Weekend lepas, Tokli bawak Dak Zafran melawat To Mek. Kata
Tokli, sejak lahir Dak Zafran belum pernah lagi jumpa Tok Mek. Lahai, dah macam
cicit derhaka pulak. Teheee..Just kidding. Bagi memenuhi permintaan Tokli, Mama
& Papa Kimchi siap apply cuti sehari supaya dapat spend banyak hari di rumah
Tok Mek.Yeala, rumah Tok Mek kat Kelantan. Kalau pergi hari Sabtu & balik
hari Ahad, nanti masa just habis dalam kereta jea.
Yang balik Kelantan, just Tokli (mestila kan), grandma,
mama, papa kimchi & Zafran. Yang lain tak dapat join. Farid kena masuk lab,
Mus kat maktrik while didi kena OT.
Pada hari Sabtu, bawak Mek pergi makan angin di PCB (Pantai
Cahaya Bulan), Kota Bharu. Saja nak bawak Mek pergi makan angin. Asyik duduk
rumah jea. Mula-mula ajak, mek taknak ikut. Lepas beberapa kali pujuk, akhirnya
Mek setuju jugak join kitaorang gi jalan-jalan.
Di PCB, famous dengan colek-colek goreng tepung. Nak introduce Kimchi dengan makanan Kelantan yang famous
ni sebab Kimchi tak pernah makan. Sekarang semua gerai dah ada jual dessert baru iaitu kelapa ABC. Last time pergi
PCB, belum ada jual lagi. Tapi kitaorang tak order , takut tak termakan. Tak tahula sedap ke tak kelapa ABC ni.
Lepas makan, round sekejap di Bandar Kota Bharu. Ambik gambo
di Istana Jahar. Tak masuk sebab nak kejar masa pergi rumah MaAni. Rumah MaAni
pun di Kota Bharu jugak. Sejak kahwin, saya tak pernah lagi bawa Kimchi
visit rumah MaAni. So, kena buat perkara yang
penting dulu iaitu visit saudara-mara. Jalan-jalan, next time pun boleh.
Dak Zafran nak balik Kelantan buat pertama kalinya.weeee..
Lunch di Masjid Merapoh
Tempat wajib untuk singgah makan iaitu Mee Kampung Pek
Bergambo dulu sementara tunngu makanan sampai
Menu baru iaitu Mee Satu Malaysia..Nama satu malaysia sebab segala jenis mee ada iaitu mee, bihun & kuew tiau
Makan dulu
Di PCB
Tok Mek nak duduk dalam kereta jea. Makan colek-colek pun dalam kereta jugak. Agak berselera jugak Tok Mek makan.
Dak Zafran pun nak lunch jugak
Dak Zafran & Papa Kimchi
Ngan Mama pulak
Di gerai yang kitaorang lunch
Bergambo di depan Istana Jahar
Dak Zafran dah pandang kamera, papa kimchi pulak pandang ke tempat lain
Di pintu gerbang istana
Dak Zafran
Hasrat Tokli nak bawak Dak Zafran balik Kelantan, tercapai
jua. Mama & Papa bukannya taknak
balik Kelantan, just masa tak mengizinkan. Dak Zafran banyak sangat kampung nak
kena balik. huhu..