Hari Sabtu tu nak gerak awal supaya dapat lunch sambil berkelah di Pantai Klebang. So, mak masak siap-siap kat rumah. Sampai Pantai Klebang dalam pukul dua lebih. Terus cari port makan sebab dah terlajak time makan tengahhari. Lapar sangat dah ni. Kat pantai ada banyak anjung tapi semuanya fully occupied. Ada satu anjung tu, just ada seorang pakchik tengah baring & sepasang couple tengah dating. Apalagi terus aim anjung tuela sebab paling tak ramai orang compare dengan anjung lain. Apabila sampai ke anjung tu & setup makanan, terus pakchik & couple tu beredar. Dah jadi conqueror pulak.
We are the Anjung Conqueror. (Edit gambar yang sangat amatur)
Di Dataran Pantai Klebang
Mak hidangkan lunch
Harga tiket entrance RM3 untuk dewasa
Inilah Kapal Selamnya
Tempat operasi dalam Kapal Selam yang tersangatlah sempit
Boleh tak nak blogging guna komputer ni..heee
The Sengal Boys
Mak lentok manja gitu..
Mata Kimchi yang mantain tahan silau
Lepas dah round kapal selam tu, pergi lepak-lepak di Pantai Klebang sambal minum
coconut shake. Tak dapat nak lepak lama sebab hujan nak turun. Terus pergi ke
rumah Poksu & lepak-lepak di sana pulak.
Poksu beli dua ekor ayam golek yang Kenny Rogers pun tak boleh challenge kesedapannya. Specialty ayam golek ni adalah pada sosnya. Ni adalah makanan wajib untuk dimakan setiap kali pergi rumah Poksu. Habis dua ekor ayam kitaorang bedal.
Ayam golek yang dah siap dipotong dengan sos yang sangat kaww & super tasty
Esoknya, hantar Kimchi ke AKMAL. Nothing to cerita sebab half day just menunggu Kimchi sampai habis mendaftar. Rasa sedih sebab sebulan lebih tak dapat jumpa Kimhi. Weekend pun pack dengan aktiviti. So, Kimchi tak boleh nak balik & saya pulak tak boleh nak melawat sampaila bulan Januari nanti. Tak apala. Berkorban demi pekerjaan yang lebih stabil. Huuuu...
Di rumah Poksu
Menunggu Kimchi tak siap-siap mendaftar
Kepala papa dah kena mesin No. 1
Dak Zafran pesan kat Papanya “Papa jangan rindu kat kami tau. Jangan nangis tau. Kalau jatuh bangun sendiri yea, papa”. Teeee…
No comments:
Post a Comment