24 October 2014

Kimchi memaksakan diri makan sushi

Kimchi terpilih oleh company nya untuk attend 5S training di Toyata City, Nagoya.(At last dapat jugak ke overocean setelah 4tahun kerja kat Hartalega). Apalagi cuakla papa Zafran ni.. sebab nak kena makan ikan mentah (lorghh poyo nye reason nye)..So, kami satu family pergila lunch di Sushi King untuk beri pendedahan kepada Kimchi dengan makanan Jepun ni (haha..perlu ke)..Kimchi memang tak berapa nak gemar pun makan makanan eksotik ni..tak berapa adventurous bab-bab makanan ..makanan dari Jepun ke Korea Utara Selatan ke.melainkan  masakan tempoyak mak kimchi sahaja kena yang dengan tekaknya..Nama Kimchi pun sebab saya yang suka panggil mcmtu kat Papa Zafran..


Usfie first

  Sebelum isi perut, isi perut budak kecik ni dulu

dah kenyang, apa lagi boleh baringla..

Kami order Package meal for 2 pax, which have 1 mini chicken salad, 1 salmon sashimi, 1 tenpura mariawase, 2 mini udan, 2 ice honey lemon tea & 2 purple plate. 

Konon-konon candidla tu
 buat macam Mama Zafran, posing jea depan camera


Habis RM60 jugak tapi langsung tak kenyang..huhu..

17 October 2014

The Story of Our Home Purchase: Key handover by Vendor.


Akhirnya pada bulan June, rumah kami dengan rasmi serasmi-rasminya menjadi milik kami berdua. Kunci telah diserahkan kepada kami. Just tunggu tukar nama di geran tanah oleh pejabat tanah. Itu lwayer kami yang akan follow-up & chase.

Yang bestnya dengan rumah kami ni adalah:

1. Kami dapat beli dengan harga lebih murah dari market price. Market price adalah RM330k, kami beli dengan harga RM300k. Jimat RM30k. Kami dapat tahu info ini pun dari CIMB valuator. 

2. Dah ada kitchen cabinet.Tak perlula saya nak pening-pening nak simpan barang bila dah pindah rumah.

3. Semua bilik atas dah ada exhaust fan, untuk menyedut bau-bau yak best keluar dari bilik. Selalunya saya tengok kat ofis jea ada exhaust  fan ni, kat rumah tak ada sangat.

4. Ruang tamu & ruang makan dah ada plaster ceiling.

5. Adala satu kipas yang cantik di master bedroom. Yang lain dah kena ambik. Bak kata ex-seller kami (ex dah la, rumah dah kitaorang punya), barang makin mahal especially bila implement GST.  Baik dia ambik dan pasang kat rumah baru dia.

6. Dah ada pagar batu, bukan dawai kokot punya pagar.

7. Sistem wiring sangat bagus. Ruang tamu dan dapur ada DB board masing-masing. Suami ex-seller kami ni engineer.  Dia punya idea untuk buat system wiring macamni.

8. Pencahayaan untuk semua bilik guna lampu downlight. Senang nak beli & ganti.

Apa yang tak bestnya adalah:

1. Pagar belakang adalah dawai kokot. Akan tukar jadi pagar batu.

2. Siap ada tempat lanskap kat sebelah ruang tamu. Ni failure design rumah kami. Bakal dipecah & renovate.

3. Semua grill tak boleh bukak macam yang kat rumah PJ. Susah nak buat kerja pembersihan & untuk emergency.

4. Habis semua kipas & lampu kena angkut. Kena beli.

Apapun kami happy sebab at last dapat jugak tinggal di rumah kepunyaan kami berdua.
Gambar-gambar keadaan rumah semasa mula-mula dapat kunci.

ruang tamu

ruang makan

dapur dah siap ada cabinet

hall atas
salah satu bilik

16 October 2014

The Story of Our Home Purchase: Dealing with BPP Bureaucracy

Dah kenapa pulak kena berurusan BPP. Bukan saya dengan Kimchi pekerja swasta ke. Haiii…Mencabar betul nak uruskan pembelian rumah ni. Lepas satu-satu isu yang timbul. Lagi mencabar bila saya yang perut tengah membonyot, sorang-sorang deal dengan vendor  dan lawyer. Kimchi suruh saya sahaja dealing dengan mereka dengan sebabnya kedua-duanya adalah perempuan. Tapi by phone ajeala, bukanla saya kena bergerak ke hulur-hilir. Bab-bab deposit duit, pergi bank Kimchi yang uruskan. Duit pun banyak guna duit Kimchi. Saya contribute duit dari akaun kedua & simpanan untuk renovation.


