2 March 2015

Pangkor Trip: Budget & Preparation

Pangkor trip ini boleh dipanggil a budget trip sebab kitaorang cuba sedaya-upaya  meminimumkan perbelanjaan percutian Pangkor kami. Ni bukannya percutian ala-kadar sebab taknak spending tapi lebih kepada bijak dalam planning perbelanjaan.

Kitaorang ke Pangkor time peak hour iaitu  CNY holidays. So, memang tersangatla ramai orang yang nak pergi Pangkor & kena queue panjang.  Kalau family besar macam kitaorang, just few person sahaja beratur. Yang muda & tak dukung anak. Tapi tak boleh seorang jea beratur. Buat kena marah kat orang belakang jea. Bila yang beratur dah penat, tukar turn dengan orang lain. Then, barang-barang pulak kumpulkan kat satu tempat & assign satu orang untuk jaga. Dah betul-betul kat atas jeti baru angkut semuanya. 
 
Time ni turn saya & Kak Ida beratur..N Zara pun join sekali.. 
 
Nanny tolong dukung Zafran. 
 
Untuk Chalet harganya just RM100/night. This chalet was surveyed by Mohd Noor’s girls which are Enal & Mimi. Chalet memang cantik. Servis memang bagus. Cleanliness memang good. Selalunya kalau hotel/chalet  tepi pantai, penuh dengan pasir. Tak berapa bersih. Tapi chalet ni sebaliknya. Jarak  dari chalet ke pantai sangat dekat. Ke tapak BBQ juga dekat. Just within walking distance jea. Overall kalau ikut pada harganya, this chalet boleh bagi empat bintang. Credit to Enal & Mimi.
 
 
 Baru sampai chalet. Design Chalet sangat cantik.
 
 Chalet kami No.8
 
 
 Bersantai sat di dalam chalet.
 
Untuk makan, lunch on first day, kami makan makanan yang dibawa oleh Taiping Team(which are Abah, Mak, Mimi, Ale & Ida.)  Mereka masak sambal ikan bilis & sardin. Dinner pulak buat BBQ. Barang & bahan BBQ juga dibawa oleh mereka. Sangat gigih Taiping team mengangkut barang makanan hingga jeti. Siap ada bawak periuk nasik. Ayam & ikan yang untuk dibakar, telah direbus terlebih dahulu supaya tak perlu tunggu lama untuk siap bakar. After rebus, terus masuk dalam peti ais untuk dibekukan supaya tahan lama. Sebab agak lama jugak ayam & ikan ni berada di luar sebelum boleh sampai ke Chalet. I think kak Ida yang advise cara ni. Taiping team berjaga hingga pukul 3pagi & bangun balik pukul 6 pagi untuk buat semua preparation tersebut. Double Credit to Taiping Team. Because of them, kitaorang dapat makan sampai kenyang. On the second day, dah makan di kedai.
Barang-barang makan yang disediakan oleh Taiping Team. Siap ada tikar & air botol besar lagi.
 
Pengangkutan pula, tiket feri harganya RM10 untuk dua hala.

Feri
 
Tambang van hantar ke hotel, harganya RM25/van.  Kalau van yang bawa pergi pusing-pusing pulau  & hantar ke jeti, harganya lain iaitu RM100/van.
 
Our tourist pink van
 
 
Kos aktiviti telah studied by Enal. Dia dah tahu harga termurah yang boleh dapat untuk semua aktiviti Pangkor. Macam aktiviti snorkeling & island hopping, sepatutnya boleh dapat dengan harga not more than RM30/boat. Per boat tau bukan perperson. Kalau ikutkan saya & Kimchi punya budget plan (Kimchi telah dilantik untuk prepare tentative & estimation cost), kena spend about RM50/person for that both activities. Fail kami berdua punya study sebab terlampau mahal. Kitaorang  berdua just refer harga tu kat personal blog biasa jea. Tak taula kenapa blogger tu bayar mahal untuk both activities. Tak adala dia mention ada tambahan aktiviti lain. Maybe blogger tu naik bot mahal kot. Bila dah kat sana, actual kos adalah RM25/boat. So, Enal yang definitely betul & kitaorang ke laut. Selain bayar boat, kena bayar  untuk sewa goggle which is RM5/boat.
Second activity yang kena bayar is banana boat. Harganya RM15/person.


 Kos Pangkor Trip
  1. Minyak (Saujana ke Pangkor, Pangkor ke Saujana): RM80
  2. Chalet: RM100
  3. Ferry: RM20/2person (two ways)
  4. Transportation to Chalet: RM20/van= RM5/family
  5. Boat to snorkerling area & island hopping: RM25/boat=RM6.50/family
  6. Google: RM5/person=RMRM10/two person
  7. Banana Boat: RM30/two person
  8. Tourist van (jalan-jalan & hantar ke jeti): RM100/van a.k.a RM25/family

Totalnya dalam RM277. Kalau termasuk makan, shopping & etc, habis dalam RM350 .
Kitaorang punya prinsip untuk vacation is 'enjoy more, spend less'.

 

 
 

No comments:

Post a Comment