The Story of Our Home Purchase: Account 2 EPF Withdrawal
Setelah lawyer inform kepada kami yang consent sudah release
dari Pejabat Tanah, kami terus plan untuk keluarkan duit dari akaun kedua kami.
Kami pergi ke pejabat KWSP di Seksyen 11 Shah Alam (bersebelahan dengan TNB)
pada awal bulan Mac. Dokumen yang perlu dibawa telah disediakan oleh lawyer,
iaitu Salinan S&P Agreement Letter, Salinan Loan Agreement Letter, Salinan
Consent (perlu ada sebab rumah yang kami nak beli adalah leasehold) &
Salinan IC kami berdua. Semuanya dokumen ada stamp certified true copy by
lawyer. Untuk nak jimatkan masa di
pejabat KWSP, kami print & isi borang KWSP siap-siap di rumah. Borang KWSP
boleh download dari internet sahaja. Ada
staff office beritahu kalau rumah dibeli atas nama kedua-dua suami dan isteri
ataupun akan diduduki oleh suami dan isteri, kena ada sijil nikah. Saya just
bawak sekali. Ada jugak search di
internet mengatakan kena ada bank statement yang ada account number. Itupun
kami sediakan jugak. Just print dari
rumah sahaja.
Kami berharap tak
akan ada problemla bila berurusan di pejabat KWSP setelah google bagai &
tanya lawyer & member. Rupanya tak. Ada jugak satu dokumen yang tak cukup.
Kami kena ada Salinan geran tanah. Sebabnya nombor lot rumah di Consent Letter
tak sama dengan yang di Loan Agreement Letter. Orang KWSP tu beritahu, CIMB
selalu ada problem macamni. CIMB selalu akan refer lot number lama, tak up-to-date. Untuk confirmkan mana satu lot number yang
betul, kenala ada geran tanah. Tak dapatla kami nak settlekan hal kwsp haritu
jugak. Kena tunggu Salinan geran tanah dari lawyer, lepas itu datang balik ke
pejabat KWSP.
Lot Number di consent letter tak sama dengan lot number di loan agreement letter di bawah
Second time kami pergi KWSP, dah tak ada masalah dah.
Permohonan untuk pengeluaran akaun kedua diluluskan & duit dimasuk ke dalam
akaun selepas dua minggu.
Apa yang saya boleh conclude adalah dokumen-dokumen yang
perlu dibawa untuk pengeluaran duit dari akaun kedua, iaitu:
1.
Salinan S&P Agreement Letter
2.
Salinan Loan Agreement Letter
3.
Salinan Consent Letter ( untuk pembelian rumah
leasehold)
4.
Salinan geran tanah (untuk pinjaman dengan CIMB)
5.
Salinan IC
6.
Borang KWSP 9C (AHL) (D5) yang dah diisi
7.
Sijil Nikah (just in case)
8.
Bank statement/Salinan buku bank yang tertera no
akaun yang kita nak duit dimasukkan. ( Just in case jugak)
Bab-bab in-case ni sebabnya lain orangnya, lain karenahnya birokrasinya (If u know what I mean..ok, fullstop). No 1 hingga 5 kena ada
stamp certified true copy oleh lawyer kita. Untuk kes kami, pihak kwsp just nak
dokumen dari No 1 hingga 6 sahaja.
0 comments:
Post a Comment