23 April 2015

Pancake in My House

Haritu ada beli Vanilla ice-cream yang 1.5L tub punya. Nak dimakan dengan brownies. Bila brownies dah habis, balance ice-cream still ada banyak lagi. Nak makan ice-cream sahaja, rasa macam jenuh dah habiskan. Duk memikir apa lagi yang boleh dimasak, untuk dimakan bersama dengan ice-cream ni. Pikir punya pikir dapat idea nak buat pancake. Pancake sedap dimakan bersama dengan vanilla ice-cream. 

Resepi Pancake

1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
½ tsp vanilla extract
1 tbsp mayonnaise
2 tsp baking soda
2 tbsp gula

Cara-cara
1. Asingkan telur kuning  & telur putih
2. Pukul telur putih hingga kembang & menjadi warna putih
3. Dalam bekas lain campurkan tepung & baking soda. Gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain juga, campurkan gula, mayonnaise, telur kuning & susu. Kacau hingga sebati. Lepas itu, campurkan dengan campuran tepung tadi. Apabila sudah sebati, tapis adunan tersebut supaya tiada ketul-ketul.
5. Masukkan telur putih yang dipukul tadi. Guna cara kaup balik & tambah vanilla extract. Tepung pancake sudah ready untuk dimasak.
6. Sendukkan tepung tadi atas kuali non-stick
7. Bila nampak gelembung-gelembung di pancake, terbalikkan pancake itu.



Dah nak habis jugakla vanilla ice-cream sebab dua kali buat pancake.  Ada sedikit lagi balance. Next is pikir apa lagi nak dibuat untuk habiskan balance ice-cream yang sedikit ni. Coconut shake,perhaps. 

20 April 2015

Spicy Sherperd Pie Cheese Leleh

Resepi Shepperd Pie saya dapat dari blog  Jejariruncing, yang entri bertajuk Resepi Sherperd's Pie Ayam Cendawan
Saya nak mencuba resepi ni sebab bahan-bahannya mudah didapati. Tak complicated sangat. Mana yang bahan yang rare & tak boleh diguna untuk masakan lain, saya ganti dengan bahan lain.

Resepi Jejariruncing Vs Resepi Saya(Blue Font)

Bahan A untuk Inti
500g ayam kisar
1 abu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cawan mix vege
10 biji cendawan butang
5 biji tomato
1 pokok daun parsli>>>tak include
1 sudu makan tepung jagung(dibancuh dgn secawan air)
1 kiub stok ayam
minyak masak*
serbuk lada hitam*>>>tak include
garam*
serbuk mushroom soup(optional)*>>>tak include

*secukup rasa
cili kering satu senduk>>>bahan tambahan oleh saya

Bahan B (untuk pai)

1kg kentang(dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah>>>tak include
garam secukup rasa


Cara-cara
1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau(Wangi)
**Masukkan satu senduk cili kering. Tumis hingga naik minyak. (resepi asal tak ada cara ini)
2. masukkan daging/ayam kisar dan cendawan butang. kacau sampai daging tu masak
3. masukkan tomato dengan semua bahan2 yang lain kecuali bancuhan tepung jagung dengan kiub ayam/ serbuk mushroom soup

4. bila mendidih barulah masukkan bancuhan tepung jagung tu. pastu kacau sampai dia masak
5. padamkan api, angkat letak dalam pinggan. ketepikan dlu untuk buat pai dia plak

Cara buat pai :
1. rebus kentang dalam air yang dh dimasukkan garam. rebus sampai air rebusan tu kering
2. masukkan susu segar dan mash-kan atau lecek kentang tu. masukkan skali butter(mentega) dengan lada sulah
3. bila dah lenyek, masukkan dalam bekas mangkuk aluminium. ratakan pakai sudu
4. masukkan inti yang kita dah masak awal tadi pastu on top tu tutupkan dengan kentang tu balik
5. Untuk kasi sedap sikit, Elia taburkan Mozarella Cheese on top of the pie.




