25 November 2014

Membawa Zafran mengenal Sejarah Negeri Kelahiran Papanya

Again, pergi ke Perak bukanla purposely nak bawa Zafran kenal sejarah negeri kelahiran Papanya pun (lahai..Dak Zafran baru 5 bulan jea pun). Cuti Sem dah nak habis, nak hantar Mus balik ke KMPK la. Dah alang-alang hantar Mus, pergila jalan-jalan sekali.

Trip to Pasir Salak dicadangkan oleh Abah a.k.a Tokli Zafran sebab tak pernah sampai sana lagi. Di situ terdapat kompleks sejarah yang membolehkan orang ramai mengenal sejarah & memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan yang menentang kuasa pentadbiran penjajah British.
Kenapa kompleks ini dibina di Pasir Salak dan bukannya tempat lain. Sebabnya di situ adalah tempat Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh(di tebing Sungai Perak) kerana ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang Melayu.   Pahlawan yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British adalah Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela. Tapi yang sedihnya at the end, kedua-duanya dihukum gantung.. Waaa..dah jadi Sejarahwan pulak dah.. Tak pun googlewan.Heee...


Ni bilik penginapan untuk bermalam. Not bad jugak bilik Hillcity Hotel ni..Harga pun berpatutan. Just RM70/night.

Lobi


Di entrance Kompleks Sejarah Pasir Salak. Tak boleh ke invest sedikit untuk tampal huruf 'N' tu.. Tempat ni boleh jadi main attraction untuk pelancong kot.

Tengok direction board tu..serba-serbi ada..yang paling penting kubu & rumah Dato Maharaja Lela
 

Watch Tower

Terowong ini akan menceritakan sejarah tanah air & pahlawan-pahlawan menentang pemerintahan British

Harga tiket just RM5 untuk dewasa

Boleh pulak buat & bagi susu kat Zafran kat dalam terowong sejarah ni.

Di Muzium Keris

Zafran dah kenyang

Belakang tu adalah Sungai Perak

On the way nak pergi Rumah Dato Maharaja Lela. Tapi tutup pulak. Macam tak dibenarkan masuk jea. Just boleh tengok dari luar.

 
Dapat bergambar di luar pagar rumah Dato Maharaja Lela sahaja.


 Semangat Mus panjat Tugu Peringatan Pahlawan Perak

 
 Di sinilah tapak pembunuhan J.W.W Birch

 Usfie di Rumah Kutai

Dah penat berjalan, rehat sekejap di tebing Sungai Perak

Kaki Zafran tak boleh tahan..Dah gaya duduk macam bos-bos besar dah, letak kaki macamtu.

Tak perlu guna monopod pun untuk masukkan semua orang dalam gambar. Guna Mushandpod sudah..

21 November 2014

Zafran First Vacation: Melaka

Kalau first vacation Rara (anak Scha & Awal) adalah di Bali, Dak Zafran pulak di Melaka (penangan jadi follower IG Rara la ni..heee).. Actually pergi Melaka pun bukanlah purposely untuk bercuti. Sebabnya nak hantar Papa Kimchi ke AKMAL untuk training selama sebulan lebih. Alang-alang hantar Papa Kimchi, pergila bercuti sekali. 

Hari Sabtu tu nak gerak awal supaya dapat lunch sambil berkelah di Pantai Klebang. So, mak masak siap-siap kat rumah. Sampai Pantai Klebang dalam pukul dua lebih. Terus cari port makan sebab dah terlajak time makan tengahhari. Lapar sangat dah ni. Kat pantai ada banyak anjung tapi semuanya fully occupied. Ada satu anjung tu, just ada seorang pakchik tengah baring & sepasang couple tengah dating. Apalagi terus aim anjung tuela sebab paling tak ramai orang compare dengan anjung lain. Apabila sampai ke anjung tu & setup makanan, terus pakchik & couple tu beredar. Dah jadi conqueror pulak.
We are the Anjung Conqueror. (Edit gambar yang sangat amatur) 


