Pangkor Trip: Our Activities Story

Day 1

Sampai sahaja chalet kami, kami terus makan.  Pada pukul 5, bersiap untuk aktiviti island hoping & snorkeling. Siap sewa alat snorkeling lagi. Macamla pandai berenang nak buat snorkeling bagai. Tapi life jacket kan ada. Satu lagi kitaorang trainer bertauliah yang boleh ajar kitaorang berenang iaitu Kimchi. Erkkkk….
After snorkeling, aktiviti island hoping pulak. Pemandu bot bawa kami tunjuk semua pulau yang ada di situ. 

Ready to do snorkeling

Dah sampai tempat snorkeling, terus mintak tolong Nanny jagakan Zafran. Mama & Papanya nak pergi snorkeling. Nasib baik ada bawak puting. Senang sedikit nak jaga Zafran kalau ada puting. Puting tu mulanya dah  tertinggal kat dalam kereta. Perasan tertinggal time beratur kat jeti. Gigih Papa Zafran pergi ambik puting kat dalam kereta. Padahal jauh kot parking kereta. Nasib baik time ambik, tengah beratur panjang. Kalau tak, boleh miss naik satu feri dengan yang lain. Credit to Papa Kimchi sebab ambikkan puting Zafran. Tak adala Dak Zafran meragam time nanny jaga. Dapatla Mama bersnorkelling dengan heavennye. Teeee...

Time  bersnorkelling, our trainer bertauliah ajar kami berenang sampai pandai. Tapi with life jacketla. Kalau without life jacket, dengan trainer trainer (Kimchila) pun tak confident nak berenang. Air dalam kot. Tapi at least dah tahula skill berenang.
Indahnya ciptaan tuhan






Tegang jea badan Dak Zafran bila dipakaikan dengan life jacket

Mohd Noor's Clan with life jacket





Life Jacket Dak Zafran besar sangat..tak padan ngan badan.tapi tu saiz yang aling kecik
 
Snorkeling..

Selepas snorkeling, pemandu bawak lagi pusing satu pulau

Aktiviti malam pula, berBBQ. Setelah hampir siap masak, buat surprise birthday celebration untuk Kimchi. Sebab esoknya birthday Kimchi. Time Kimchi sibuk membakar ayam, semua tiba-tiba menyanyi birthday song untuk Kimchi. Kimchi macam terkejut tapi buat-buat control macho gitu, I guess. Saya pula dari belakang bawak cake & pergi menghala ke Kimchi. Thanks to Mimi sebab tolong belikan birthday cake di Taiping.
BBQ Preparation

Happy Birthday Kimchi. Kata Kimchi, ini first time dia dapat birthday cake..

 Zafran pejam mata, macamla papa tiup ke muka zafran.

Sebelum balik chalet, window shopping kat kedai-kedai souveniar, yang ada kat situ.

Zafran with new cap..

Day 2

Selepas breakfast, kitaorang mandi-manda di pantai. Dak zafran sekali lagi nanny tolong jagakan. Kali ni saya target nak try jugak naik banana boat. Sebab tak pernah naik. Even Kimchi pun pernah dah. Nak naik banana boat nak kena ada 6 orang. Saya, Kimchi, Enal & Alim confirm nak naik. Kak Ida tak berani, while Mimi depends pada Kak Ida. Kalau Kak ida nak, baru mimi nak join sekali. Setelah beberapa kali pujuk, akhirnya Kak Ida setuju naik banana boat dengan kitaorang.  Bila semua dah naik banana boat, pemandu boat akan bawak pusing pulau dua round, dengan speedy nye. Pastu ending, akan bawa ke pantai, then buat turn yang tajam untuk jatuhkan semua orang. Dia jatuhkan kat tempat yang dalam. Panik sekejap bila try nak berdiri tapi kaki tak dapat nak jejak bawah. Nasib baik Kimchi ada. Dia suruh ingat balik semalam punya ajaran berenang. Tapi bila dah panik apa pun tak menjadi. Walaupun berenang dengan life jacket, tapi rasa tak bergerak-gerak. Last-last Kimchi tarik jea saya sampai ke pantai. Experience naik banana boat memang awesome, especially bila dijatuhkan. Saya pulak first time naik banana boat (ketinggalan sungguh..huuu).


 Dak Zafran excited macam dia yang nak naik banana boat

Zafran tertido
Ready nak naik banana boat

Ready to rock the world..(huh, ada kaitan ke...heee)..

Pukul 10am, tutup tirai aktiviti pantai. Balik chalet untuk bersiap. Dalam pukul 12pm check out. After check out, mintak tolong orang chalet call van pelancong untuk book. Tapi, orang chalet tu cakap sekarang peak hour. Semua van tak layan any call. So, kena tunggu kat tepi jalan besar supaya dapat tahan van yang available. Kimchi yang pergi tunggu. Dalam 15minit, Kimchi berjaya mendapatkan van yang available. Van ni akan bawa kitaorang pusing satu pulau, pergi ke tempat-tempat yang menarik & hantar ke jeti.

 Sebelum check out, shopping sat.

Dak Zafran tolong Mama pilihkan seluar.

First tempat yang dibawa adalah Kilang Sate Ikan. Beli produk makanan yang femes kat pangkor iaitu sotong gula, sate ikan, etc. Spend about RM30.

Kat Kilang Sate

Second tempat adalah Tembok Cina. Just temple sahaja yang ada taman. Ada tembok untuk dipanjat. Tapi just ambik gambar kat bawah sahaja. Tak larat nak panjat tembok sebab cuaca sangat panas terik.

Lepak-lepak bawah pokok..

Tak tahula Patung tu represent or simbolik untuk ape.

Belakang tuela tembok besar china

Tempat  yang last adalah Kubu Belanda. Tempat ni agak menarik sebab tapak peninggalan sejarah & cantik untuk bergambar jugak.Kubu itu dibina untuk pertahanan dari serangan lanun & permberontakan oleh penduduk tempatan (base on information board di situ). 


Sebahagian Kubu Belanda yang tinggal

Zara maintain posing di bawah cuaca terik

 Baru perasan pakaian kitaorang ada tema colour iaitu hijau & biru. Dengan Dak Zafran pun sama.

Selesai jalan-jalan di Kubu Belanda, terus pergi ke Jeti untuk naik feri. Queue nak naik feri untuk balik sama jugak dengan queue mula-mula nak pergi. Hampir sejam queue, nak boleh naik feri.

Conquer sit belakang


Alololo..Dak Zafran ni..Sengih sampai nampak gusi.
Overall, percutian Pangkor memang menyeronokkan. Just penat tang beratur jeala. Tapi tu perkara biasa kalau dah pergi time peak hour. Kena prepare mental & fizikal kalau nak melancong time cuti especially school holiday.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment