Hari Beratur Sedunia Keluarga Zainun


Usaha nak menurunkan berat badan pause sekejap. Sebabnya….Dah kerja makan jea time Raya Haji haritu. Memang heaven giler duduk kampung. Ramai yang memasak dan semua masakan sedap-sedap belaka. Pada hari buat ketupat (a.k.a sehari sebelum raya), uwan masak dodol. Guna kawah pulak tu. Part paling bestnya, belum sempat dodol tu pekat & mengeras, anak cucu (cicit belum makan lagi..hehuw) Zainun dah beratur kat depan kawah. Nak makan dodol cair-cair dan panas-panas. Ada jugak siap tapau nak bawak balik ke rumah masing-masing.
 
Dodol in the making

Rendang ayam pun dimasak mengunakan kawah juga.  Rendang ayam uwan memang superb tapi kena modified sedikit. Ada tambah maman (sejenis sayur untuk gulai sahaja) ke dalam rendang uwan.  Lemang pula just beli sahaja. Time arwah atuk ada dahulu, uwan bakar sendiri jea lemang ni. Gigih arwah atuk ambil buluh yang penuh dengan miang kat kebun.

Malam pula, anak-beranak keluarga Zainun buat BBQ. Menunya ikan siakap, ikan talapia, ayam, otak-otak, hotdog. Once dah siap bakar, again semuanya beratur ambil makanan. Rasa meriah sangat. Mana tak meriah sebab semua anak cucu cicit Zainun ada. Sampai cucu menantu pun ada (Papa Kimchila). Just Maksu & family sahaja yang tak balik.  

BBQ preparation

BBQ

Pada Hari Raya Haji, kami bersarapan dengan nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam, trifle, kek batik & cheese tart. Mak yang bake semua dessert/pastry. Lasagna induk on the way. Induk bake lasagna pada pagi raya. Kalau dia masak pada hari sebelumnya memang licinla. Tak sempat nak makan time raya kot. Itupun bila lasagna dah siap dimasak & terus serve atas meja, lagi sekali semuanya beratur. Raya Haji ni memang hari beratur seduniala & hari makan sedunia untuk keluarga Zainun. Kami anak beranak Zainun memang enjoy makan dan appreciate makanan. 
 
Mama, Papa & Zafran
Lepas makan lasagna induk, saya & the gang bersuka-suki, bergambar, berselfie  dan segala bagai. Siap buat photo illusion tu. 

Anak Dara & Mak Dara


blow this tiny people

      or squeeze them
Proud to have a traditional hometown 

Abah ada buat korban dan ada bawa balik daging & tulang. Daging dimasak hitam manis & tulang dibuat sup untuk late lunch. Masak hitam manis ni ada blackpepper dan ada rasa manis.

Petang itu, cucu-cucu Zainun (anak pun ada jugak iaitu induk), main game selipar beracun. Kenapa panggil selipar beracun? Saja jea sebab game ni kombinasi antara game bola beracun dengan selipar beracun. Part dari game bola beracun ialah attack pihak lawan guna bola while game baling selipar part susun selipar untuk score. 

No Induk in this picture because injured


Esoknya kami balik pagi sebab nak avoid jem. Sampai rumah takut nak timbang berat badan. Taknak tengok pun penimbang yang ada kat bawah katil. Huhu..

  
I'm a happy wife and mother 

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment