Speechless in Seoul Garden

Seoul Garden

Alkisahnya begini. Saya dok penah lagi make di Seoul Garden(tiba-tiba lak keluar slang Kelantan..ntah betul ntah tidak aku cakap tu..nama jea half Kelantanese). Kat facebook, dah berlambak dah orang duk upload gambar makan kat Seoul Garden.  Even student pun ada pernah makan di situ. Saya ni, jejakkan kaki kat Seoul Garden pun tak lagi. Tersangatla ketinggalankan. Dengan Kimchi pun tak berapa nak gemar makan benda-benda peliks ni. Tu yang Seoul Garden asyik terkeluar dari planning tempat makan kitaorang. Dia cakap buat apa nak spend duit untuk benda yang menyusahkan kita. Seoul Garden kan, everything kena DIY. Dari ambik bahan makanan sampaila ke masak semuanya kena ambik & buat sendiri. Pastu nak kena bayar service charge.


Tapi untuk celebrate our 2nd anniversary, saya paksa Kimchi makan di situ. Nak juga merasa. Review dari semua yang pernah makan di situ, semua komen sedap & tempat berbaloi untuk dimakan.

Lepas hantar Mak & Abah ke KLIA, terus pergi Setia City Mall. Sebelum tu, Saya ajak sekali bebudak sengal, which are Yid, Mus & Didi untuk join our anniversary celebration dinner. Bebudak sengal of coursela agree bila ajakan disertakan sekali dengan dibelanja.

Sampai sahaja di Seoul Garden, pekerja suruh bayar dahula sebelum makan. Okla, bayar jeala. Bila di kaunter, saya tengok harga perpax yang tertera di situ. Saya terus speechless. Harganya RM50 something(malas nak recall balik exact price) perpax. Terkejut mak dibuatnya. Apa yang mahal bebenor sampai nak kena bayar RM50/pax. Orang kaunter tu bagitau, kat situ boleh makan sepuas hati with unlimited time. Hightea di Grand Blue Wave pun unlimited time jugak. Tapi harganya tak adala sampai RM50/pax.

Duk tengok Farid (my bro) & Mimi (my SIL), which are mereka-mereka ni baru student , boleh makan di Seoul Garden sampai dua kali. So, saya punya mindset Seoul Garden ni antara tempat yang affordable untuk dimakan. Rupanya tak. Rupanya tempat pricey untuk dimakan. So, total bil kena bayar untuk 5 pax adalah RM260 termasuk segala mak nenek tax & charge.

Farid bagitau kena bayar mahal sebab normal price. Dia dulu pergi makan just kena bayar RM30 something sebab ada student price & pergi hari biasa. Kalau student ada dapat discount & kalau pergi hari biasa pun ada discount jugak. So, orang macam Farid yang pergi hari biasa, dapatla double discount. . Saya nak pretend kenkunun student (ada hati tu)pun tak boleh. Student price tak valid kalau pergi time weekend. Tu yang kena  bayar normal price untuk kelima-lima pax.

Selesai membayar( dengan pasrahnya), saya pergi ke meja buffet. Memang banyakla menu buffetnya. Sushi, untuk steamboat ada, untuk grill pun ada. Sebab kan nak celebrate anniversary kaklong & abanglongnya, bebudak gediks yang layan kami berdua sampai tak perlu buat apa-apa. Just duduk & makan jea. Diorangla yang ambik air, ambik menu buffet,  masak-masak & segala-galanya. Farid  cakap menu paling sedap (kiranya signature dish/menu) adalah lamb grill. So, saya suruh Farid buat lamb grill. Bila makan, perghhh…memang sedap. Lamb grill manis & lembut giler. Lepas nak habis grill sepinggan, grill lagi sepinggan. Banyak makan lamb grill jea.  Nasib baik ada menu yang sangat sedap untuk dimakan. Kiranya ada jugakla rasa berbaloi bayar mahal-mahal. Selain lamb, ada jugak makan stemboat & dessert.

Seoul Garden  
Kambing yang super delicious & juicy.

Macam-macam ada letak dalam satu pinggan. Sushi, fishball & lamb


Seoul Garden
My gediks & sengal siblings

Seoul Garden
With Kimchi who doesn't eat Kimchi

Selfie ngan Dak Zafran, yang position kaki tak boleh bla

  Dessert

Saya bukanla tak boleh bayar or anything. Just terkejut jea. Dalam mindset, duk ingat Seoul Garden adalah tempat affordable untuk dimakan, sama seperti Kenny Roger & Pizza Hut. Tak expect nak keluar duit sampai almost RM300. Rupanya dah setaraf dengan Chilies, Grand Blue Wave & sekutu dengannya. Adakah next time saya akan pergi lagi Seoul Garden. Maybe tak kot. Kalau nak kena bayar RM50/pax, preferable high tea di Grand Blue Wave or buffet di Marche, The Curve. Tak perlu masak sendiri & semuanya dah siap terhidang di meja buffet.

Seoul Garden
Tak apala bayar mahal pun..sekali-sekala..yang penting sedap..(bersepah meja seyh)

Share this:

,

CONVERSATION

12 comments:

  1. nyum2, harga pun nyam2 jugak..berpeluh time bayar bil..hehe@eintan nurfuzie

    ReplyDelete
  2. memang sedap makan kat sini, org kata sambil lepak-lepak la...borak2. Sini RM35 je sekepala. Harga dia pula mcm tu sbb macam2 ada. Kalau saya, memang pergi betul2 lapar. Kalau x, rugi weiiiii.....hihihi. Zafran makan ape aje???? kihkihkih

    ReplyDelete
  3. mahalnyaaa. huhu. selalu gak gi Mines n tgk seoul garden kadang penuh juga n ingat maybe harga dia macam kenny rogers juga. tapi bg GV kenny rogers kira mahal juga. huhu. jadi solutionnya pergi kfc mcd jew la. huhu.

    ReplyDelete
  4. suka makan cni tapi x bleh selalu laa.. haha..

    ReplyDelete
  5. elsa tak pernah makan sini lagi. sebab elsa tak makan sangat lauk selain ayam huhuhu. tapi kalau nak bawak family elsa boleh lah

    ReplyDelete
  6. Pernah juga arwah bawa Dura makan di Seoul Garden. Masa tu dia kata nak jadikan restoran2 cambest sebagai restoran kenangan kami berdua. But now, memang jadi kenangan lah pun 😊

    ReplyDelete
  7. Seoul Garden punya makanan not bad laa tapi part bayaran dengan diy segala bagai tu yang malas tu hurmm

    ReplyDelete
  8. Sedapppnya tapi Rabia tak pernah makan lagi dekat Seoul garden ni

    ReplyDelete
  9. Very awesome!!! When I seek for this I found this website at the top of all blogs in search engine. preventivi piscine interrate

    ReplyDelete
  10. That appears to be excellent however i am still not too sure that I like it. At any rate will look far more into it and decide personally! home accessories

    ReplyDelete
  11. Glad to see you all the guys together. Infect we're considered the best and reliable real estate agents in Santa Monica CA for any real estate work.

    ReplyDelete