Di Dataran Pantai Klebang

Mak hidangkan lunch

Selesai sahaja makan, pergi visit Muzium Kapal Selam. Location just nearby sahaja. Jalan nak pergi Muzium tu tersangatla sadis. Tak bertar langsung. Kata tempat pelancongan. Maju lagi kampung uwan yang semua jalan sudah habis bertar. Bila baca info, kos projek Muzium Kapal Selam ni sampai juta-juta Ringgit (tak ingat actual figure). Tapi tak boleh nak spend untuk tar jalan ke Muzium ni. Tempatnya dah menarik dah, just jalan ke entrance sahaja yang fail.

Harga tiket entrance RM3 untuk dewasa

Muzium ni quite attractive jugak sebab boleh beri pendedahan kepada semua orang dengan keadaan sebenar apabila di dalam kapal selam. Luar nampak besar, tapi dalamnya tersangatla sempit. Sangat salute dengan tentera laut yang kena bertugas di dalam kapal selam demi untuk berbakti kepada negara (again ayat tak boleh bla). Tapi serius sangat salute sebab boleh kerja di tempat yang sempit-sempit macamtu.

Inilah Kapal Selamnya

Tempat operasi dalam Kapal Selam yang tersangatlah sempit


 Boleh tak nak blogging guna komputer ni..heee

The Sengal Boys

Mak lentok manja gitu..

 Mata Kimchi yang mantain tahan silau

Lepas dah round kapal selam tu, pergi lepak-lepak di Pantai Klebang sambal minum coconut shake. Tak dapat nak lepak lama sebab hujan nak turun. Terus pergi ke rumah Poksu & lepak-lepak di sana pulak.

Zafran terliuq tengok coconut shake

Poksu beli dua ekor ayam golek yang Kenny Rogers pun tak boleh challenge kesedapannya. Specialty ayam golek ni adalah pada sosnya. Ni adalah makanan wajib untuk dimakan setiap kali pergi rumah Poksu. Habis dua ekor ayam kitaorang bedal.

Ayam golek yang dah siap dipotong dengan sos yang sangat kaww & super tasty

Esoknya, hantar Kimchi ke AKMAL. Nothing to cerita sebab half day just menunggu Kimchi sampai habis mendaftar. Rasa sedih sebab sebulan lebih tak dapat jumpa Kimhi. Weekend pun pack dengan aktiviti. So, Kimchi tak boleh nak balik & saya pulak tak boleh nak melawat sampaila bulan Januari nanti.  Tak apala. Berkorban demi pekerjaan yang lebih stabil. Huuuu...

Di rumah Poksu

Menunggu Kimchi tak siap-siap mendaftar 

Kepala papa dah kena mesin No. 1


Dak Zafran pesan kat Papanya “Papa jangan rindu kat kami tau. Jangan nangis tau. Kalau jatuh bangun sendiri yea, papa”. Teeee…



15 November 2014

The Birth of Aqil Zafran Story: My Confinement Lady

Zaman sekarang ni dah susah sedikit nak cari orang-orang tua (a.k.a mak bidan) yang boleh mengurut untuk ibu yang baru lepas bersalin, lebih-lebih lagi di area bandar. Kalau di kampung maybe ada ramaila. Di area rumak mak (PJ), just dengar ada seorang mak bidan sahaja yang boleh buat servis ni. Maknanya kalau dah seorang sahaja, mestila banyak permintaan. Ibu lepas bersalinnya ramai, mak bidannya seorang. Mesti schedule sangat pack. Tapi disebabkan time pregnant, saya ada banyak hal nak kena settle (rumah, lawyer, etc) tak sempat nak contact & book sampaila bersalin.

Pada hari kedua lepas bersalin, saya dah kat rumah mak. Petang tu, KakDa & family datang visit saya. KakDa bagitau yang jiran sebelah rumahnya adalah mak bidan. Saya terus mintak nombor daripada KakDa. Dua hari kemudian, lepas sahaja check up di hospital umra, singgah rumah mak bidan tu. Panggilnya Mak Haji. Saya booking untuk mengurut pada minggu depannya selama 3 hari.

Mak Haji kenakan cas RM200 untuk upah mengurut ni. Agak mahal jugak. Sebab Mak Haji tak ada kos transportation pun untuk datang ke sini. Kena ambik dia dari rumahnya untuk datang ke rumah saya. RM200 ni just kos mengurut & homemade minyak urutnya sahaja. Apalagi saya betul-betul fully utilized Mak Haji semasa dia datang mengurut saya. Saya minta Mak Haji cukurkan rambut Zafran, mandikan Zafran, urutkan Zafran & pakaikan bekung untuk saya dengan cara yang betul (rupanya sebelum ni salah cara saya pakai bekung).

Mahal-mahal pun, urutan Mak Haji memang best & rasa lega selepasnya. Terus kecut rahim saya (bak kata nursela). Minyak urut Mak Haji jugak bagus untuk kulit sensitif Zafran. After sapu terus hilang ruam-ruam pada kulit Zafran. Sampai sekarang saya still beli minyak tu dari Mak Haji.

Certain Mak Bidan yang jenis tak pandai, akan rasa sakit-sakit badan selepas mengurut. Bukannya rasa lega. Ada jiran saya semasa tinggal di Puncak Alam dulu, mak bidannya mengurut sampai rahimnya terpusing.Kena pergi mengurut balik untuk betulkan kedudukannya. Walaupun dah betulkan balik, jiran tu sampai sekarang still anak seorang jea. Susah dah nak pregnant lagi. Kesian.




 Inilah Mak Haji, my confinement lady..

Tengah cukur rambut Zafran

Botak dah kepala Zafran

7 November 2014

The Birth of Aqil Zafran: My Confinement Diet Story


Bab berpantang ni of coursela saya serahkan kepada mak sahaja. Apa yang mak cakap boleh & tak boleh, saya ikut sahaja. Cara berpantang mak saya ni agak kurang strict & tak berapa suruh saya ikut semua pantang-larang dalam berpantang. Pantang-larang yang rare diikuti seperti tak boleh minum air lebih segelas dalam satu masa, tak boleh tidur bawah kipas & etc, itu saya tak buat. Tapi kalau pantang-larang melibatkan pemakanan, mak saya strict. Makanan yang disuruh pantang oleh mak ialah
 
 1. Buah-buahan tempatan & sayur-sayuran tempatan. Sebabnya ada yang menyejukkan sepeti tembikai, ada pulak menambah angin dalam badan seperti cempedak. Kenapa mesti tempatan, import boleh pulak. Ke sebab orang zaman dulu memang tak makan makanan import, so tak adala larangan untuk memakannya. Macam tu yea.. Tak tahula dong.Kita ikut saja. (tiba-tiba pulak keluar slang indon)
2. Dah makanan yang menyejukkan tak boleh makan, air sejuk pun samala.

3. Makanan yang menyebabkan luka mengeluarkan bau busuk. Kalau kelahiran normal luka di bahagian ehem-ehem, kalau Caesar di bahagian perut. Contoh makanannnya ialah telur.

