18 May 2015

Mak's Jubli Emas Birthday Celebration Lunch

Zafran's grandma turns 50 years old!!!. Dah half century dah umur grandma. Tapi still nampak awet muda. Maybe life Mak dah semakin stabil. Anak-anak pun besar. Paling kecik budak Mun (panggilan gedik untuk Mus) jea. Setiap malam  mak dah dapat tidur yang berkualiti. Tak macam saya, at least kena berjaga 3-4 kali setiap malam, nak BF Dak Zafran. Tapi tak kisah pun walaupun mata dah macam mata Panda. Nak bagi nutrisi yang cukup untuk Dak Zafran. Mak juga tak pernah miss pergi oversea every year, samaada untuk tujuan melancong ataupun untuk beribadah.  
Itu sebab air muka mak terserlah keserian & ketenangan walaupun umur sudah mencapai 50 tahun.

Gediks family celebrate birthday mak di Mr. Steak. Uwan a.k.a onyang pun join sekali. 

Sebab Zafran asyik takada jea dalam gambar yang satu family, terpaksala mama copy gambar Zafran & paste di gambar ni. Pretend kenkunun duduk atas riba mama.

Selfie with uwan

Uwan makan chicken chop tu..Kelass Uwann..

Zafran with big round eye turtle. Pemberian oleh Uncle Mus

Saya order lamb chop. 

Makanan wajib abah, nasi..Mesti kena ada nasik walaupun makan western food.

4 generasi. 

Wajib ada Zafran's family selfie

Birthday gift for Mak from Gediks Siblings 

For Mak, Happy birthday again. We love you so much, more than you can imagine. Thanks for being strong to support us. We will never  be able to thank you enough for all of it.

Eggless Brownies

Haritu saya puasa (kantoi tak habis ganti puasa lagi. Ramadhan tinggal sebulan jea). Teringin nak berbuka dengan something manis. Nak beli, again macam mahal kalau nak beli dalam kuantiti banyak. Saya ni kena makan banyak, baru rasa puas. Solutionnya kenala bake sendiri. Cari punya cari resepi simple di facebook group Resepi Ringkas, akhirnya jumpa resepi Eggless Brownies. Semua bahan yang diperlukan dah ada. Penyediaan adunan juga mudah & cepat. Sempatla lepas balik kerja, saya bake brownies ni, & at the same time masak nasi & lauk untuk berbuka.

Resepi Eggless Brownies
Bahan A (Ayak)
1 cup tepung gandum
1 tb sp tepung jagung
1/2 cup choco powder
1/2 t sp soda bikarbonat
3/4 cup gula

Bahan B
1 cup susu cair
1/4 cup minyak
Hiasan chocolate chip

Cara-cara
1. Masukkan Bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata.
2. Tuang adunan dalam bekas.
3. Tabur chocolate chip
4. Bakar selama 25-30min, suhu 150 degree celcius.



Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas


Ayam Masak Butter Yang Mudah & Pantas

Adunan ni dapat dimakan oleh dua orang (with kimchi) selama dua hari. Memang sangat berbaloila kalau bake sendiri. Boleh makan sampai lebam.

15 May 2015

Monkeyseeing at Bukit Melawati, Kuala Selangor

Trip kali ini nak bawak Dak Zafran tengok monyet di Bukit Melawati. Hari-hari asyik tengok kucing jea di area rumah pengasuh. Nak introduce Zafran dengan binatang lain la pulak.Monyet-monyet di Bukit Melawati pun kurang aggressive & approachable. Sesuaila nak bawak Zafran pergi situ. Grandma& Tokli pun join sekali. .

