9 March 2015

Kimchi's 2015 ASTI Futsal Tournament

Ini adalah third time saya join ASTI futsal tournament. Tapi bukan join main, just teman & tengok Kimchi main jea. Saja tengok Kimchi main. Katanya, dulu-dulu wakil sekolah untuk bola sepak. Nak cakap dia  power lettew. So, nak tengokla entah betul ke tak kata-katanya tu. My komen is biarla saya seorang jea tau. Hehe.

First tournament yang saya ikut sekali, time couple dulu. Second, saya tengah pregnant 5 bulan. Yang third time iaitu tahun ni punya, dah ada bawak anak, iaitu Dak Zafran. Siap Auntie Didi & Uncle Yid tolong temankan.  Pergi dengan diorang sebab nak gerak lambat sedikit. Biar Zafran dapat tidur pagi & siap semuanya, baru keluar. Kalau ikut Kimchi, kena keluar awal pagi & balik petang. Mau Dak Zafran mengamuk kalau stay kat tempat futsal lama-lama. Dengan panas lagi. Tau-tau la tempat futsal. Mana ada kipas. Nasib baik tournament kat area Puchong jea & saya memang stay kat PJ. Tu boleh ajak diaorang sekali.  Time sensorang dulu, dapatla nak stay dari pagi sampai tournament habis. Sekarang tak dapatla.
Auntie Didi, Uncle Yid, Mama & Dak Zafran
 
 Papa Kimchi tengah beraksi..
 
Kimchi yang pegang bola.
 
 
Wefie
Bila sampai di KSL Puchong, memang panas tahap maksim pun. Nasib baikla Dak Zafran tak nangis-nangis. Sebab mood baikkan. Tidur cukup, perut kenyang, lepas mandi & etc. Lepas dah tengok game Kimchi (which is kalah..huhu), pergi lunch di Subway Aeon. Just berdekatan jea dengan tempat futsal. Lagipun Kimchi bagitau, dia punya next game lambat lagi. So, kitaorang lepak-lepak, borak-borak di Subway.
 
Lunch sambil borak-borak
 
Bila dah pukul 2pm, which is sepatutnya game Kimchi dah nak start, terusla pergi ke tempat futsal balik. Tapi, rupa-rupanya, gamenye tukar time ke 3:30pm. So, apalagi, kitaorang pun chan chin chow la.  Kali ni just dapat tengok satu game jea..Itupun kalah. Tapi honestly, apa-apa game yang saya tengok, tak kisahla yang Malaysia ke, yang family punya ke, badminton ke, bola ke, mesti kalah. Saya ni ada jinx ke. Ishh.. tak baik pikir macamtu..khurafat...Biasala adat permainan. Ada menang, ada juga yang kalah..huhu

2 comments: