31 March 2015

A Story of A New Mum's Challenges During Confinement

Pada 23 Mac lepas genapla umur Zafran 9 Bulan. Lagi beberapa bulan sahaja nak cukup setahun.. Lahai besar dah Dak Zafran ni. Mula-mula jaga time baru lahir, sekarang dah ligat merangkak dah.

Teringat balik pengalaman mula-mula menjaga Dak Zafran( time berpantang), which is honestly agak culture shock untuk saya. Agaknya sebab pengalaman menjaga baby adalah baru untuk saya. Ingatkan perangai baby secomel mukanya. Rupanya tak. Tak sangka sangat tough & mencabar. Macam Dak Zafran, kalau dengan saya akan menangis kalau berjaga. Selalunya malam-malam mesti menangis sebab siang dah puas tidur. Dalam mindset saya, baby menangis mesti sebab perutnya lapar. Apa yang saya boleh buat, just breasfeeding(Bf) sahaja. Tapi after Bf, still menangis jugak. Saya try dodoi tapi still not working. Agaknya cara saya dukung tak betul & maybe Zafran tak selesa. Bila Didi (my sis) & mak yang dodoi, berhenti pulak menangis. Kadang-kadang sampai tertidur bila didodoi oleh mereka berdua.

Pesan Mak, saya kena  tidur ikut sama time dengan baby. Kalau Zafran tidur siang, sayapun kena tidur siang. So, bila Zafran berjaga malam, saya tak adala penat sangat nak stay up jaga anak. Tapi walaupun dah tidur siang lama, time berjaga malam, feeling tersangatla lain. Tengok semua dah tidur, kita jea tak tidur, then nak kena dodoi-dodoi Zafran lagi, still rasa penat & stress jugak. Mak suruh saya train Zafran supaya jangan tidur siang supaya malam akan tidur. Tapi Dak Zafran ni tak kirala waktu apa pun, kalau terjaga mesti menangis. Dengan saya tak pandai dodoi lagi. Kalau boleh saya nak Zafran sentiasa tidur. Memang impossible la kan nak suruh baby everytime tidur jea. And then kalau selalu tidur, chances nak kena kuning tinggi.  Saya pelik kenapa orang lain siap boleh menonton cerekarama, sinetron, telenovela time berpantang. Macam ada banyak masa jea. Saya  sibuk nak tidur siang supaya cukup tenaga nak berjaga malam.

Kemuncak stress ketika berpantang adalah pada hari yang saya minum nescaffe. Saya minum nescaffe sebab dah muak asyik minum milo jea. Tak kira breaffast, lunch, teatime & dinner, duk minum milo. So, nak tukarla selera dengan minum  nescaffe. Kesannya pada malamnya, Zafran meragam. Zafran menangis-nangis dari pukul 12 malam sampai 8 pagi esoknya. After bf & dodoi sambil berjalan, Zafran still menangis-nangis sampai pukul 3am. Dah pukul 3, still taknak stop menangis. Saya just letak Zafran  katil. Dah tak tahu nak buat apa. Last-last, Didi terjaga & pergi dukung Zafran. Didi dukung Zafran sambil menonton TV. Kesian kat Didi. Dahla time tu bulan puasa. Then pagi tu, Didi nak kena pergi kerja lagi. Tapi bila Didi offer nak jaga, saya tak mampu nak menolak walaupun tau situasi Didi. Saya pergi tidur. Didi jaga dari pukul 3am sampai 6 am. Lepas tu mak pulak jaga. Kena jaga bukannya just dukung jea. Nak kena dodoi-dodoi sambil berjalan, baru Zafran tak menangis. Mak enjut-enjut sambil keliling satu rumah dari pukul 6am sampaila pukul 8am. Mak pulak tak larat, giliran kembali kepada  saya semula. Tapi saya dah dapat tidur 4jam, bolehla nak jaga Zafran balik. Itulah kesannya penangan Nescaffe terhadap Zafran. Sejak dari haritu, selagi saya breastfeeding saya eliminate coffee & sewaktu dengannya dari hidup saya.

Nipple(Ms. N) saya pun start rasa pedih & melecet sebab again solution(yang saya tahu) untuk nak bagi Zafran stop menangis adalah BF sahaja. Setiap kali BF, akan rasa sakit  sampai rasa nak menangis pun ada. Masa itula saya start push Kimchi belikan pacifier supaya Zafran tak continuously menangis. Kimchi pun belikan Avent Pacifier.