4. Makanan yang diproses/dimasak dua kali seperti bihun & laksa (pantang dari mak kimchi)

Itu sahajala kot. Kesimpulannya mak saya memang kurang strict, sebab uwan dulu pun kurang strict jugak dengan mak time berpantang dulu. So, apa yang diamalkan kepada mak diturunkan kepada saya pulak. Actually mak taknak saya terkejut & stress dengan pantang-larang ni. Yeala baru first time bersalin kan. Kan tak pasal-pasal kena postnatal depression pulak.Yang betul-betul effect kepada badan sahaja yang kena pantang-larang. Kalau setakat makan nasik berkuah & lauk berminyak, mak taknak halangla. Pernah sekali mak suruh makan nasi & lauk sahaja without kuah. Mak cakap saya macam nak tercekik jea makan nasik tak ada kuah tu. Sebab kesiankan saya,lepas tu mak serve lauk yang berkuah. Actually makan tak berkuah  & tak berminyak ni adalah untuk kurangkan perut buncit semasa berpantang. Agaknya sekarang perut saya buncit sebab itula kot. Tak apa, next berpantang nanti, saya berpantang makan makanan berkuah & berminyak.

Berpantang time bulan puasa ni agak tekanan jiwa & mental.. Tengok mak masak sedap jea untuk berbuka & saya pulak suka makan. Malangnya hanya boleh melihat & menghidu sahaja..huhu. Tak apala next year punya Ramadhan, saya bedal habis-habisan masakan berbuka mak. (macamla tak boleh suruh mak masak lagi lepas habis pantang.hehe. Boleh, just feeling tak sama kalau makan time berbuka..hehe).

Sekarang saya dapat menurunkan berat badan dari 72kg ke 59kg. Nak turun 5kg lagi untuk dapat berat badan sebelum pregnant. Hopefully dapat achieve before second pregnancy. Ada niat tu nak tambah lagi.. Eh, tunggula Zafran umur setahun dulu, baru fikir next step.hee
 
Mama Zafran dah boleh pakai seluar jeans..heee

2 November 2014

Aaima Birthday Party

A Throwback Story

 
Presenting Birthday Girl, Aaima Tasneem

Aaima dah umur setahun dah. Lorrr..Besar dah anak Makchik saya sorang ni. Padahal baru jea rasa Makchik tinggal dengan kitaorang dulu. Sekarang bukan setakat dah kahwin, dah ada anak umur setahun dah.
Birthday Aaima yang first ini disambut dengan meriahnya. Semua keluarga Zainun gather di rumah Makchik.  Event ni start dengan Majlis Doa Selamat & seterusnya birthday party pada petangnya. Makchik punya main objective untuk event ini adalah untuk mengembirakan semua orang especially children. So, Makchik tempah yang banyak berkaitan dengan children seperti candy buffet with chocolate fountain cum photobooth corner, satu peti aiskrim milo( memang makan sampai kembung perut) & clown show. Untuk Mak & Bapak budak pulak, disajikan dengan kambing golek, otak-otak, satar, cendol (my favourite), Nasi Arab (paling sedap), lauk-pauk, laksa & kuih-muih. Kerja kami semua asyik makan dari tengahari sampai ke petang.

 
 Selfie dulu sebelum event bermula

 
Ahli baru keluarga Zainun. Bukan Kimchi, Aqil Zafran yea.

 Zainun's

Tengah bedal otak-otak, satar & kambing


Not ready

Ready already..:)

Clown Show

Nabil disuruh joget oleh clown tu

Didi with the clown

 
Mama & Papa boleh bersuka ria sebabnya...

 
Zafran tengah tido. Nasib baik ada rocker Makchik untuk tidurkan Zafran. Zafran dibedung oleh Onyang sebab asyik terkejut jea time tidur. Kain lampin pun jadila. Tapi last-last tangan terkeluar jugak.

Zainun's family with birthday girl

 
Zainun's with Birthday Girl Family

Thanks, Makchik & Pakchik sebab organize birthday party yang super duper best ni. Makanan semuanya sedap-sedap. Clown show very entertaining. Siap ada buat game untuk budak-budak. Wakil Keluarga Zainun ada menang musical chair game iaitu Nafis (tempat kedua). Kitaorang pulak duk makan sampai tak perlu makan malam kat rumah dah.Begitu lama rasa kenyang..hehe. Satu lagi, birthday gown Aaima sangat cantik. :)