3 October 2014

The Story of Our Home Purchase: Argument With Vendor


Pada awal bulan Disember tahun lepas, saya menerima panggilan dari vendor rumah yang kami nak beli. Dia memberitahu yang lawyer remind untuk bayar something. Saya pun pelikla something apa pulak yang vendor kena bayar. Bukan ke buyer jea yang keluar duit. Vendor pulak  just tunggu duit.  Dia cakap if dia kena  keluar duit, dia nak ten percent deposit dari kami. Saya tak adala cuak bila vendor minta ten percent sebab saya dah ada back up plan walaupun belum withdraw epf. Tapi saya memberitahu kepada vendor yang saya akan bertanya kepada lawyer.

Then, saya terus call Kak Su, lawyer kami, tanya apa sebenarnya yang vendor kena bayar. Rupa-rupanya legal fee. Saya pelik. Bukan ke buyer sahaja yang dikenakan legal fee. Rupanya tak. Owner pun dikenakan legal fee sebab mengunakan khidmat lawyer untuk prepare SPA & segala bagai. Saya pun tak tahu menahu mengenai perkara ini. Tapi of course, nothing is free. Cuma legal fee untuk vendor tak semahal yang kami kena bayar, iaitu just RM1+++.

Saya hantar sms kepada vendor yang better dia make clear dari lawyer sendiri. Saya takut saya akan salah cakap kalau saya direct discuss dengan owner mengenai  perkara ini. Tiba-tiba saya menerima sms dari Kak Su mengatakan vendor tu dah bising-bising. Dia kata konon kami dah janji nak bayar semua dengan syarat mereka tak ambil ten percent deposit sebagai booking fee dari kami. Just tunggu sahaja duit dari EPF. Part yang ini saya tak ingat. Ada ke perjanjian macamtu antara kami dan vendor. Dia juga ada mention yang ada lagi orang lain nak offer beli lebih tinggi dari kami, iaitu RM330k. Dia nak jugak kami bayar deposit asap. Kak Su try pujuk vendor supaya tunggu dahulu sebab kami belum lagi withdraw epf. Tengah tunggu consent dari pejabat tanah.  Vendor itu tak peduli. Dah kenapa pulak dia ni nak mengamuk bagai. Saya call. Bila dia bercakap dengan saya terus speaking berhabuk. Sebelum ni tak adala pulak speaking bagai dengan saya. Nada suara pun dah lain. Macam nak marah-marah jea. Saya cubala menenangkan dia. Saya cuba convince vendor mengatakan yang saya ada google pasal urusan pembelian rumah ni. Memang ada legal fee untuk vendor. Actually tak ada pun saya google-google ni. Dah baru sampai rumah, balik dari kerja. Mana sempat nak bukak laptop. Tipu sunat sebab bagi nampak confident jea bila bercakap dengan orang yang dah emosi tak stabil ni. Hehe.. Dia still marah-marah lagi. Nak bagi dia stop marah, saya bersetuju untuk bayar deposit. Esok pun saya boleh bank in. Vendor tu terdiam dan akan call saya balik.

Kak Su suruh saya bayar sahaja vendor punya legal fee. Saya taknak bayar sebab saya sanggup nak bayar deposit. Lagipun deposit still kena bayar jugak. Cuma cepat atau lambat sahaja. Kalau bayar legal fee owner, maknanya saya kena bayar extra. Mulanya, Kak Su pelik bukan kami berdua belum apply untuk keluarkan epf ke. Baru dia tahu yang kami dah ada back up plan sebagai preparation untuk situasi macamni. Kak Su bersetuju dengan saya untuk bayar sahaja deposit kepada vendor tersebut.

Saya menyuruh Kak Su inform kepada vendor yang kami willing nak bayar deposit secepat mungkin. Tapi vendor tu berubah fikiran pulak. Kononya dia taknak ambil deposit sebab tak mahu spoil new year mood kami berdua. Tak mahu pening-peningkan kepala newlyweds. Vendor tu nak bayar dia punya legal fee. Macam tu pulak dah. Tutup cerita argument ni.
Semua salah dalam hal ini. Baik kami & lawyer mahupun vendor. Salah kami sebab tak buat study betul-betul mengenai urusan pembelian rumah dari vendor. Kami terlepas pandang mengenai vendor's legal fee. Lawyer pulak sepatutnya beritahu clearly kepada vendor yang dia juga dikenakan charge. Actually semasa lawyer ingin meminta vendor untuk initiate S&P agreement, Lawyer itu ada attach sekali quotation. Tetapi vendor itu memulangkan balik quotation kepada lawyer together with S&P agreement that already initiate. Lawyer tak ada tanyala sebab ingatkan sudah tahu. Kat situ pun dah salah jugak. Lawyer tak boleh buat assumption sendiri. She suppose sms to our vendor, to notify them regarding this legal fee thing. At least they knew that they also need to pay legal fee. Vendor pula sepatutnya kena beritahu ataupun hantar sms kepada lawyer kalau betul dia ada mention kepada kami kononnya kami yang nak bayar their fee. Kalau hantar sms boleh lawyer confirm kan balik dengan kami. Kat situ dah ada black & white. Vendor kami adala mention yang kononnya tak inform kepada lawyer sebab percayakan kami. Langsung tak ada dalam memory saya yang kami berjanji nak bayar vendor legal fee.

Moral of the story:

1. Kalau nak beli rumah direct daripada vendor, make sure dia tahu mengenai legal fee yang kena bayar. Legal fee bukan apply kepada buyer sahaja. Tapi lepas ni, perkara sebegini takkan berlaku lagi. Bukan sebab I learn from the lesson. Sebabnya mana ada duit lagi nak beli rumah sebijik lagi. hehe. Kalau ada duit pun, saya akan beli tanah lot, buat rumah sebijik. Ikut design yang saya nak.

2. Always have back up plan. Memang susah nak ada back up plan. Kalau tak ada back up plan pun, just be confident bila berdepan dengan orang yang tengah hot. At least dia tahu kita tak takut.

3. Manusia memang senang nak berubah.Maybe certain tak kot. Bila berlakunya argument especially melibatkan duit, manusia terus berubah. Dari cara percakapan,tingkah-laku & sebagainya.  

4. Nothing in life is free.

 
 
 

No comments:

Post a Comment