Lepas sahaja dapat duit kwsp, kami bayar 10% deposit  kepada vendor dan request untuk masuk rumah awal. Tapi bukan lepas bayar deposit ni la. Bila kami dah kena start kena bayar monthly installment dengan CIMB nanti. Saja request time vendor dapat duit segedebuk ni, kot-kot sejuk hati dia lepas kes dulu. Rupanya tak. Dia still tak benarkan masuk awal. Alasannya takut pihak dari buyer (kamila)  akan lengah-lengahkan masa untuk settle pembayaran selebihnya.  Ok, fine…Masa ni kami tak ambik pusing hal ni. Just buat tak tahu dan tunggu sahaja.


Kami ambik pusing hal ni bila dah  dapat notis dari CIMB untuk start bayar monthly installment. Pihak bank keluarkan notis selepas release redemption sum, iaitu jumlah hutang vendor kepada BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan). Terasala peritnya sebab pada masa yang sama nak kena bayar sewa rumah. Lagi sekali saya contact vendor untuk request  masuk rumah sebab nak kurangkan beban bayar rumah. Apa salahnya benarkan kami masuk awal sebab hutang vendor dengan BPP dah langsai. Just tinggal balance harga jualan kepada vendor sahaja. Balance tu akan release apabila CIMB menerima Issue Document of title(Geran) dan Discharge of Charge (Melepaskan Gadaian) daripada BPP. Problem dengan BPP ni, servis diorang slow tahap maksim. Ok, full stop. Tak mau komen lebih-lebih.


Mula-mula vendor tu macam bersetuju tapi bila discuss dengan dengan en. bengnye, terus tak jadi. Nak tunggu  jugak CIMB release baki harga jualan kepada mereka.  Actually sebelum argument, vendor setuju jea untuk beri kami masuk rumah awal walaupun belum dapat balance harga jualan. Itu cerita sebelum argument. Bila dah dapat tahu kena bayar legal fee, terus tukar fikiran.


Nak tak nak terpaksala kami bayar sewa rumah dan juga monthly installment untuk rumah kami. Kalau tak bayar sewa, tak ada tempat nak tinggal. Rumah mak jauh nung di PJ(jauhla sangat).. Kalau tak bayar monthly installment untuk rumah kami, akan dikenakan interest. Kami bayar kedua-duanya start dari bulan April hingga Jun. Bulan Jun, baru lawyer dapat kedua-dua document daripada BPP nih( Imagine weii chase dari bulan 4, bulan 6 baru dapat). Bila dah ada dokumen ni, baru lawyer boleh advise CIMB untuk release cek kepada vendor.


Mak beritahu semasa abah buat loan perumahan dulu, bank beri masa tiga bulan untuk tidak bayar monthly installment selepas release redemption sum. Ini untuk beri kelonggaran kepada peminjam selepas dah keluar duit banyak untuk legal fee, deposit & etc. Tapi abah dulu buat loan dengan BPP, kami dengan comercial bank yang jenis nak kaut keuntungan sahaja. Kalau saya kerja kerajaan pun saya nak buat loan dengan BPP sahaja walaupun servis ntah ape-ape.  Yang paling piss off nye, saya terpaksa deal dengan karenah birokrasi BPP walaupun tak buat loan kerajaan pung. Terpaksa terjebak sebab vendor  guna loan kerajaan untuk rumah yang kami nak beli ni.
Kimchi merungut sepatutnya kita just bayar sahaja legal fee vendor tu yang RM1+++. Habis cerita. Tak akan ada argument. Boleh masuk rumah awal. Sekarang kan dah kena bayar sewa rumah RM2000 untuk 4 bulan. Kena bayar extra <RM1k. Pastu tak dapat masuk rumah awal pulak tu.  Dah nak buat macammne. Benda dah lepas. End story.
 