Zafran tak menangisla untuk beberapa hari bila Zafran guna pacifier. Tapi lepas tu, continue balik menangis. Saya minta tolong Abah belikan set buaian pulak (Kimchi kerja). Fikir Zafran maybe nak berdodoi baru boleh stop menangis. Dah masukkan dalam buai, Zafran stop menangis & tertidur. Dah tertidur, stopla enjutkan buai. After stop, Zafran terus terjaga & menangis. Buai balik. Buai sampai tertidur pastu stop, automatic Zafran  terjaga & menangis lagi. Bila dah introduce buaian, Zafran nak all the time berbuai.. Even tidur siang pun. Sebelum ni boleh jea tidur siang dengan BF sahaja.

Dak nak kena enjut 24jam, lagila tak tahan. Saya dah tak boleh nak tidur siang. Malam lagila. Didi pun dah start complain tak tahan nak kena non-stop buai. Actually time pantang, ada tiga shift jaga Dak Zafran. First shift 12am-3pm iaitu saya, second shift 3pm-5pm iaitu Didi & 3rd shirt adalah mak iaitu dari 5am-7am. Then shift kembali kepada saya. Time shift Didi tuela, yang dia complaint dah tak larat nak buai Zafran.

Lepas sahaja Didi complaint, saya push lagi Kimchi suruh beli buai automatic. Kimchi pergi beli di Manjaku, Bangi. Dah pasang buaian auto, barula Zafran tak continuously menangis & tidur sehingga 3jam, tak kira malam or siang.  Barula terasa aman dunia.

Masa pregnant, saya target nak jaga anak naturally. Tak nak ajar anak guna pacifier, buaian, buaian auto, tidur dalam suasana senyap. Nak full BF. Bila dah berdepan dengan situasi sebenar, habis semua yang taknak buat tu, saya dah buat jugak. Full Bf pun tak dapat nak buat.

After sebulan lebih berpantang, tiba-tiba saya rasa kesiankan kat Dak Zafran. Terlampau kerap sangat guna buaian & pacifier untuk Zafran. Asal nak bagi Zafran tidur or stop menangis, mesti guna buaian & pacifier. Saya terus study through internet. Saya study posisi-posisi BF selain yang kebiasaannya.  Salah satunya sambil berbaring. And then time tu jugakla saya baru tahu cara bf yang betul. Cara yang betul adalah kena make sure dagu baby bersentuhan dengan areola. Satu lagi Ms. N masuk sampai lelangit baby. Kalau tak sampai, Ms. N akan berada di gusi baby. Tu yang menyebabkan sakit sampai melecet-lecet. Dah sebulan lebih bersalin, baru tahu cara Bf yang betul & posisi Bf yang berbaring. Saya terus try Bf Zafran dengan cara betul & posisi berbaring. Zafran menerima cara bf yang baru dengan baik. Sejak dari haritu sampai sekarang, if di rumah, saya akan BF sambil berbaring, tak kira pada waktu apa pun. Sometimes Zafran boleh tertidur  after Bf.  Penggunaaan buai auto & pacifier pun dah semakin berkurang.   Cara ini lebih membantu semasa saya dah mula bekerja.  If Zafran terjaga malam, saya akan Bf sambil berbaring. Then, saya akan sambung tidur sambil Bf. Zafran nak Bf selama mana yang dia nak pun, tak kisah. Time bekerja tak adala rasa sleepy & penat walaupun kerap berjaga malam. Cara ni maybe agak bahaya. Saya kena sentiasa  alert. Kalau baby dah besar, bolehla guna cara ni.

Pernah jugak saya terfikir saya ni layak ke tak jadi seorang ibu. Susah sedikit pun tak boleh.  Rasa susah sedikit, dah rasa stress. Terus nak guna gadget-gadget. Orang lain pun pernah jugak ada pengalaman jadi newmom.  Contohnya macam Maklang & Maktih. Mereka berdua pun working mom jugak. Tak ada pun depends pada gadget-gadget macam saya ni untuk jaga anak. Bila fikir balik,  manusia diciptakan berbeza. Apa yang berlaku pada setiap manusia pun berbeza jugakla. Sebenarnya pengalaman menjaga Zafran ketika pantang adalah pengalaman yang priceless. Pengalaman itu jugakla yang mengajar saya supaya belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik, dalam menjaga  & membesarkan anak.  Satu lagi, if mindset  sentiasa positif & ilmu cukup di dada, akan rasa lebih seronok & happy ketika menguruskan & mendidik anak.
My Precious Dak Zafran already 9 months old. How time flies so freaking fast...

