The Story of Our Home Purchase: Dealing with BPP Bureaucracy

Dah kenapa pulak kena berurusan BPP. Bukan saya dengan Kimchi pekerja swasta ke. Haiii…Mencabar betul nak uruskan pembelian rumah ni. Lepas satu-satu isu yang timbul. Lagi mencabar bila saya yang perut tengah membonyot, sorang-sorang deal dengan vendor  dan lawyer. Kimchi suruh saya sahaja dealing dengan mereka dengan sebabnya kedua-duanya adalah perempuan. Tapi by phone ajeala, bukanla saya kena bergerak ke hulur-hilir. Bab-bab deposit duit, pergi bank Kimchi yang uruskan. Duit pun banyak guna duit Kimchi. Saya contribute duit dari akaun kedua & simpanan untuk renovation.


Lepas sahaja dapat duit kwsp, kami bayar 10% deposit  kepada vendor dan request untuk masuk rumah awal. Tapi bukan lepas bayar deposit ni la. Bila kami dah kena start kena bayar monthly installment dengan CIMB nanti. Saja request time vendor dapat duit segedebuk ni, kot-kot sejuk hati dia lepas kes dulu. Rupanya tak. Dia still tak benarkan masuk awal. Alasannya takut pihak dari buyer (kamila)  akan lengah-lengahkan masa untuk settle pembayaran selebihnya.  Ok, fine…Masa ni kami tak ambik pusing hal ni. Just buat tak tahu dan tunggu sahaja.


Kami ambik pusing hal ni bila dah  dapat notis dari CIMB untuk start bayar monthly installment. Pihak bank keluarkan notis selepas release redemption sum, iaitu jumlah hutang vendor kepada BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan). Terasala peritnya sebab pada masa yang sama nak kena bayar sewa rumah. Lagi sekali saya contact vendor untuk request  masuk rumah sebab nak kurangkan beban bayar rumah. Apa salahnya benarkan kami masuk awal sebab hutang vendor dengan BPP dah langsai. Just tinggal balance harga jualan kepada vendor sahaja. Balance tu akan release apabila CIMB menerima Issue Document of title(Geran) dan Discharge of Charge (Melepaskan Gadaian) daripada BPP. Problem dengan BPP ni, servis diorang slow tahap maksim. Ok, full stop. Tak mau komen lebih-lebih.


Mula-mula vendor tu macam bersetuju tapi bila discuss dengan dengan en. bengnye, terus tak jadi. Nak tunggu  jugak CIMB release baki harga jualan kepada mereka.  Actually sebelum argument, vendor setuju jea untuk beri kami masuk rumah awal walaupun belum dapat balance harga jualan. Itu cerita sebelum argument. Bila dah dapat tahu kena bayar legal fee, terus tukar fikiran.


Nak tak nak terpaksala kami bayar sewa rumah dan juga monthly installment untuk rumah kami. Kalau tak bayar sewa, tak ada tempat nak tinggal. Rumah mak jauh nung di PJ(jauhla sangat).. Kalau tak bayar monthly installment untuk rumah kami, akan dikenakan interest. Kami bayar kedua-duanya start dari bulan April hingga Jun. Bulan Jun, baru lawyer dapat kedua-dua document daripada BPP nih( Imagine weii chase dari bulan 4, bulan 6 baru dapat). Bila dah ada dokumen ni, baru lawyer boleh advise CIMB untuk release cek kepada vendor.


Mak beritahu semasa abah buat loan perumahan dulu, bank beri masa tiga bulan untuk tidak bayar monthly installment selepas release redemption sum. Ini untuk beri kelonggaran kepada peminjam selepas dah keluar duit banyak untuk legal fee, deposit & etc. Tapi abah dulu buat loan dengan BPP, kami dengan comercial bank yang jenis nak kaut keuntungan sahaja. Kalau saya kerja kerajaan pun saya nak buat loan dengan BPP sahaja walaupun servis ntah ape-ape.  Yang paling piss off nye, saya terpaksa deal dengan karenah birokrasi BPP walaupun tak buat loan kerajaan pung. Terpaksa terjebak sebab vendor  guna loan kerajaan untuk rumah yang kami nak beli ni.
Kimchi merungut sepatutnya kita just bayar sahaja legal fee vendor tu yang RM1+++. Habis cerita. Tak akan ada argument. Boleh masuk rumah awal. Sekarang kan dah kena bayar sewa rumah RM2000 untuk 4 bulan. Kena bayar extra <RM1k. Pastu tak dapat masuk rumah awal pulak tu.  Dah nak buat macammne. Benda dah lepas. End story.
 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment