24 September 2014

The birth of Aqil Zafran Story: Part 1



Pada 22 June 2014, saya kena first bleeding pada pukul 9 pagi. Masa tu, saya nak buang air kecil. Lepas nampak ada tompokan darah di seluar dalam, terus saya bagitau Kimchi. Kimchi pun suruhla saya bersiap untuk pergi ke Hospital Umra.


Actually malam sebelum tadi, kami berdua digemparkan dengan cerita yang agak menakutkan mengenai rumah kami.  Akan ada entry mengenai rumah kami ini. Agaknya lepas mendengar cerita itu, saya menjadi takut (saya memang penakut pun), sampai ke baby dalam perut pun menjadi takut. Terus aktif.


Semasa check up di Hospital Umra, doctor cek bukaan saya. Still belum ada laluan lagi. Darah itu just turun tanda. Doctor suruh refer dia lagi pada hari Selasa kemudian..Then, kami pergi Puncak Alam untuk serah kunci rumah sewa kepada tuan rumah. Selesai segala urusan, saya and kimchi balik semula Saujana..        
Petang itu, saya terjaga daripada tidur sebab terasa sakit sangat. Rasa sakitnya sebijik macam period pain.Tapi yang ini lagi sakit. Orang kata sakit bersalin sama macam period pain. Memang tak dinafikan pun.
Malam itu, kami pergi lagi Hospital Umra. Kami memang kena pergi pun sebab nak repeat CTG. Time check up pagi itu, CTG saya menunjukkan heart beat baby tinggi. Sebab itu disuruh repeat lagi sekali. Lepas buat CTG, doctor cek lagi bukaan saya. Still belum ada bukaan, not even 1cm. Doctor yang cek malam ni tak sama dengan yang time check up tadi & doctor ni lagi kasar. Rasa ngilu time doctor ni cek bukaan saya..Saya juga menunjukkan masa-masa yang sakit contraction kepada doktor. Tapi doktor mengatakan itu adalah false contraction sebab selang masa rasa sakit tak konsisten. Kalau selang masa setiap 5 Minit dan continuous, itu baru contraction yang betul.
Lagi sekali doctor suruh saya balik. Dia cakap no point tahan saya kalau rahim belum ada bukaan. Saya n kimchi dah binggung. Kami pergi makan kat kedai mamak dahulu sebab tak makan apa-apa lagi. Walaupun rasa sakit, tapi perut kena isi jugak. Bila sampai Saujana, saya terus contact Mak, Mak mertua & maksu.. Ada whatsup sekali keluarga mohd noor. Tanya mereka kenapa still tak kena tahan walaupun dah turun tanda & dah rasa sakit.
Semua pelik especially Maksu. Maksu bagitau kalau hospital Sungai Buloh dah kena tahan dah. Mak pulak just dengar sebab Mak tak nak takutkan saya. Sebab Mak tahu kalau keluar darah, maknanya saya sakit bersalin lama dan tidak akan mudah. Mak & Maksu pun tak tahu nak bagi advise sebab dua-dua jenis senang bersalin.
Pada pukul 12, sakit contraction menjadi makin kerap. Saya berasa sakit setiap 5 minit. Saya bagitau Kimchi n dia suruh call hospital umra. Saya call & receiptionist yang jawab. Saya tanya takkan still taknak tahan wad walaupun dah sakit selang 5 minit. Dia jawab, kalau dah sakit, just datangla duduk kat hospital. Dia juga mengatakan bukannya simply taknak tahan. Kalau saya duduk hospital, nanti saya akan kurang bergerak. Lagi melambatkan proses bersalin.

Saya dan Kimchi terus bersiap untuk kali ketiga pada hari yang sama untuk pergi hospital yang sama. Masa itu dah pukul 2 pagi. Gigih tak gigih kami berdua berulang-alik dari Puncak Alam ke Seksyen 15, Shah Alam. Kami determine kalau still reject saya, saya akan refer ke Hospital Sungai Buloh. Semasa bersiap & buang air kecil terasa macam ada ketulan keluar ke dalam toilet. Saya snap gambar & whatsapp Maksu. Maksu suruh saya pergi hospital, jangan dilengahkan lagi.

Apabila sampai di Hospital Umra, mula-mula nurse cek bukaan saya. Rahim saya dah terbuka 2cm dan dah leaking. Then, doctor pula yang cek bukaan saya. Doktor yang sama memeriksa saya semasa check up sebelum ini. Doktor yang kasar tu. Mula-mula, dia tak recognize saya walaupun baru sahaja berjumpa dengan saya. Bila tengok rekod saya, baru dia tahu. Then, doctor tu gelak. Dia cakap dialah yang menyebabkan saya leaking. Mana taknya..Dah ganas sangat. Terus leakingla..

Time nak kena dimasukkan air antibiotic pun satu Hal jugak. Boleh pulak doktor salah cucuk. Tak masuk ke dalam urat. Doktor tu kena keluarkan balik jarum yang besar dan masukkan ke dalam urat yang betul. Rasa sakit jangan ceritala.. Dengan sakit contraction lagi. Masa inila teringat pergorbanan Mak time melahirkan saya. Besar sungguh jasa mak.


Kimchi terus check in executive single room. Pilih single room supaya senang Mak & Abah nak menunggu. Abah pulak time ni on the way dari Kelantan, so ada tempat untuk Abah berehat. Bilik ini ada 2 katil, toilet, peti ais, TV & bench untuk tetamu yang datang.


Saya disuruh berehat di dalam bilik sementara tunggu doktor datang bertugas pagi nanti. Tapi saya tak dapat nak tidur pun, sebab dah semakin sakit. Rasa mengantuk itu ada. Bila terlelap, datang jea sakit contraction yang selang 5 Minit, terus saya terjaga. Memang tak boleh nak tidurla. Actually saya baring lagi sakit. Last-last saya duduk atas kerusi dengar IV di tangan. Kimchi dah terlelap di atas katil.


Zafran first photo. Taken by Tokli.

No comments:

Post a Comment