendiri makan pun boleh jugak


 
Ayam percik in d making. Aktiviti tak pernah miss kalau semua berkumpul.

Ayam Percik BBQ Crew


Juadah berbuka plus birthday celebration; Ayam Percik, Ikan Tenggiri Asam Pedas & Masak Lomak

Dessert; Caramel Pudding, Karipap, Murtabak, Epok-epok,Tepung Pelita & Roti Jala

Kuih yang sangat legend & digemari ramai; Homemade Epok-Epok

Sebelum berbuka, celebrate dulu besday Dak Zafran

Potong cake pulak

 Sesi photography dengan Gediks Family
  

26 June 2015

Menyambut Ramadhan di Zawara Coffee Katanya...

Sebelum kedatangan bulan Ramadhan, ALH Girlss decide nak menyambut di Zawara Coffee. Sesi rehatkan otak katanya. Setelah all out kerja membanting tulang, tulang empat kerat, apa salahnye sekali-sekali memanjakan diri dengan lunch di tempat cozy macam Zawara Coffee ni. Cehh,Cakap kerja membanting tulang macamla kerja buruh kasar. Kerja tak buruh kasar pun, tapi otak 150% digunakan. Penat seyh.. 

Kaunternye mengunakan kontena.."Bagus, recycle balik bahan terguna" Kata ALH Girls yang dari company recycling..hehe

Izza pulak dengan geng uniform pokok..

Belakang tu Duta Sandwish Zawara Coffee..hehe

Saya, Lina & Izza order Spaghetti Arabiata. Konon order heavy meal nak bagi perut kenyang lama. Tapi banyak ni jea dapat. Memang tak dapatla nak kenyang sampai ke petang. 

The rest order sandwich. Nampak sandwich ni lagi sedap compare spaghetti

Tak tau alat ni panggil apa. Alat ni akan berbunyi kalau meal kita dah ready untuk diambil di kaunter.

My comment about the food is spaghetti just so-so. Tak ada kelainan pada spaghettinya. Kalau sandwish sedap. Beverage jugak sedap, and then variety pulak tu. Macam-macam jenis blended ada dijual. Saya kalau nak pergi lagi Zawara Coffee, just for  sandwish & beverage but not for spaghetti.

18 June 2015

Pekenaq Sup Gear Box

My MIL & FIL ada di KL selepas balik dari Padang, Indonesia. So, kitaorang apalagi terus pergi jumpa mereka.  Peluang for family bonding time tak boleh dilepaskan especially kalau mereka berada di KL.

Pergi pekenaq Sup Gear Box di area Bangi. Tempat suggested by of course Enal sebab dia stay di situ. 
Kimchi pekenaq sup gear box tak hingatttt..Hirup guna straw tu. Katanya ni first time makan sup gear box. 
Mohd Noor's Family

Siakap Tiga Rasa & Sup Gear Box


Anoi Farewell Cum Diana Suprise Birthday Celebration Lunch

Nothing much i want to say about Anoi resignation. We already predict this will happen someday. Of course we are very sad when she decide to leave ALH but double sad if she didn't do so. To Anoi, rezeki Allah SWT tu luas..You can find job that suit with your mind, body & soul. Chewah ayat xbelahhhh sangat...just nak bagi kata2 pembakar semangat jea kat Anoi..

Arrange Farewell Anoi pun agak adhoc gak.. Sebab weolss ingat lambat lagi Anoi' last day.. Rupanya just tinggal beberapa hari jea dia kerja di ALH. Ahhh..don't want comment on that. Thanks to Kak Fidah, yang tolong arrange & order siap2  semua makanan di Coffee Shop.

Sorry hawa, guna gambar hawa mata terlelap. huhu. 

Time ni jugak husband Diana buat Suprise Birthday Celebration untuk Diana. Siap apply on leave semata-mata nak buat suprise untuk Yana di Coffee Shop. Sweetnya korang berdua. To Mekna, hope your wishes & dreams come true.

Strees jea muka mekna. Actually dia tengah terkejut plus terharu plus nak nangis pun ada..hehe

Sekarang muka dah happy..:)

Makan dulu

Happening mummy ngan geng uniform hijau..Nasib tudung semua tak hijau jugak..

Kitaorang dapat menumpang sekaki makan kek.(Cake sedap seyh...)


Ok, berbalik pasal farewell Anoi. Kami just pesan, jangan lupakan ALH Girls yea. Always keep intouch. Bak kata Hawa, biar berhenti jadi admin ALH, jangan berhenti jadi Admin ALH Girls Whatsapp Group.hehe.

16 June 2015

Cheesy Baked Egg Toast

Jumpa Resepi Cheesy Baked Egg Toast di facebook. Tak susah pun nak buat, malah guna bahan yang mudah, yang memang wajib ada kat dapur. Bahan yang diperlukan adalah just roti, telur, garam & parmesan cheese. Parmesan cheese ajeala bahan yang paling rare compare to others. Cheese tu ada kat dalam peti sebab ada lebih time buat Shepperd Pie last time. Tengok expiry date on Sept 2015. Maknanya still boleh dimakan.

Recipe Cheesy Baked Egg Toast

Bahan-bahan.
2 biji telur
2 keping roti
Sedikit garam
Parmesan Cheese

Cara-Cara
1. Press bahagian tengah-tengah roti supaya melekuk ke bawah.
2. Pecahkan telur & letakkan di bahagian tengah roti tersebut.
3. Taburkan parmesan cheese di sekeliling telur.
4. Taburkan garam.
5. Masukkan roti ke dalam oven yang bersuhu 150 degree celcius selama 10 minit.



Tadaaa.. Inilah hasilnya


2 June 2015

Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas

Ada satu hari tu, teringin sangat nak makan ayam masak butter. Rasa dah lama tak makan. Last sekali makan time contractor belanja iaitu pada CNY tahun lepas or dua tahun lepas. Lama bebenor tu. Dah teringin sangat, pergila google Recipe Ayam Masak Butter. Bila dapat search, baru tahu rupa-rupanya senang yang teramat nak buat Ayam Masak Butter. Apalagi lepas salin recipe, terus try masak kat rumah.

Bahan-bahan
4 ketul ayam
3 tb sp tepung gandum
1 telur
3 tb sp butter
3 ulas bawang putih yang dicincang
1 tb sp susu segar/susu pekat
Secubit garam
Sedikit air

Cara-cara
1. Potong ayam menjadi potongan kecil.
2. Celupkan ayam  dalam telur yang sudah dipukul.
3. Gaulkan ke dalam tepung.
4. Goreng sehingga masak & warna ayam mejadi kekuningan. Ketepikan seketika.
5. Cairkan butter.
6. Tumis bawang putih hingga naik bau.
7. Masukkan susu.
8. Masukkan air.Gaul sehingga masak.
9. Masukkan garam.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam. Masak sehingga memekat.
11. Ready untuk dimakan.

Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas
Ni adalah second trial masak ayam butter. Rupa nampak macam so-so (maybe sebab pakai HP cap ayam, xpun fail bab presentation ni), tapi rasanya not bad. 

Through recipe ini juga, saya baru tahu cara nak goreng ayam crispy, ala-ala KFC. Just guna telur & tepung sahaja. Lahai..Guna bahan mudah jea pun, yang sememangnya wajib ada kat dapur. Lepas ni dah tak perlu lagi beli Instant Fried Chicken Flour.