31 December 2014

Zafran’s Uncle Pupu's First Birthday Party.

Uncle Pupu (which is saya reka sendiri jea) maksudnya Pak Sepupu. Itulah pangkat Naim untuk Zafran. Dah besar nanti tak tahula Zafran nak panggil Naim dengan pangkat apa. Nak panggil Pakchik macam kurang sesuai sebab Naim & Zafran hampir sebaya. Kalau saya lebih prefer Zafran panggil  nama jea  supaya nampak lebih mesra. Kalau nak lebih hormat sebab ada pertalian pak & anak sedara, panggil  abang Naim pun ok jugak. Tapi ikutla kehendak masing-masing.


Christmas lepas ada menyambut birthday Naim di Pizza Hut Malim, Melaka. Berdekatan dengan rumah Poksu  & Umisu.  Banyak jugak Poksu order makanan, siap ada ayam KFC lagi. Tapi saya kurang dapat makan dengan enjoynya. Dak Zafran meragam tahap maksim sebab bising. Dah nama Birthday Party mestila ada orang gelak-gelak & so on. Zafran kena jugak biasakan diri dengan suasana riuh. Mana ada semua tempat senyap macam rumah grandma. Library adala.hehe. 

  
Dak Zafran bergambar dengan Birthday Boy




Ngan Hakim & Pijo

Lepas makan, ada sesi potong kek  & magic show oleh anak saudara umisu. Semua orang kagum dengan skill ‘magic’nya. 

 
 Birthday Cake yang paling sedap, pernah saya makan so far

Sesi potong birthday cake

 
Tiga Generasi 

 
Sebahagian daripada CMC
 
 
Didi selfie dengan Cikna & Mak


Selesai sahaja birthday celebration event, terus ke AKMAL untuk melawat Papa Kimchi. Dah alang-alang kat Melakakan. Papa Kimchi nak melepaskan rindu kat Dak Zafran.

27 December 2014

ALH Potluck Christmas Celebration


Setiap tahun, ALH tak pernah miss organize Christmas Party sebabnya family yang run business ALH adalah beragama Christian. Semua staff menyambut bersama-sama. Bagi staff yang beragama Islam just tumpang makan & main game sahaja. Tak ada niat lebih daripada itu. Mengikut Ustaz Azhar Idrus juga,  yang beragama islam boleh menghadiri jamuan makan Christmas if dijemput. Asalkan jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama yang bukan Islam. Sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.


Antara kesemua parti (empat)  yang saya pernah join, tahun ini adalah paling best. Sebabnya makanan lagi banyak & variety. Staff juga boleh bawa ahli keluarga masing-masing. Nak dekat 100 lebih orang yang join this party. Still order catering tapi ditambahkan lagi dengan potluck. Setiap staff mesti masak & bawak at least satu jenis makanan. Harga bahan boleh claim.  That’s the reason, party kali ini mewah dengan makanan. Saya bawa bihun goreng yang dimasak semestinya oleh mak.hehe.


Candy Corner
 
Dengan Mr. Pua & anaknya

 Slyvester (satu department R&D dengan saya) & his family
Bergambar dulu sebelum branch

This event dimulakan dengan branch. Makan sampai buntat. Tak termakan semuanya. Terkilan tak sempat nak makan Nasi Kukus yang Asrol order.huhu..

 
Penuh dua row meja dengan makanannya.

Kak Pidah bawak mushroom soup yang sangat sedap & garlic bread. Gigih giler mak buyong berjaga malam tu, nak masak mushroom soup.

 
Zai dengan anaknya. 

 
with other ALH staffs

Yang Triffle ada cocktail tu, Qema yang buat. Tu pun sedap jugak. Siap tapau lagi, nak bawak balik rumah.

Then, game session, design baju guna surat khabar. Ada 5 team kesemuanya. Team saya yang diketuai oleh Ms. Ang. Kitaorang design wedding gown & tuxedo. Ms. Ang punya idea nak buat wedding gown seksi. Tu yang boleh menang first prize. Hehe. 