14 October 2014

The Story of Our Home Purchase: Account 2 EPF Withdrawal



Setelah lawyer inform kepada kami yang consent sudah release dari Pejabat Tanah, kami terus plan untuk keluarkan duit dari akaun kedua kami. Kami pergi ke pejabat KWSP di Seksyen 11 Shah Alam (bersebelahan dengan TNB) pada awal bulan Mac. Dokumen yang perlu dibawa telah disediakan oleh lawyer, iaitu Salinan S&P Agreement Letter, Salinan Loan Agreement Letter, Salinan Consent (perlu ada sebab rumah yang kami nak beli adalah leasehold) & Salinan IC kami berdua. Semuanya dokumen ada stamp certified true copy by lawyer.  Untuk nak jimatkan masa di pejabat KWSP, kami print & isi borang KWSP siap-siap di rumah. Borang KWSP boleh download dari internet sahaja. Ada staff office beritahu kalau rumah dibeli atas nama kedua-dua suami dan isteri ataupun akan diduduki oleh suami dan isteri, kena ada sijil nikah. Saya just bawak sekali.  Ada jugak search di internet mengatakan kena ada bank statement yang ada account number. Itupun kami sediakan jugak.  Just print dari rumah sahaja.

Kami berharap tak akan ada problemla bila berurusan di pejabat KWSP setelah google bagai & tanya lawyer & member. Rupanya tak. Ada jugak satu dokumen yang tak cukup. Kami kena ada Salinan geran tanah. Sebabnya nombor lot rumah di Consent Letter tak sama dengan yang di Loan Agreement Letter. Orang KWSP tu beritahu, CIMB selalu ada problem macamni. CIMB selalu akan refer  lot number lama, tak up-to-date.  Untuk confirmkan mana satu lot number yang betul, kenala ada geran tanah. Tak dapatla kami nak settlekan hal kwsp haritu jugak. Kena tunggu Salinan geran tanah dari lawyer, lepas itu datang balik ke pejabat KWSP.
Lot Number di consent letter tak sama dengan lot number di loan agreement letter di bawah



Second time kami pergi KWSP, dah tak ada masalah dah. Permohonan untuk pengeluaran akaun kedua diluluskan & duit dimasuk ke dalam akaun selepas dua minggu.

Apa yang saya boleh conclude adalah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk pengeluaran duit dari akaun kedua, iaitu:

1.       Salinan S&P Agreement Letter

2.       Salinan Loan Agreement Letter

3.       Salinan Consent Letter ( untuk pembelian rumah leasehold)

4.       Salinan geran tanah (untuk pinjaman dengan CIMB)

5.       Salinan IC


6.       Borang KWSP 9C (AHL) (D5) yang dah diisi

7.       Sijil Nikah (just in case)

8.       Bank statement/Salinan buku bank yang tertera no akaun yang kita nak duit dimasukkan. ( Just in case jugak)

Bab-bab in-case ni sebabnya lain orangnya, lain karenahnya birokrasinya (If u know what I mean..ok, fullstop). No 1 hingga 5 kena ada stamp certified true copy oleh lawyer kita. Untuk kes kami, pihak kwsp just nak dokumen dari No 1 hingga 6 sahaja.





                                       

11 October 2014

Hari Beratur Sedunia Keluarga Zainun


Usaha nak menurunkan berat badan pause sekejap. Sebabnya….Dah kerja makan jea time Raya Haji haritu. Memang heaven giler duduk kampung. Ramai yang memasak dan semua masakan sedap-sedap belaka. Pada hari buat ketupat (a.k.a sehari sebelum raya), uwan masak dodol. Guna kawah pulak tu. Part paling bestnya, belum sempat dodol tu pekat & mengeras, anak cucu (cicit belum makan lagi..hehuw) Zainun dah beratur kat depan kawah. Nak makan dodol cair-cair dan panas-panas. Ada jugak siap tapau nak bawak balik ke rumah masing-masing.
 
Dodol in the making

Rendang ayam pun dimasak mengunakan kawah juga.  Rendang ayam uwan memang superb tapi kena modified sedikit. Ada tambah maman (sejenis sayur untuk gulai sahaja) ke dalam rendang uwan.  Lemang pula just beli sahaja. Time arwah atuk ada dahulu, uwan bakar sendiri jea lemang ni. Gigih arwah atuk ambil buluh yang penuh dengan miang kat kebun.

