Pancake in My House
Haritu ada beli Vanilla ice-cream yang 1.5L tub punya. Nak dimakan dengan brownies. Bila brownies dah habis, balance ice-cream still ada banyak lagi. Nak makan ice-cream sahaja, rasa macam jenuh dah habiskan. Duk memikir apa lagi yang boleh dimasak, untuk dimakan bersama dengan ice-cream ni. Pikir punya pikir dapat idea nak buat pancake. Pancake sedap dimakan bersama dengan vanilla ice-cream.
Resepi Pancake
1 cawan susu segar
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
½ tsp vanilla extract
1 tbsp mayonnaise
2 tsp baking soda
2 tbsp gula
Cara-cara
1. Asingkan telur kuning & telur putih
2. Pukul telur putih hingga kembang & menjadi warna
putih
3. Dalam bekas lain campurkan tepung & baking soda. Gaul
hingga sebati.
4. Dalam bekas lain juga, campurkan gula, mayonnaise, telur
kuning & susu. Kacau hingga sebati. Lepas itu, campurkan dengan campuran
tepung tadi. Apabila sudah sebati, tapis adunan tersebut supaya tiada
ketul-ketul.
5. Masukkan telur putih yang dipukul tadi. Guna cara kaup
balik & tambah vanilla extract. Tepung pancake sudah ready untuk dimasak.
6. Sendukkan tepung tadi atas kuali non-stick
7. Bila nampak gelembung-gelembung di pancake, terbalikkan
pancake itu.
Dah nak habis jugakla vanilla ice-cream sebab dua kali buat pancake. Ada sedikit lagi balance. Next is pikir apa lagi nak dibuat untuk habiskan balance ice-cream yang sedikit ni. Coconut shake,perhaps.
Dah nak habis jugakla vanilla ice-cream sebab dua kali buat pancake. Ada sedikit lagi balance. Next is pikir apa lagi nak dibuat untuk habiskan balance ice-cream yang sedikit ni. Coconut shake,perhaps.
Haritu ada beli Vanilla ice-cream yang 1.5L tub punya. Nak dimakan dengan brownies. Bila brownies dah habis, balance ice-cream still ada ba...