Akhirnya pada bulan June, rumah kami dengan rasmi serasmi-rasminya
menjadi milik kami berdua. Kunci telah diserahkan kepada kami. Just tunggu
tukar nama di geran tanah oleh pejabat tanah. Itu lwayer kami yang akan
follow-up & chase.
Yang bestnya dengan rumah kami ni adalah:
1. Kami dapat beli dengan harga lebih murah dari market
price. Market price adalah RM330k, kami beli dengan harga RM300k. Jimat RM30k.
Kami dapat tahu info ini pun dari CIMB valuator.
2. Dah ada kitchen cabinet.Tak perlula saya nak
pening-pening nak simpan barang bila dah pindah rumah.
3. Semua bilik atas dah ada exhaust fan, untuk menyedut
bau-bau yak best keluar dari bilik. Selalunya saya tengok kat ofis jea ada
exhaust fan ni, kat rumah tak ada sangat.
4. Ruang tamu & ruang makan dah ada plaster ceiling.
5. Adala satu kipas yang cantik di master bedroom. Yang lain
dah kena ambik. Bak kata ex-seller kami (ex dah la, rumah dah kitaorang punya),
barang makin mahal especially bila implement GST. Baik dia ambik dan pasang kat rumah baru dia.
6. Dah ada pagar batu, bukan dawai kokot punya pagar.
7. Sistem wiring sangat bagus. Ruang tamu dan dapur ada DB
board masing-masing. Suami ex-seller kami ni engineer. Dia punya idea untuk buat system wiring
macamni.
8. Pencahayaan untuk semua bilik guna lampu downlight.
Senang nak beli & ganti.
Apa yang tak bestnya adalah:
1. Pagar belakang adalah dawai kokot. Akan tukar jadi pagar
batu.
2. Siap ada tempat lanskap kat sebelah ruang tamu. Ni
failure design rumah kami. Bakal dipecah & renovate.
3. Semua grill tak boleh bukak macam yang kat rumah PJ. Susah nak
buat kerja pembersihan & untuk emergency.
4. Habis semua kipas & lampu kena angkut. Kena beli.
Apapun kami happy sebab at last dapat jugak tinggal di rumah
kepunyaan kami berdua.
Gambar-gambar keadaan rumah semasa mula-mula dapat kunci.
ruang tamu
ruang makan
dapur dah siap ada cabinet
hall atas
salah satu bilik
awak..kita follow..suka baca pasal pengalaman org beli rumah.. :)
ReplyDelete