Bila bake shepperd pie, bagi Kimchi rasa dulu. Kimchi macam biasa just komen sedap. Lepas tu, bawak shepperd pie ke PJ. Nak bagi mak pulak makan. Mak komen, pedas sangat. Mak cakap sepatutnya shepperd pie tak ada rasa pedas. Yeala cili kering tu saya jea memandai tambah sendiri. Kononnya nak ganti black pepper & lada sulah. Rupa-rupanya tak menjadi modification saya ni. Ok lepas ni kalau nak buat shepperd pie, saya akan ikut resepi asal. No more modification.huuuu

10 April 2015

Express Brownies

Rasa nak makan brownies dengan banyaknya. Kalau beli kat secret recipe, harganya dalam RM8/slice. Nak beli banyak slice, macam mahal. Nak beli setakat satu slice, takut tak puas makan. Solutionnya, bake sendiri ajela. Baru boleh makan sampai buntat.

Hasil carian dari blog, jumpa resepi dari blog Eny Abdullah, yang entrinya bertajuk Resepi Triple Chocolate Brownies.

Tapi resepinya nak kena modified sedikit sebab banyak bahan tak ada. Penimbang pun tak ada jugak. Saya nak kena convert sukatan bahan dari weight kepada cup. Gigih google nak convert semua sukatan bahan kepada cup.

Resipe Eny Abdullah Vs Saya (yang blue font)

300gm Dark Chocolate (coklat gelap)>>>>1 cup chocolate powder
100 gm butter>>>> 1/2 cup marjerin (butter takdok)
100 gm gula>>>>1/4 cup(sepatutnya 1/2 cup. saya kurangkan sebab takut manis sangat)
3 biji telur size A>>>>2 biji (ada yang ni jea dalam peti ais)
1 tsp esen vanilla
125 gm tepung gandum>>>>1/2 cup
1/4 cawan chocolate chips>>>>tak include sebab takdok
1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)>>>>tak include sebab takdok
1/2 tsp garam
Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan>>>>guna cashew yang diberi oleh mak time balik dari umrah haritu


Bahan-bahan yang sedia ada di rumah

Cara-Cara.
1. Panaskan oven dahulu 160°C
2. Cairkan marjerin bersama-sama dengan dark chocolate.
3. Masukkan semua bahan-bahan one by one.  Turutan bahan seperti di atas (dari atas ke bawah). Make sure setiap bahan dipukul sehingga sebati. Telur pun kena masukkan one by one. Tak boleh msukkan sekaligus. Saya pukul guna beater jea..Ada mixer kat rumah, tapi still dalam kotak. Malas nak keluarkan.
4. Dah siap, masukkan ke dalam oven.

Taadaaa..siap express brownies saya.

Brownies saya kurang manis sedikit. Sepatutnya saya tak perlu kurangkan sukatan gula. 
Untuk menambahkan rasa manis pada brownies, saya letak ice-cream vanilla & chocolate syrup sebagai topping pada brownies.

Ini hasilnya... Express brownies with vanilla ice-cream


Saya tak puas hati dengan brownies saya. Rasanya tak sama dengan Secret Recipe punya Brownies. SR Brownies ada chewy texture, which I like.
Suruh Kimchi pulak komen brownies saya. Dia just cakap rasa macam chocolate cake. Huh, ok. Komen yang sangat membantu & membina.

8 April 2015

A Story of A New Mum's Challenges During Confinement: The Wisdom Behind It.



Walaupun saya face difficulty ketika berpantang, actually ada hikmah di sebaliknya. Hikmahnya adalah Zafran bebas daripada mengalami masalah kuning or jaundice. Reading kuning Zafran tak pernah tinggi daripada yang sepatutnya. Just ada kelihatan warna kekuningan pada badan Zafran semasa di awal kelahirannya, yang hilang selepas beberapa minggu. Memang rasa stress bila Zafran taknak tidur lama & then nangis-nangis bila berjaga.  Saya pulak nak kena BF untuk hentikan Zafran dari menangis. Tapi semua itu adalah salah satu prevention untuk Zafran daripada kena Jaundice. Sebabnya bila Zafran kerap BF,  Zafran akan kerap pee & poop. Kesannya, bilirubin (penyebab kuning)  slowly flash out dari badan Zafran melalui pee & poop, sehingga habis. Baby yang selalu kena warded akibat dari kuning, kebanyakkannya kurang aktif & kerap tidur sehingga kurang minum susu. Dengar macam best jea baby suka tidur sebab tak perlu nak jaga sangat. Tapi baby kurang aktif inila yang senang nak kena kuning. Syukur Alhamdullilah Zafran terlepas daripada menghidap jaundice. Selepas ini saya akan bare in mind yang apa-apa kepayahan yang kita alami akan ada hikmah di sebaliknya.