The Birth of Aqil Zafran: My Confinement Diet Story
Bab berpantang ni of coursela saya serahkan kepada mak
sahaja. Apa yang mak cakap boleh & tak boleh, saya ikut sahaja. Cara berpantang mak saya ni agak kurang strict & tak
berapa suruh saya ikut semua pantang-larang dalam berpantang. Pantang-larang
yang rare diikuti seperti tak boleh minum air lebih segelas dalam satu masa,
tak boleh tidur bawah kipas & etc, itu saya tak buat. Tapi kalau pantang-larang
melibatkan pemakanan, mak saya strict. Makanan yang disuruh pantang oleh mak
ialah
1. Buah-buahan tempatan & sayur-sayuran
tempatan. Sebabnya ada yang menyejukkan sepeti tembikai, ada pulak menambah angin
dalam badan seperti cempedak. Kenapa mesti tempatan, import boleh pulak. Ke
sebab orang zaman dulu memang tak makan makanan import, so tak adala larangan
untuk memakannya. Macam tu yea.. Tak tahula dong.Kita ikut saja. (tiba-tiba
pulak keluar slang indon)
2. Dah makanan yang menyejukkan tak boleh makan,
air sejuk pun samala.
3. Makanan yang menyebabkan luka mengeluarkan bau
busuk. Kalau kelahiran normal luka di bahagian ehem-ehem, kalau Caesar di bahagian
perut. Contoh makanannnya ialah telur.
4. Makanan yang diproses/dimasak dua kali seperti
bihun & laksa (pantang dari mak kimchi)
Itu sahajala kot. Kesimpulannya
mak saya memang kurang strict, sebab uwan dulu pun kurang strict jugak dengan
mak time berpantang dulu. So, apa yang diamalkan kepada mak diturunkan kepada
saya pulak. Actually mak taknak saya terkejut & stress dengan
pantang-larang ni. Yeala baru first time bersalin kan. Kan tak pasal-pasal kena postnatal depression pulak.Yang betul-betul effect kepada badan sahaja yang kena
pantang-larang. Kalau setakat makan nasik berkuah & lauk berminyak, mak
taknak halangla. Pernah sekali mak suruh makan nasi & lauk sahaja without
kuah. Mak cakap saya macam nak tercekik jea makan nasik tak ada kuah tu. Sebab kesiankan saya,lepas tu mak serve lauk yang berkuah. Actually makan tak berkuah & tak
berminyak ni adalah untuk kurangkan perut buncit semasa berpantang. Agaknya
sekarang perut saya buncit sebab itula kot. Tak apa, next berpantang nanti,
saya berpantang makan makanan berkuah & berminyak.
Berpantang time bulan puasa ni agak
tekanan jiwa & mental.. Tengok mak masak sedap jea untuk berbuka & saya
pulak suka makan. Malangnya hanya boleh melihat & menghidu sahaja..huhu.
Tak apala next year punya Ramadhan, saya bedal habis-habisan masakan berbuka
mak. (macamla tak boleh suruh mak masak lagi lepas habis
pantang.hehe. Boleh, just feeling tak sama kalau makan time berbuka..hehe).
Sekarang saya dapat menurunkan
berat badan dari 72kg ke 59kg. Nak turun 5kg lagi untuk dapat berat badan
sebelum pregnant. Hopefully dapat achieve before second pregnancy. Ada niat tu
nak tambah lagi.. Eh, tunggula Zafran umur setahun dulu, baru fikir next
step.hee
0 comments:
Post a Comment