17 January 2015

Long Queue Coconut Shake a.k.a Klebang Original Coconut Shake

Selalu duk dengar kalau nak beli Klebang Original Coconut Shake, kena beratur panjang especially time cuti.  Tak tahula apa yang special dengan coconut shake ni. Tak pernah beli. Boleh jea nak singgah sebab selalu pergi rumah Poksu kat Melaka. Tapi sebab pergi rumah Poksu time cuti, so rasa malasla nak beli. Memang tau time cuti, confirm  ramai orang & kena queue yang sama panjang dengan anaconda.  Lagipun bukannya ada tempat berteduh untuk beratur panjang.  Ini base on yang saya tengok dalam blog2 yang ada entry pasal coconut shake yang famous amous ni. Kalau beli time tengahhari, memang kena beratur bawah panas terik.


Bila nak menjemput Kimchi di AKMAL, barula terpasang niat nak singgah beli coconut shake. Itupun sebab  menjemput  Kimchi pada hari biasa. Kalau jatuh pada hari cuti, memang  lupakan sahajala niat tu.
Lepas menjemput Kimchi, terus pergi Pantai Klebang untuk  memcari Klebang Coconut Shake. Sampai sahaja sana, dah ada orang beratur dah, cumala takla sepanjang macam saya tengok dalam blog. Still boleh beratur bawah khemah. Mak cakap dah susah sangat nak beli, baik pilih yang paling mahal terus. So, semua pilih coconut shake special. Harganya RM4.50. Ada ice-cream. Bila minum, rasanya perghhhh memang perghhhh…Tak boleh diungkap dengan kata-kata. Terasa fresh air kelapa mudanya. Siap ada blend sekali isi kelapa muda. First time saya minum coconut shake yang ada campur sekali dengan isi kelapa muda. Memang berbaloila beli coconut shake Pantai Klebang ni.  Patutla coconut shake ni selalu masuk dalam TV. Berjaya jugak misi kitaorang nak merasa Klebang Original Coconut Shake.
 
On the way nak pergi Melaka

Menunggu Kimchi habis Majlis Pentauliahan

Bergambo satu family.

 
 Mata Kimchi pejam pulak.

Lepas mengangkut barang Kimchi, terus singgah beli Klebang Original Coconut Shake

 Baru minum tapi dah nak tinggal separuh.

Lunch di Gerai Nasi Ayam. Bawa sekali coconut shake. Tak lunch di Klebang Coconut Shake sebab tak ada makanan heavy kat situ. Paling heavy pun nasi lemak seringgit jea.