Monkeyseeing at Bukit Melawati, Kuala Selangor

Trip kali ini nak bawak Dak Zafran tengok monyet di Bukit Melawati. Hari-hari asyik tengok kucing jea di area rumah pengasuh. Nak introduce Zafran dengan binatang lain la pulak.Monyet-monyet di Bukit Melawati pun kurang aggressive & approachable. Sesuaila nak bawak Zafran pergi situ. Grandma& Tokli pun join sekali. .

Terasa Dak Zafran mempunyai sifat 'animal lover'. Ikut Mama & Tokli. Bila jumpa apa-apa binatang berdarah panas, mesti rasa excited. Rasa nak belai-belai jea (if jinakla). Sekarang dah nampak sifat tu pada diri Dak Zafran.
Pergi Bukit melawati selepas attend Kenduri Aqiqah Anak Kak Farah. Rumah Kak Farah memang on the way ke Bukit Melawati. 
Naik bukit Melawati mengunakan tourist bas. Harga tiket RM5/person. Bila dah berada di atas Bukit Melawati, Dak Zafran tidur pulak. Tak dapatla nak tunjuk monyet kat  Zafran. Kitaorang pergi masuk Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dahulu sementara tunggu Zafran terjaga. Di dalam muzium menceritakan tentang sejarah awal penemuan Kuala Selangor. Dah habis explore Sejarah Kuala Selangor, Dak Zafran pun terjaga. Terus bawak  Zafran ke tempat monyet. Bila Zafran tengok monyet for the first time, terus rasa excited. Kedepan-depan badan Zafran ke arah monyet. Macam nak pegang monyet pun ada. Nasib baik time tu papa Kimchi yang dukung Zafran. Kalau Mamanya yang dukung, mau Zafran boleh terjatuh.

Selepas Monkeyseeing, kitaorang naik train untuk turun Bukit Melawati. Train bawak ke tempat arnab pulak. Tak singgah sebab cuaca mendung. Takut time main dengan arnab, hujan turun. Train pulak nak kena tunggu. So, tak drop by di tempat arnab. Terus gerak balik rumah.

Dak Zafran tidurla pulak

Nyenyak pulak tu

Grandma & Tokli




Bunch of monkeys. Got two species which are Silver-Leafed Monkeys and Long-Tailed Macaques
Grandma nak bergambar dengan monyet tapi rasa takut



Di Pintu Masuk Muzium


Belakang tu rumah api


Dak Zafran dah terjaga

Kimchi & Grandma tengah khusyuk baca sejarah



Family selpiaq

Bawak Dak Zafran tengok monyet

Tapi kena bagi perut kenyang dulu


Grandma & Tokli beristirahat

Dak Zafran excited tengok anak monyet kaler oren tu




Nak pegang monyet tu pun ada


Patut ada monyet kat meriam tu, tapi lari bila nak snap gambar ni..
Dak Zafran nak meragam dah tu

Zafran & Tokli

  Train tengah buat drift kat selekoh tajam

On the way nak balik Saujana, singgah makan di Cendol Bakar. Di situ bukan setakat ada cendol sahaja, makanan lain pun ada jual. Ada banyak stall. Kita orang order cendol, tauhu bakar, mee kuah, pisang goreng cheese, otak-otak & satar. Makanan yang dijual di situ semuanya sedap. Harga pun murah.


Makan Petang di Cendol Bakar, Kuala Selangor. Order tauhu bakar, pisang goreng cheese, cendol bakar. mee kuah, otak-otak & satar

Lepas ni nak bawak Zafran pergi zoo pulak. Di Zoo, macam-macam jenis binatang Zafran boleh tengok. Tapi kena tunggu Zafran besar cikit. At least dah pandai berjalan. Soon yea Zafran.. Soon.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. seronok juga jenjalan kat bukit melawati ni :)

    ReplyDelete
  2. Anak tak pernah lagi tengok binatang selain kucing..bila bawak tengok monyet, anak terus excited. Bukit melawati tempat affordable untuk jenjalan. tak mahal pun tiket bas untuk naik bukit melawati.@anajingga

    ReplyDelete