My Game Team

Ms. Ang dengan anak-anaknya. Masa ni dah keluar ke belum idea nak design sexy wedding gown


Saya  & Hawa duk design tuxedo. Of course dibantu oleh workers jugak.

Inilah hasilnya design dari kesemua team.

 Dalam gambar tak nampak sangat keseksian wedding gown tu. Kalau tengok yang betul-betul, ada bust besar & terbelah tepi.  Ms. Ang pulak explain design tu dengan 'sporting' nya..Semua orang duk tergelak-gelak jea.

 Hasilnya..menang First Prize...heee

Celebrate November & December Babies

After game, macam parti sebelum ini ada persembahan tarian dari Man, Nepalese worker. Dia jea yang pandai & berani nak menari depan staff.
Setiap tahun, Man jea yang willing nak menari.

Sebelum event ini berakhir, ada exchange gift session. Saya dapat shawl. Kak Pidah yang bagi. Cantik shawlnya. Pandai Kak Pidah pilih. Thanks, Kak Pidah..:)
Exchange Gift Session. Just ambik jea hadiah yang ada tulis nama masing-masing. Along (Anak Kak Pidah) khusyuk mendengar apa tu.siap tangan letak kat belakang..hehe





 
Hadiah hamper tahun ni paling best. Dapat coklat yang quite pricey.

Bagi saya shawl, memang confirm pakaila. Colour cantik pulak tu..Thanks again, Kak Pidah. 


20 December 2014

Triple A Gathering

Gathering di Nandos, Midvalley adalah gathering yang ketiga buat Triple A dalam masa tak sampai setahun. Yea tiga gathering dalam masa setahun. First di Midvalley jugak, lunch di Manhattan Fish Market. Masa tu saya tengah sarat. Second di rumah saya sebab nak melawat saya & newborn iaitu Dak Zafran. Kerap sangat buat gathering sebab lama sangat berpisah. Kami langsung tak jumpa each other bila masing-masing dapat U berlainan selepas habis matriks. Just keep in touch through Friendster (sekarang taka da dah) & facebook sahaja.


Why we called us Triple A (Along, Angah & Adek)? The reason is kami bertiga lahir pada bulan yang sama & of coursela pada tahun yang sama jugak. Masa di KMNS, Angah adalah roommate saya & adek  pulak duduk di bilik bertentangan dengan kami berdua. Kami sangat rapat sampai habis matriks.


Hmm..dalam perut Angah macam boboy jea..Tangan Dak Zafran kat muka adek..Tak mau kat Angah..heee..:P (Yes, Angah is expecting. She's going to be a mother. We are so happy for you, Angah)









 Triple A!
  Duk berselfie sangat depan orang ramai, last2 ada uncle offer tolong ambikkan gambo ni..Malu seyh...

Siapa yang trigger Triple A Gathering? Jawapannya Angah. After Angah attend my wedding, terus dia plan Triple A Reunion. Siap ada whatsapp group lagi. Lagipun memang nak kena buat reunion jugak sebab Adek nak bagi Wedding Invitation Card kepada saya & Angah.  So, akhirnya kami bertiga dapat berkumpul buat pertama kalinya setelah sekian lama berpisah (ayat sastera giler). Just belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Tipah & Arnid sahaja (our another two roommates).

First Gathering a.k.a Reunion. Masa ni perut saya tengah membonyot. Tunggu masa jea.
Second gathering at my house. Datang beraya cum visit my newborn, Dak Zafran.
After 8 years, Triple A dah menjadi semakin matang, wiser, stable & berkerjaya. Angah & Adek ada kerja yang hebat-hebat. Dapat partner yang far more better compare zaman matriks dulu. Nampak both of them really happy . Honestly, I'm really miss both of you, guys. Hope our friendship will last forever & keep continuing meet each other.. 

 

12 December 2014

Gedik’s Family Favourite Char Kuey Teow Stall: Mali’s Corner, Taman Medan

Ni tempat favourite Gedik’s Family sebab char kuew Tiau & nasi lemaknya sedap. Harga pun quite affordable. Udang dalam char kuey teow ada 4 ekor & besar-besar. Kalau nasi lemak, sambalnya yang sedap. Time weekend, gerai ni memang penuhla sampai kadang-kadang tak cukup tempat nak duduk. Bagi Gedik's Family, gerai ni yang char kuey teow paling sedap untuk area yang berdekatan dengan rumah PJ.
 
 
Pergi makan dengan Auntie Didi time Zafran ikut Grandma& Tokli pergi Pantai Morib.
 
Mali's Corner, Taman Medan
 
  Udang-udang besar dalam char kuey teow
 
Makan dulu 

11 December 2014

Zafran Vacation without Mama

Selalu dengar anak kena tinggal sebab mak ayah nak pergi bercuti. Tapi bagi Dak Zafran, anak tinggalkan mamanye untuk pergi bercuti. Amboi..Amboi..Amboi..Dah pandai dah yea Dak Zafran ni. Tinggalkan mama kat rumah sebab ikut Grandma & Tokli pergi bercuti di Pantai Morib. Inilah untungnya tergolong dalam generasi ketiga. Ada grandparents yang selalu vacation, boleh cucu tumpang sekaki.

Mama Zafran bukanla sengaja pun nak Zafran ikut grandma & toklinya. Mama Zafran tak boleh nak cuti time tu untuk jaga Zafran. Ada stock take di office. Nak mintak tolong Auntie Didi pun tak boleh jugak. Bos Auntie Didi tak bagi cuti. Pengasuh dah tak ramai. Nak hantar kat pengasuh di area rumah grandma or taska Auntie Didi, kena cas mahal pulak. Kena bayar RM30/day. Nak tak nak terpaksala Grandma & Tokli bawa Zafran sekali.

Kalau boleh memang taknak la kacau diaorang pergi Pantai Morib. Biarla grandma take a break sekejap dari menjaga Zafran. Pergi Pantai Morib ni pun sebab Tokli ada kerja di situ selama tiga hari. Mama Zafran pulak tak pernah tinggal berjauhan dengan Zafran lebih dari 20 jam. Tapi nak buat macam mana.

Agak takut jugak Grandma & Tokli nak bawak Zafran berjauhan dengan mamanya. Takut Zafran susah nak tidur & nangis-nangis. Malam-malam  Zafran punya rutin selalu menyusu badan sambil berbaring di atas katil sampai terlelap. Pastu di hotel pulak tak ada buai. Grandma cakap if malam first tak boleh tidur, keesokkannya akan balik PJ. Tak akan spend satu malam lagi di Impian Morib Resort.

Rupa-rupanya grandmanya cerita tak susah pun nak tidurkan Zafran. Lagi senang adala..Sebab bilik hotel sangat sejuk. Actually nak tidurkan Zafran tak susah pun. Asalkan Zafran dah mandi, pampers kering, perut kenyang & tempat tidur selesa, bagi puting, confirm akan terlelap. Kena letak bantal kiri & kanan supaya Zafran tak aktif nak meniarap. Biar statik jea. Tidur malam pun lama. Kalau bagi susu 6oz pada pukul 8malam, pukul 9malam, dah terlelap dah. Then bangun balik pukul 1 pagi. Bagi susu lagi & tertidur balik sampai pukul 7pagi.

Senang jaga sangat sampai Grandma nak bawak Zafran pergi bercuti lagi. Cuma Mama Zafran sahajala sanggup ke tak, nak berjauhan dengan Zafran lagi.


 Zafran teman Grandma breakfast


Dah lepas breakfast, jalan-jalan untuk burn calorie.

 "Mana ikannya, Grandma. Zafran tak nampak pung.."

 Zafran pun ikut sama buat peace jugak macam Grandma

 Papa dah pandai berenang dah..Next Zafran pulak..

 Bilala Zafran boleh masuk kolam ni macam budak tu.

 Grandma tanya Zafran dah mengantuk ke..Kalau dah mengantuk jom masuk bilik

On the way nak balik bilik

 At last, ada jugak gambar Zafran dengan Tokli

 Zafran with his favourite toy

 Teman Grandma baca paper

 Ni betul-betul baca paper ke ni..:P

Meniarap atas lantai lagi best sebab sejuk.