 

27 March 2015

Farewell Lunch for Zai


Sorry izza if pilih gambo ni (cute kot izza buat duckface) ..gambo ni jea yang anoi tak kena block kat cik qema kita..hehe

My colleague yang sama first day kerja di ALH iaitu Zai, akhirnya telah mengorak langkah ke haluan lain. Tidak lagi meneruskan kerjaya di ALH .  So sad sebab  tinggal Zai sahaja (yang malay girl), kerja sama lama dengan saya iaitu hamper 4 tahun. Kami berdua jugak yang pernah ada experience bekerja di Lot 7842 (Lot lama). Bila Zai dah tender, tinggallah saya seorang untuk batch senior  (again untuk malay girl) yang masih bertahan kerja di ALH. Setia betul saya dengan ALH.

Sehari sebelum Zai’s last day, ALH Girls, Ms. Goh, Vallerie, Soo Yee, Isaac & Ming celebrate farewell di KFC, Bukit Jelutong.
Yang ni gambar Izza ok tapi anoi pulak kena block...
Some of ALH Girls

Muka kekenyangan


Too Zai, good luck for your future endeavours. Always keep in touch yea. Through FB pun boleh..

19 March 2015

Speechless in Seoul Garden

Seoul Garden

Alkisahnya begini. Saya dok penah lagi make di Seoul Garden(tiba-tiba lak keluar slang Kelantan..ntah betul ntah tidak aku cakap tu..nama jea half Kelantanese). Kat facebook, dah berlambak dah orang duk upload gambar makan kat Seoul Garden.  Even student pun ada pernah makan di situ. Saya ni, jejakkan kaki kat Seoul Garden pun tak lagi. Tersangatla ketinggalankan. Dengan Kimchi pun tak berapa nak gemar makan benda-benda peliks ni. Tu yang Seoul Garden asyik terkeluar dari planning tempat makan kitaorang. Dia cakap buat apa nak spend duit untuk benda yang menyusahkan kita. Seoul Garden kan, everything kena DIY. Dari ambik bahan makanan sampaila ke masak semuanya kena ambik & buat sendiri. Pastu nak kena bayar service charge.


Tapi untuk celebrate our 2nd anniversary, saya paksa Kimchi makan di situ. Nak juga merasa. Review dari semua yang pernah makan di situ, semua komen sedap & tempat berbaloi untuk dimakan.

Lepas hantar Mak & Abah ke KLIA, terus pergi Setia City Mall. Sebelum tu, Saya ajak sekali bebudak sengal, which are Yid, Mus & Didi untuk join our anniversary celebration dinner. Bebudak sengal of coursela agree bila ajakan disertakan sekali dengan dibelanja.

Sampai sahaja di Seoul Garden, pekerja suruh bayar dahula sebelum makan. Okla, bayar jeala. Bila di kaunter, saya tengok harga perpax yang tertera di situ. Saya terus speechless. Harganya RM50 something(malas nak recall balik exact price) perpax. Terkejut mak dibuatnya. Apa yang mahal bebenor sampai nak kena bayar RM50/pax. Orang kaunter tu bagitau, kat situ boleh makan sepuas hati with unlimited time. Hightea di Grand Blue Wave pun unlimited time jugak. Tapi harganya tak adala sampai RM50/pax.

Duk tengok Farid (my bro) & Mimi (my SIL), which are mereka-mereka ni baru student , boleh makan di Seoul Garden sampai dua kali. So, saya punya mindset Seoul Garden ni antara tempat yang affordable untuk dimakan. Rupanya tak. Rupanya tempat pricey untuk dimakan. So, total bil kena bayar untuk 5 pax adalah RM260 termasuk segala mak nenek tax & charge.