Malam pula, anak-beranak keluarga Zainun buat BBQ. Menunya ikan siakap, ikan talapia, ayam, otak-otak, hotdog. Once dah siap bakar, again semuanya beratur ambil makanan. Rasa meriah sangat. Mana tak meriah sebab semua anak cucu cicit Zainun ada. Sampai cucu menantu pun ada (Papa Kimchila). Just Maksu & family sahaja yang tak balik.  

BBQ preparation

BBQ

Pada Hari Raya Haji, kami bersarapan dengan nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang ayam, trifle, kek batik & cheese tart. Mak yang bake semua dessert/pastry. Lasagna induk on the way. Induk bake lasagna pada pagi raya. Kalau dia masak pada hari sebelumnya memang licinla. Tak sempat nak makan time raya kot. Itupun bila lasagna dah siap dimasak & terus serve atas meja, lagi sekali semuanya beratur. Raya Haji ni memang hari beratur seduniala & hari makan sedunia untuk keluarga Zainun. Kami anak beranak Zainun memang enjoy makan dan appreciate makanan. 
 
Mama, Papa & Zafran
Lepas makan lasagna induk, saya & the gang bersuka-suki, bergambar, berselfie  dan segala bagai. Siap buat photo illusion tu. 

Anak Dara & Mak Dara


blow this tiny people

      or squeeze them
Proud to have a traditional hometown 

Abah ada buat korban dan ada bawa balik daging & tulang. Daging dimasak hitam manis & tulang dibuat sup untuk late lunch. Masak hitam manis ni ada blackpepper dan ada rasa manis.

Petang itu, cucu-cucu Zainun (anak pun ada jugak iaitu induk), main game selipar beracun. Kenapa panggil selipar beracun? Saja jea sebab game ni kombinasi antara game bola beracun dengan selipar beracun. Part dari game bola beracun ialah attack pihak lawan guna bola while game baling selipar part susun selipar untuk score. 

No Induk in this picture because injured


Esoknya kami balik pagi sebab nak avoid jem. Sampai rumah takut nak timbang berat badan. Taknak tengok pun penimbang yang ada kat bawah katil. Huhu..

  
I'm a happy wife and mother 

3 October 2014

The Story of Our Home Purchase: Argument With Vendor


Pada awal bulan Disember tahun lepas, saya menerima panggilan dari vendor rumah yang kami nak beli. Dia memberitahu yang lawyer remind untuk bayar something. Saya pun pelikla something apa pulak yang vendor kena bayar. Bukan ke buyer jea yang keluar duit. Vendor pulak  just tunggu duit.  Dia cakap if dia kena  keluar duit, dia nak ten percent deposit dari kami. Saya tak adala cuak bila vendor minta ten percent sebab saya dah ada back up plan walaupun belum withdraw epf. Tapi saya memberitahu kepada vendor yang saya akan bertanya kepada lawyer.

Then, saya terus call Kak Su, lawyer kami, tanya apa sebenarnya yang vendor kena bayar. Rupa-rupanya legal fee. Saya pelik. Bukan ke buyer sahaja yang dikenakan legal fee. Rupanya tak. Owner pun dikenakan legal fee sebab mengunakan khidmat lawyer untuk prepare SPA & segala bagai. Saya pun tak tahu menahu mengenai perkara ini. Tapi of course, nothing is free. Cuma legal fee untuk vendor tak semahal yang kami kena bayar, iaitu just RM1+++.