Terasa Dak Zafran mempunyai sifat 'animal lover'. Ikut Mama & Tokli. Bila jumpa apa-apa binatang berdarah panas, mesti rasa excited. Rasa nak belai-belai jea (if jinakla). Sekarang dah nampak sifat tu pada diri Dak Zafran.
Pergi Bukit melawati selepas attend Kenduri Aqiqah Anak Kak Farah. Rumah Kak Farah memang on the way ke Bukit Melawati. 
Naik bukit Melawati mengunakan tourist bas. Harga tiket RM5/person. Bila dah berada di atas Bukit Melawati, Dak Zafran tidur pulak. Tak dapatla nak tunjuk monyet kat  Zafran. Kitaorang pergi masuk Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dahulu sementara tunggu Zafran terjaga. Di dalam muzium menceritakan tentang sejarah awal penemuan Kuala Selangor. Dah habis explore Sejarah Kuala Selangor, Dak Zafran pun terjaga. Terus bawak  Zafran ke tempat monyet. Bila Zafran tengok monyet for the first time, terus rasa excited. Kedepan-depan badan Zafran ke arah monyet. Macam nak pegang monyet pun ada. Nasib baik time tu papa Kimchi yang dukung Zafran. Kalau Mamanya yang dukung, mau Zafran boleh terjatuh.

Selepas Monkeyseeing, kitaorang naik train untuk turun Bukit Melawati. Train bawak ke tempat arnab pulak. Tak singgah sebab cuaca mendung. Takut time main dengan arnab, hujan turun. Train pulak nak kena tunggu. So, tak drop by di tempat arnab. Terus gerak balik rumah.

Dak Zafran tidurla pulak

Nyenyak pulak tu

Grandma & Tokli




Bunch of monkeys. Got two species which are Silver-Leafed Monkeys and Long-Tailed Macaques
Grandma nak bergambar dengan monyet tapi rasa takut



Di Pintu Masuk Muzium


Belakang tu rumah api


Dak Zafran dah terjaga

Kimchi & Grandma tengah khusyuk baca sejarah



Family selpiaq

Bawak Dak Zafran tengok monyet

Tapi kena bagi perut kenyang dulu


Grandma & Tokli beristirahat

Dak Zafran excited tengok anak monyet kaler oren tu




Nak pegang monyet tu pun ada


Patut ada monyet kat meriam tu, tapi lari bila nak snap gambar ni..
Dak Zafran nak meragam dah tu

Zafran & Tokli

  Train tengah buat drift kat selekoh tajam

On the way nak balik Saujana, singgah makan di Cendol Bakar. Di situ bukan setakat ada cendol sahaja, makanan lain pun ada jual. Ada banyak stall. Kita orang order cendol, tauhu bakar, mee kuah, pisang goreng cheese, otak-otak & satar. Makanan yang dijual di situ semuanya sedap. Harga pun murah.


Makan Petang di Cendol Bakar, Kuala Selangor. Order tauhu bakar, pisang goreng cheese, cendol bakar. mee kuah, otak-otak & satar

Lepas ni nak bawak Zafran pergi zoo pulak. Di Zoo, macam-macam jenis binatang Zafran boleh tengok. Tapi kena tunggu Zafran besar cikit. At least dah pandai berjalan. Soon yea Zafran.. Soon.

10 May 2015

Tiramisu Pudding

Asal jumpa resipe simple jea, saya mesti terus try nak buat. Lagi-lagi kalau mengunakan bahan yang harganya murah. Tiramisu pudding adalah salah satu dessert yang kerap saya buat kerana resipe nya mudah.

Resipe tiramisu pudding.

Bahan-bahan
1 packet standard biskut marie coffee.
1 tin susu cair.
Air coffee
4 tbsp gula
4 tbsp tepung kastard
serbuk milo
1 cawan air

Cara-cara
1.  Masukkan susu cair, tepung kastard, air & gula ke dalam periuk
2.  Masak sehingga pekat. Elakkan dari berketul-ketul. Kalau berketul jugak, boleh tapis.
3. Rendam biskut marie ke dalam air coffee/nescaffe. Susun biskut marie di dalam mangkuk puding hingga menjadi satu layer.
4. Tuang campuran kastard di atas lapisan biskut marie. Campuran kastard menjadi lapisan kedua.
5. Ulang langkah 3-4. Total layers are 4. Kalau nak tambah lagi 2 layer pun boleh, kalau ada lagi campuran kastard.
6. Tabur serbuk milo di atasnya.
7. Simpan di dalam peti ais. Puding ni sedap dimakan time sejuk.

Separuh pudding dah dibaham oleh Kimchi

Majlis Aqiqah Aqil Zafran

Dak Zafran dah nak masuk setahun, baru Saya & Kimchi nak buat Majlis Aqiqah. Plannya of course nak buat time saya tengah maternity leave dulu. Tapi sebab banyak hal-hal yang tak dapat dielakkan, tarikh aqiqah di delay beberapa kali. Lastly ,date 1st May 2015 tidak lagi ditukar dah.
Majlis Aqiqah diadakan di rumah Zafran's family iaitu di Saujana Utama. Majlis Aqiqah ini combine sekali dengan Majlis Doa Selamat & juga house warming. Ambik kau..Tiga majlis combine dalam satu majlis. Maklumla sejak ada GST, kena pikir banyak cara untuk saving cost. Teheeee. Itupun plan nak combine dengan birthday Dak Zafran.  Sebabnya birthday Zafran tak lama lagi dah pun, iaitu pada 23rd June. Tapi nak kena tunggu lagi sebulan pulak nak buat kenduri. Makin lambatla nak suai kenal dengan jiran-jiran rumahtetangga. So, stick pada 1st May. Birthday Zafran maybe combine dengan Raya Open House di rumah Grandma & Tokli.
Menu Majlis Aqiqah adalah Nasi Arab, Kari Ayam, Kambing, Jelatah, Salad, Kuih Karipap, Kuih Koci, Buah Tembikai, The Tarik & Air sirap limau. Sedara-sedara also ada contribute makanan. Maklang selama sponsor laksa, MIL buat bubur kacang, Mak buat triffle & lasagne, Cu masak Nasi putih & lauk, & yang lain-lain sponsor dessert. Automatic dah boleh buat dessert buffet. Tak payah susah-susah nak book & keluar budget untuk servis dessert corner. Guna meja makan rumah & alas meja cantik, pinjam mak punya.
Untuk bacaan doa selamat & yassin, kami berdua menjemput ustaz & pelajar dari Maahad Tahfiz Darul Furqan. Bacaan ustaz tersangatla sedap & merdu. Diaorang pulak siap bawak bawak mic & speaker. Boleh didengar oleh jiran sekeliling rumah.
Habis bacaan, start makan-makan.




Kimchi siap design invitation card lagi. Katanya semangat cikit nak invite orang kalau ada card.

Doorgift untuk tetamu

Dak Zafran tengah bersiap



Dak Zafran with Auntie Didi





Kari Kambing Kaww..
  
Salad & Jelatah





Anak-beranak Zainun sudah sampai

Dak Zafran dengan gaya rambut messy.

With grandma

Gediks siblings

Zainun's

Ketibaan Ustaz & pelajar tahfiz

Bacaan doa selamat & yassin. Tokli jadi MC majlis.



Ada jugak gambar Zafran sefamili. Ni ajela yang ada..Maklumkla tuan rumah busy melayan tetamu, tak sempat nak bergambar

This is so-called dessert buffet

Perak Crib


Kak Ida & Mimi

Zafran's Grandma & Opahnyang




Tengah melayan jiran


Poksu pun datang jugak

Kimchi with ex-hartalega colleague

dengan member ofis
Dak Zafran dah diberi pacifier. Tu maknanya dia dah penat a.k.a nak meragam.




Cu & Syamim


Nasi Arab

Naim with Perak Crib

Dak Zafran cakap terima kasih kepada semua yang hadir Majlis Aqiqah Zafran


Majlis berakhir pada pukul 7pm. Alhamdulliah, majlis berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekhilafan. Kita hanya mampu merancang, tapi segalanya-galanya ditentukan oleh Allah S.W.T.