Farid bagitau kena bayar mahal sebab normal price. Dia dulu pergi makan just kena bayar RM30 something sebab ada student price & pergi hari biasa. Kalau student ada dapat discount & kalau pergi hari biasa pun ada discount jugak. So, orang macam Farid yang pergi hari biasa, dapatla double discount. . Saya nak pretend kenkunun student (ada hati tu)pun tak boleh. Student price tak valid kalau pergi time weekend. Tu yang kena  bayar normal price untuk kelima-lima pax.

Selesai membayar( dengan pasrahnya), saya pergi ke meja buffet. Memang banyakla menu buffetnya. Sushi, untuk steamboat ada, untuk grill pun ada. Sebab kan nak celebrate anniversary kaklong & abanglongnya, bebudak gediks yang layan kami berdua sampai tak perlu buat apa-apa. Just duduk & makan jea. Diorangla yang ambik air, ambik menu buffet,  masak-masak & segala-galanya. Farid  cakap menu paling sedap (kiranya signature dish/menu) adalah lamb grill. So, saya suruh Farid buat lamb grill. Bila makan, perghhh…memang sedap. Lamb grill manis & lembut giler. Lepas nak habis grill sepinggan, grill lagi sepinggan. Banyak makan lamb grill jea.  Nasib baik ada menu yang sangat sedap untuk dimakan. Kiranya ada jugakla rasa berbaloi bayar mahal-mahal. Selain lamb, ada jugak makan stemboat & dessert.

Seoul Garden  
Kambing yang super delicious & juicy.

Macam-macam ada letak dalam satu pinggan. Sushi, fishball & lamb


Seoul Garden
My gediks & sengal siblings

Seoul Garden
With Kimchi who doesn't eat Kimchi

Selfie ngan Dak Zafran, yang position kaki tak boleh bla

  Dessert

Saya bukanla tak boleh bayar or anything. Just terkejut jea. Dalam mindset, duk ingat Seoul Garden adalah tempat affordable untuk dimakan, sama seperti Kenny Roger & Pizza Hut. Tak expect nak keluar duit sampai almost RM300. Rupanya dah setaraf dengan Chilies, Grand Blue Wave & sekutu dengannya. Adakah next time saya akan pergi lagi Seoul Garden. Maybe tak kot. Kalau nak kena bayar RM50/pax, preferable high tea di Grand Blue Wave or buffet di Marche, The Curve. Tak perlu masak sendiri & semuanya dah siap terhidang di meja buffet.

Seoul Garden
Tak apala bayar mahal pun..sekali-sekala..yang penting sedap..(bersepah meja seyh)

17 March 2015

Zainun's Crib nak pergi umrah

Akhirnya sudah tiba turn mak & abah untuk menunaikan ibadah umrah bersama, yang juga turut disertai oleh uwan, induk & Paklong. Untuk mak, induk & Paklong, ini adalah kunjungan Kaabah yang pertama bagi mereka. Abah & Uwan dah pernah pergi dah.

Semua anak-beranak Zainun (termasuk cicit, Dak Zafran & cucu menantu, Kimchi) turun padang untuk menghantar mereka ke airport. Even Maktih yang dari Terengganu pun turut join sekali.

Sebelum ke KLIA, semua berkumpul di rumah Makchik untuk lunch. Saya & Kimchi sampai lambat sebab jem & also janji melayu. Teheee..Jangan marah, uolsss…:P. Tapi sempat jugakla lunch walaupun diaorang dah nak gerak.

Lepas saya & Kimchi habis makan, terus gerak ke airport. Di KLIA, semuanya bergambo sakan. Macam semua yang nak pergi umrah. Biasala, jarang-jarang dapat semuanya kumpul bersama. Bila dah dapat berkumpul, kenala capture precious moment ni dengan bergambar.
 Gediks Family
 
Kaum kerabat Zainun
 
 With nenek muda yang nak pergi umrah..hehe
 
  
 Dak Zafran buat muka konfius
 
  
Keras jea tangan pegang monopod..
 
 Geng umrah tengah dengar briefing
 
 
 
 Geng umrah yang under same travel agent
 
 Time ni dah nak gerak ke departure gate
 
 Already check in
 
 Said goodbye to us
 
 
 Abah, mak..jangan risau..kitaorang boleh jaga diri sendiri..
 
