Majlis Aqiqah Aqil Zafran
Dak Zafran dah nak masuk setahun, baru Saya & Kimchi nak buat Majlis Aqiqah. Plannya of course nak buat time saya tengah maternity leave dulu. Tapi sebab banyak hal-hal yang tak dapat dielakkan, tarikh aqiqah di delay beberapa kali. Lastly ,date 1st May 2015 tidak lagi ditukar dah.
Majlis Aqiqah diadakan di rumah Zafran's family iaitu di Saujana Utama. Majlis Aqiqah ini combine sekali dengan Majlis Doa Selamat & juga house warming. Ambik kau..Tiga majlis combine dalam satu majlis. Maklumla sejak ada GST, kena pikir banyak cara untuk saving cost. Teheeee. Itupun plan nak combine dengan birthday Dak Zafran. Sebabnya birthday Zafran tak lama lagi dah pun, iaitu pada 23rd June. Tapi nak kena tunggu lagi sebulan pulak nak buat kenduri. Makin lambatla nak suai kenal dengan jiran-jiran rumahtetangga. So, stick pada 1st May. Birthday Zafran maybe combine dengan Raya Open House di rumah Grandma & Tokli.
Menu Majlis Aqiqah adalah Nasi Arab, Kari Ayam, Kambing, Jelatah, Salad, Kuih Karipap, Kuih Koci, Buah Tembikai, The Tarik & Air sirap limau. Sedara-sedara also ada contribute makanan. Maklang selama sponsor laksa, MIL buat bubur kacang, Mak buat triffle & lasagne, Cu masak Nasi putih & lauk, & yang lain-lain sponsor dessert. Automatic dah boleh buat dessert buffet. Tak payah susah-susah nak book & keluar budget untuk servis dessert corner. Guna meja makan rumah & alas meja cantik, pinjam mak punya.
Untuk bacaan doa selamat & yassin, kami berdua menjemput ustaz & pelajar dari Maahad Tahfiz Darul Furqan. Bacaan ustaz tersangatla sedap & merdu. Diaorang pulak siap bawak bawak mic & speaker. Boleh didengar oleh jiran sekeliling rumah.
Habis bacaan, start makan-makan.
Kimchi siap design invitation card lagi. Katanya semangat cikit nak invite orang kalau ada card.
Doorgift untuk tetamu
Dak Zafran tengah bersiap
Dak Zafran with Auntie Didi
Kari Kambing Kaww..
Salad & Jelatah
Anak-beranak Zainun sudah sampai
Dak Zafran dengan gaya rambut messy.
With grandma
Gediks siblings
Zainun's
Ketibaan Ustaz & pelajar tahfiz
Bacaan doa selamat & yassin. Tokli jadi MC majlis.
Ada jugak gambar Zafran sefamili. Ni ajela yang ada..Maklumkla tuan rumah busy melayan tetamu, tak sempat nak bergambar
This is so-called dessert buffet
Perak Crib
Kak Ida & Mimi
Zafran's Grandma & Opahnyang
Tengah melayan jiran
Poksu pun datang jugak
Kimchi with ex-hartalega colleague
dengan member ofis
Dak Zafran dah diberi pacifier. Tu maknanya dia dah penat a.k.a nak meragam.
Cu & Syamim
Nasi Arab
Naim with Perak Crib
Dak Zafran cakap terima kasih kepada semua yang hadir Majlis Aqiqah Zafran
Majlis berakhir pada pukul 7pm. Alhamdulliah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekhilafan. Kita hanya mampu merancang, tapi segalanya-galanya ditentukan oleh Allah S.W.T.
0 comments:
Post a Comment