Saya hantar sms kepada vendor yang better dia make clear dari lawyer sendiri. Saya takut saya akan salah cakap kalau saya direct discuss dengan owner mengenai  perkara ini. Tiba-tiba saya menerima sms dari Kak Su mengatakan vendor tu dah bising-bising. Dia kata konon kami dah janji nak bayar semua dengan syarat mereka tak ambil ten percent deposit sebagai booking fee dari kami. Just tunggu sahaja duit dari EPF. Part yang ini saya tak ingat. Ada ke perjanjian macamtu antara kami dan vendor. Dia juga ada mention yang ada lagi orang lain nak offer beli lebih tinggi dari kami, iaitu RM330k. Dia nak jugak kami bayar deposit asap. Kak Su try pujuk vendor supaya tunggu dahulu sebab kami belum lagi withdraw epf. Tengah tunggu consent dari pejabat tanah.  Vendor itu tak peduli. Dah kenapa pulak dia ni nak mengamuk bagai. Saya call. Bila dia bercakap dengan saya terus speaking berhabuk. Sebelum ni tak adala pulak speaking bagai dengan saya. Nada suara pun dah lain. Macam nak marah-marah jea. Saya cubala menenangkan dia. Saya cuba convince vendor mengatakan yang saya ada google pasal urusan pembelian rumah ni. Memang ada legal fee untuk vendor. Actually tak ada pun saya google-google ni. Dah baru sampai rumah, balik dari kerja. Mana sempat nak bukak laptop. Tipu sunat sebab bagi nampak confident jea bila bercakap dengan orang yang dah emosi tak stabil ni. Hehe.. Dia still marah-marah lagi. Nak bagi dia stop marah, saya bersetuju untuk bayar deposit. Esok pun saya boleh bank in. Vendor tu terdiam dan akan call saya balik.

Kak Su suruh saya bayar sahaja vendor punya legal fee. Saya taknak bayar sebab saya sanggup nak bayar deposit. Lagipun deposit still kena bayar jugak. Cuma cepat atau lambat sahaja. Kalau bayar legal fee owner, maknanya saya kena bayar extra. Mulanya, Kak Su pelik bukan kami berdua belum apply untuk keluarkan epf ke. Baru dia tahu yang kami dah ada back up plan sebagai preparation untuk situasi macamni. Kak Su bersetuju dengan saya untuk bayar sahaja deposit kepada vendor tersebut.

Saya menyuruh Kak Su inform kepada vendor yang kami willing nak bayar deposit secepat mungkin. Tapi vendor tu berubah fikiran pulak. Kononya dia taknak ambil deposit sebab tak mahu spoil new year mood kami berdua. Tak mahu pening-peningkan kepala newlyweds. Vendor tu nak bayar dia punya legal fee. Macam tu pulak dah. Tutup cerita argument ni.
Semua salah dalam hal ini. Baik kami & lawyer mahupun vendor. Salah kami sebab tak buat study betul-betul mengenai urusan pembelian rumah dari vendor. Kami terlepas pandang mengenai vendor's legal fee. Lawyer pulak sepatutnya beritahu clearly kepada vendor yang dia juga dikenakan charge. Actually semasa lawyer ingin meminta vendor untuk initiate S&P agreement, Lawyer itu ada attach sekali quotation. Tetapi vendor itu memulangkan balik quotation kepada lawyer together with S&P agreement that already initiate. Lawyer tak ada tanyala sebab ingatkan sudah tahu. Kat situ pun dah salah jugak. Lawyer tak boleh buat assumption sendiri. She suppose sms to our vendor, to notify them regarding this legal fee thing. At least they knew that they also need to pay legal fee. Vendor pula sepatutnya kena beritahu ataupun hantar sms kepada lawyer kalau betul dia ada mention kepada kami kononnya kami yang nak bayar their fee. Kalau hantar sms boleh lawyer confirm kan balik dengan kami. Kat situ dah ada black & white. Vendor kami adala mention yang kononnya tak inform kepada lawyer sebab percayakan kami. Langsung tak ada dalam memory saya yang kami berjanji nak bayar vendor legal fee.

Moral of the story:

1. Kalau nak beli rumah direct daripada vendor, make sure dia tahu mengenai legal fee yang kena bayar. Legal fee bukan apply kepada buyer sahaja. Tapi lepas ni, perkara sebegini takkan berlaku lagi. Bukan sebab I learn from the lesson. Sebabnya mana ada duit lagi nak beli rumah sebijik lagi. hehe. Kalau ada duit pun, saya akan beli tanah lot, buat rumah sebijik. Ikut design yang saya nak.

2. Always have back up plan. Memang susah nak ada back up plan. Kalau tak ada back up plan pun, just be confident bila berdepan dengan orang yang tengah hot. At least dia tahu kita tak takut.

3. Manusia memang senang nak berubah.Maybe certain tak kot. Bila berlakunya argument especially melibatkan duit, manusia terus berubah. Dari cara percakapan,tingkah-laku & sebagainya.  

4. Nothing in life is free.