Say goodbye to them dalam pukul 6pm. Kami , anak, cucu & cicit Zainun berdoa agar segala urusan mereka dalam menjalankan ibadah umrah dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aaminn..
 

11 March 2015

Wedding Leha & Zarif Cum Chem Batch 06/09 Gathering



Akhirnya Leha dah bertukar status dari in-relationship to married. Congrats to Leha & Husband. Hope Kekal hingga ke akhir hayat.Time weeding ni jugak, dapat gather dengan ex-coursemates iaitu wane, ila, roha, mimi, zizi, zul & shihab.
 
 

Weird position, sebab leha duk tengah-tengah antara saya & Kimchi...habis semua gelak.
 
 Ni position yang betul.
 
With Roha & Gojes Mummy, Mimi
 
Wanee & Ila
 
   
Ex-Chemistry Batch 2006-2009
 
Masing-masing dah makin smart (for men) & gorgeous (for gal). Tu tandanya semuanya dah makin mantap & stable. Kalau compare time before grad dulu, semuanya duk pakai t-shirt  biasa-biasa jea. Kalau saya, just pakai seluar track jea. Even jeans pun jarang pakai. Bukan tak pakai, tak berapa nak ada. huhu... Agak-agak kalau prof -prof tengok kitaorang ni, agak-agak diaorang berbangga tak dengan pencapaian students nya ni. Ke langsung tak recognize muka kitaorang. huhu.

9 March 2015

Kimchi's 2015 ASTI Futsal Tournament

Ini adalah third time saya join ASTI futsal tournament. Tapi bukan join main, just teman & tengok Kimchi main jea. Saja tengok Kimchi main. Katanya, dulu-dulu wakil sekolah untuk bola sepak. Nak cakap dia  power lettew. So, nak tengokla entah betul ke tak kata-katanya tu. My komen is biarla saya seorang jea tau. Hehe.

First tournament yang saya ikut sekali, time couple dulu. Second, saya tengah pregnant 5 bulan. Yang third time iaitu tahun ni punya, dah ada bawak anak, iaitu Dak Zafran. Siap Auntie Didi & Uncle Yid tolong temankan.  Pergi dengan diorang sebab nak gerak lambat sedikit. Biar Zafran dapat tidur pagi & siap semuanya, baru keluar. Kalau ikut Kimchi, kena keluar awal pagi & balik petang. Mau Dak Zafran mengamuk kalau stay kat tempat futsal lama-lama. Dengan panas lagi. Tau-tau la tempat futsal. Mana ada kipas. Nasib baik tournament kat area Puchong jea & saya memang stay kat PJ. Tu boleh ajak diaorang sekali.  Time sensorang dulu, dapatla nak stay dari pagi sampai tournament habis. Sekarang tak dapatla.
Auntie Didi, Uncle Yid, Mama & Dak Zafran
 
 Papa Kimchi tengah beraksi..
 
Kimchi yang pegang bola.
 
 
Wefie
Bila sampai di KSL Puchong, memang panas tahap maksim pun. Nasib baikla Dak Zafran tak nangis-nangis. Sebab mood baikkan. Tidur cukup, perut kenyang, lepas mandi & etc. Lepas dah tengok game Kimchi (which is kalah..huhu), pergi lunch di Subway Aeon. Just berdekatan jea dengan tempat futsal. Lagipun Kimchi bagitau, dia punya next game lambat lagi. So, kitaorang lepak-lepak, borak-borak di Subway.
 
Lunch sambil borak-borak
 
Bila dah pukul 2pm, which is sepatutnya game Kimchi dah nak start, terusla pergi ke tempat futsal balik. Tapi, rupa-rupanya, gamenye tukar time ke 3:30pm. So, apalagi, kitaorang pun chan chin chow la.  Kali ni just dapat tengok satu game jea..Itupun kalah. Tapi honestly, apa-apa game yang saya tengok, tak kisahla yang Malaysia ke, yang family punya ke, badminton ke, bola ke, mesti kalah. Saya ni ada jinx ke. Ishh.. tak baik pikir macamtu..khurafat...Biasala adat permainan. Ada menang, ada juga yang kalah..huhu

3 March 2015

ALH CNY Dinner at Palace@Setia City

ALH CNY Dinner tahun ini tak sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Selalunya just ada aktiviti makan & YeeSangiying. Tak ada lebih daripada itu. Tahun ini ada kelainan sedikit iaitu dengan adanya aktiviti beramah-mesra dengan Baby Arissa, anak Anoi. Hehe..  Yea, anak staff pun ada join dinner jugak. Yeala baby pun nak bersosial jugak. Mana boleh Maknye  sorang jea..hehe

Macam anak retis dah baby Arissa ni. Semua mokchik-mokchik (ALH Girlzzz la…teee) nak bergambar, nak dukung baby Arissa..Siap dapat Angpou lagi.

Baby Arissa sangat well-behaved. Duk senyap jea dalam stroller. Boleh maknye makan dengan heavennye. Kalau menangis pun just lapar & nak tidur. Baby Arissa punyala senang nak tidur, dia boleh terlelap time Jing dukung. Dengan tempat tu bisingnya. Kalau Dak Zafran tak maunya tidur kalau bising, tak kirala siapa yang dukungnya.

Kiranya Anoila yang first staff yang bawa anak join ALH CNY Dinner. Saya pun boleh tryla bawak Dak Zafran join ALH activities. Tak pernah lagi bawak Dak Zafran beramah-mesra dengan ALH Staffs. Tak apa, next time.

ALH Girls
 
Wefie with Baby Arissa 
 
ALH CNY Dinner Venue
 
With Jing
 
  
 Tiga meja semuanya ALH Staff
 
 Yeesangiying..Photoboomed by CL.
 
 
 Appetizer: Mushroom Soup
 
 Roasted Chicken with Brown Sauce
 
Steamed Fish
 
 First Dessert
 
  
Second Dessert is Fresh mango juice with mix other fruits
 
Jing with Baby Arissa 
 
ALH Staff with Baby Arissa. Tenggelam dah Baby Arissa..

2 March 2015

Pangkor Trip: Our Activities Story

Day 1

Sampai sahaja chalet kami, kami terus makan.  Pada pukul 5, bersiap untuk aktiviti island hoping & snorkeling. Siap sewa alat snorkeling lagi. Macamla pandai berenang nak buat snorkeling bagai. Tapi life jacket kan ada. Satu lagi kitaorang trainer bertauliah yang boleh ajar kitaorang berenang iaitu Kimchi. Erkkkk….
After snorkeling, aktiviti island hoping pulak. Pemandu bot bawa kami tunjuk semua pulau yang ada di situ. 

Ready to do snorkeling

Dah sampai tempat snorkeling, terus mintak tolong Nanny jagakan Zafran. Mama & Papanya nak pergi snorkeling. Nasib baik ada bawak puting. Senang sedikit nak jaga Zafran kalau ada puting. Puting tu mulanya dah  tertinggal kat dalam kereta. Perasan tertinggal time beratur kat jeti. Gigih Papa Zafran pergi ambik puting kat dalam kereta. Padahal jauh kot parking kereta. Nasib baik time ambik, tengah beratur panjang. Kalau tak, boleh miss naik satu feri dengan yang lain. Credit to Papa Kimchi sebab ambikkan puting Zafran. Tak adala Dak Zafran meragam time nanny jaga. Dapatla Mama bersnorkelling dengan heavennye. Teeee...

Time  bersnorkelling, our trainer bertauliah ajar kami berenang sampai pandai. Tapi with life jacketla. Kalau without life jacket, dengan trainer trainer (Kimchila) pun tak confident nak berenang. Air dalam kot. Tapi at least dah tahula skill berenang.
Indahnya ciptaan tuhan






Tegang jea badan Dak Zafran bila dipakaikan dengan life jacket

Mohd Noor's Clan with life jacket





Life Jacket Dak Zafran besar sangat..tak padan ngan badan.tapi tu saiz yang aling kecik
 
Snorkeling..

Selepas snorkeling, pemandu bawak lagi pusing satu pulau

Aktiviti malam pula, berBBQ. Setelah hampir siap masak, buat surprise birthday celebration untuk Kimchi. Sebab esoknya birthday Kimchi. Time Kimchi sibuk membakar ayam, semua tiba-tiba menyanyi birthday song untuk Kimchi. Kimchi macam terkejut tapi buat-buat control macho gitu, I guess. Saya pula dari belakang bawak cake & pergi menghala ke Kimchi. Thanks to Mimi sebab tolong belikan birthday cake di Taiping.
BBQ Preparation

Happy Birthday Kimchi. Kata Kimchi, ini first time dia dapat birthday cake..

 Zafran pejam mata, macamla papa tiup ke muka zafran.

Sebelum balik chalet, window shopping kat kedai-kedai souveniar, yang ada kat situ.

Zafran with new cap..

Day 2

Selepas breakfast, kitaorang mandi-manda di pantai. Dak zafran sekali lagi nanny tolong jagakan. Kali ni saya target nak try jugak naik banana boat. Sebab tak pernah naik. Even Kimchi pun pernah dah. Nak naik banana boat nak kena ada 6 orang. Saya, Kimchi, Enal & Alim confirm nak naik. Kak Ida tak berani, while Mimi depends pada Kak Ida. Kalau Kak ida nak, baru mimi nak join sekali. Setelah beberapa kali pujuk, akhirnya Kak Ida setuju naik banana boat dengan kitaorang.  Bila semua dah naik banana boat, pemandu boat akan bawak pusing pulau dua round, dengan speedy nye. Pastu ending, akan bawa ke pantai, then buat turn yang tajam untuk jatuhkan semua orang. Dia jatuhkan kat tempat yang dalam. Panik sekejap bila try nak berdiri tapi kaki tak dapat nak jejak bawah. Nasib baik Kimchi ada. Dia suruh ingat balik semalam punya ajaran berenang. Tapi bila dah panik apa pun tak menjadi. Walaupun berenang dengan life jacket, tapi rasa tak bergerak-gerak. Last-last Kimchi tarik jea saya sampai ke pantai. Experience naik banana boat memang awesome, especially bila dijatuhkan. Saya pulak first time naik banana boat (ketinggalan sungguh..huuu).


 Dak Zafran excited macam dia yang nak naik banana boat

Zafran tertido
Ready nak naik banana boat

Ready to rock the world..(huh, ada kaitan ke...heee)..

Pukul 10am, tutup tirai aktiviti pantai. Balik chalet untuk bersiap. Dalam pukul 12pm check out. After check out, mintak tolong orang chalet call van pelancong untuk book. Tapi, orang chalet tu cakap sekarang peak hour. Semua van tak layan any call. So, kena tunggu kat tepi jalan besar supaya dapat tahan van yang available. Kimchi yang pergi tunggu. Dalam 15minit, Kimchi berjaya mendapatkan van yang available. Van ni akan bawa kitaorang pusing satu pulau, pergi ke tempat-tempat yang menarik & hantar ke jeti.

 Sebelum check out, shopping sat.

Dak Zafran tolong Mama pilihkan seluar.

First tempat yang dibawa adalah Kilang Sate Ikan. Beli produk makanan yang femes kat pangkor iaitu sotong gula, sate ikan, etc. Spend about RM30.

Kat Kilang Sate

Second tempat adalah Tembok Cina. Just temple sahaja yang ada taman. Ada tembok untuk dipanjat. Tapi just ambik gambar kat bawah sahaja. Tak larat nak panjat tembok sebab cuaca sangat panas terik.

Lepak-lepak bawah pokok..

Tak tahula Patung tu represent or simbolik untuk ape.

Belakang tuela tembok besar china

Tempat  yang last adalah Kubu Belanda. Tempat ni agak menarik sebab tapak peninggalan sejarah & cantik untuk bergambar jugak.Kubu itu dibina untuk pertahanan dari serangan lanun & permberontakan oleh penduduk tempatan (base on information board di situ). 


Sebahagian Kubu Belanda yang tinggal

Zara maintain posing di bawah cuaca terik

 Baru perasan pakaian kitaorang ada tema colour iaitu hijau & biru. Dengan Dak Zafran pun sama.

Selesai jalan-jalan di Kubu Belanda, terus pergi ke Jeti untuk naik feri. Queue nak naik feri untuk balik sama jugak dengan queue mula-mula nak pergi. Hampir sejam queue, nak boleh naik feri.

Conquer sit belakang


Alololo..Dak Zafran ni..Sengih sampai nampak gusi.
Overall, percutian Pangkor memang menyeronokkan. Just penat tang beratur jeala. Tapi tu perkara biasa kalau dah pergi time peak hour. Kena prepare mental & fizikal kalau nak melancong time cuti especially school holiday.