Pancake in My House

Haritu ada beli Vanilla ice-cream yang 1.5L tub punya. Nak dimakan dengan brownies. Bila brownies dah habis, balance ice-cream still ada banyak lagi. Nak makan ice-cream sahaja, rasa macam jenuh dah habiskan. Duk memikir apa lagi yang boleh dimasak, untuk dimakan bersama dengan ice-cream ni. Pikir punya pikir dapat idea nak buat pancake. Pancake sedap dimakan bersama dengan vanilla ice-cream. 

Resepi Pancake

1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
½ tsp vanilla extract
1 tbsp mayonnaise
2 tsp baking soda
2 tbsp gula

Cara-cara
1. Asingkan telur kuning  & telur putih
2. Pukul telur putih hingga kembang & menjadi warna putih
3. Dalam bekas lain campurkan tepung & baking soda. Gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain juga, campurkan gula, mayonnaise, telur kuning & susu. Kacau hingga sebati. Lepas itu, campurkan dengan campuran tepung tadi. Apabila sudah sebati, tapis adunan tersebut supaya tiada ketul-ketul.
5. Masukkan telur putih yang dipukul tadi. Guna cara kaup balik & tambah vanilla extract. Tepung pancake sudah ready untuk dimasak.
6. Sendukkan tepung tadi atas kuali non-stick
7. Bila nampak gelembung-gelembung di pancake, terbalikkan pancake itu.



Dah nak habis jugakla vanilla ice-cream sebab dua kali buat pancake.  Ada sedikit lagi balance. Next is pikir apa lagi nak dibuat untuk habiskan balance ice-cream yang sedikit ni. Coconut shake,perhaps. 

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment