Rasa
nak makan brownies dengan banyaknya. Kalau beli kat secret recipe, harganya dalam RM8/slice. Nak beli banyak slice, macam mahal. Nak beli setakat satu slice, takut tak puas makan. Solutionnya, bake sendiri ajela. Baru boleh makan sampai buntat.
Hasil carian dari blog, jumpa resepi dari blog Eny Abdullah, yang entrinya bertajuk Resepi Triple Chocolate Brownies.
Tapi resepinya nak kena modified sedikit sebab banyak bahan tak ada. Penimbang pun tak ada jugak. Saya nak kena convert sukatan bahan dari weight kepada cup. Gigih google nak convert semua sukatan bahan kepada cup.
Resipe Eny Abdullah Vs Saya (yang blue font)
300gm Dark Chocolate (coklat gelap)>>>>1 cup chocolate powder
100 gm butter>>>> 1/2 cup marjerin (butter takdok)
100 gm gula>>>>1/4 cup(sepatutnya 1/2 cup. saya kurangkan sebab takut manis sangat)
3 biji telur size A>>>>2 biji (ada yang ni jea dalam peti ais)
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum>>>>1/2 cup
1/4 cawan chocolate chips>>>>tak include sebab takdok
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)>>>>tak include sebab takdok
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan>>>>guna cashew yang diberi oleh mak time balik dari umrah haritu
Bahan-bahan yang sedia ada di rumah
Cara-Cara.
1. Panaskan oven dahulu 160°C
2. Cairkan marjerin bersama-sama dengan dark chocolate.
3. Masukkan semua bahan-bahan one by one. Turutan bahan seperti di atas (dari atas ke bawah). Make sure setiap bahan dipukul sehingga sebati. Telur pun kena masukkan one by one. Tak boleh msukkan sekaligus. Saya pukul guna beater jea..Ada mixer kat rumah, tapi still dalam kotak. Malas nak keluarkan.
4. Dah siap, masukkan ke dalam oven.
Taadaaa..siap express brownies saya.
Brownies saya kurang manis sedikit. Sepatutnya saya tak perlu kurangkan sukatan gula.
Untuk menambahkan rasa manis pada brownies, saya letak ice-cream vanilla & chocolate syrup sebagai topping pada brownies.
Ini hasilnya... Express brownies with vanilla ice-cream
Saya tak puas hati dengan brownies saya. Rasanya tak sama dengan Secret Recipe punya Brownies. SR Brownies ada chewy texture, which I like.
Suruh Kimchi pulak komen brownies saya. Dia just cakap rasa macam chocolate cake. Huh, ok. Komen yang sangat membantu & membina.
brownies paling senang nk buat.. tk perlu pakai beater kan :)
ReplyDelete@suri
ReplyDeletebetul
A'ah..tapi saya buat kurang menjadi sedikit..sebab guna choco powder..Tak ikut resepi eny..tu yang tak menjadi tu..@Eny Abdullah
ReplyDelete