25 September 2014

The birth of Aqil Zafran Story: Part 2

Saya terlelap terjaga sehinggalah pagi Isnin. Mak dan abah pun sampai di hospital. Mak belikan roti canai untuk saya mengisi perut. Memang lapar. Yeala, malam tadi pun just makan roti canai jugak kat kedai mamak. Mahu tak lapar pagi ni.

Pada pukul 8 pagi, doktor Niraj datang memeriksa bukaan saya. Dah 4cm. Doc. Niraj adalah adik kepada Doktor Rafi. Doktor Rafi yang melakukan D&C terhadap saya tahun lepas. Mereka merupakan owner Hospital Umra dan sama-sama menguruskan hospital tersebut. Doktor Niraj suggest kepada saya untuk mengunakan epidural lepas tengok muka saya asyik berkerut duk menahan sakit. Tetapi saya refuse untuk mengunakan epidural sebab takut akan ada side effect selepas bersalin nanti iaitu sakit belakang. Doktor Niraj memberitahu itu just assumption orang sahaja. Patient yang complaint sakit belakang selepas mengunakan epidural sebenarnya mereka ni memang dah ada sakit belakang. Samala dengan assumption baby tak boleh guna air-con. Padahal baby-baby Eskimo tak ada hal pun membesar dalam cuaca yang sejuk. Lagi gemuk compare dengan budak Malaysia adala. Dalam hati saya cakap boleh pulak doktor ni buat perbandingan macam tu.

Doktor Niraj memberi option lain untuk reduce sakit iaitu injection, yang boleh reduce sakit sehingga 60%. Satu lagi option, topeng gas yang boleh reduce sehingga 30%. Kalau epidural sampai 90%, yang boleh bersalin sambil tersenyum. Bak kata doktor tu la. Saya pilih injection.

Saya masuk ke labour room pada pukul 10pagi. Badan saya dipasang dengan alat CGT untuk monitor        heartbeat baby. Then, nurse masukkan ubat induce ke dalam badan saya. Nurse bagitau yang saya akan bertambah sakit dan bersalin selepas 8jam. Ya Allah, lambat lagi nak boleh bersalin. Bila ubat induce nak masuk ke dalam system saya, sakit contraction makin bertambah. Terus saya request pain killer injection

Time menahan sakit contration, yang saya ingat saya ada terlelap. Pegang tangan Kimchi sambil mulut melalut-lalut mintak epidural & caesorian. Kimchi tak layan apa yang saya request tu sebab dia tahu saya taknak semua tu. Saya cuma nak kelahiran normal. Saya just melalut sebab takut sakit. Kimchi pujuk suruh bertahan. Doktor Sumitra yang cantik pun ada melawat saya dan menolong untuk membuka laluan.

Nurse ada puji saya sebab proses bersalin saya sangat baik. Saya jenis senyap menahan sakit. Compare dengan patient bilik sebelah asyik terjerit-jerit sahaja. Saya just senyum bila nurse puji macamtu. Dalam hati duk pikir bilala baby nak keluar.

Pada pukul 3 petang, bukaan saya sudah 8cm. Doktor Sumitra suruh saya push. Bila saya push, baby still tak mahu keluar. Memandangkan heat beat baby still normal, dia suruh tunggu lagi 2jam.

Sejam kemudian, saya rasa dah tak boleh tahan dah. Terus saya mengerang kesakitan. Nurse check bukaan saya dan dia memberitahu dah boleh nampak kepala baby. Nurse suruh kimchi tengok. Tapi tak tahula kimchi tahu ke tak apa yang dia tengok. Nurse suruh saya push tapi baby suka lagi duduk dalam perut mamanya.

Last-last, Doktor Niraj pun datang masuk ke labour room saya, dengan pakaian sukan. Agaknya dia patutnya tak bertugas tapi kena panggil untuk buat delivery. Dia masuk terus prepare peralatan vacuum. Saya diberitahu kepala baby mendongak sedikit. Sebab itu baby susah nak keluar bila saya push secara normal.

Apabila baby dikeluarkan mengunakan vacuum, akhirnya lahirnya seorang putera saya dan Kimchi pada pukul 5:07 petang seberat 3.43kg. Apabila baby diletakkan di atas dada saya, terus rasa happy. Hilang segala rasa sakit. Kimchi terus azan di telinganya. Saya terasa pelik kenapa baby saya tak menangis macam baby lain. Terus saya tanya doktor. Then, ada pediatric datang check baby kami dan dia mengatakan baby dalam condition yang baik. Respon pun baik. Baby tak menangis sebab side effect daripada pain killer yang saya ambik.

Apabila saya dihantar ke bilik saya, terus saya makan nasi goreng yang dibawa oleh mak. Begitulah cerita pengalaman bersalin saya.

Our prince..

Those who came visit me (ayahhar's family, ayahchik & Cikna)

Tokli & his first grandson

With his Papa

It's me, lying on the bed


24 September 2014

The birth of Aqil Zafran Story: Part 1



Pada 22 June 2014, saya kena first bleeding pada pukul 9 pagi. Masa tu, saya nak buang air kecil. Lepas nampak ada tompokan darah di seluar dalam, terus saya bagitau Kimchi. Kimchi pun suruhla saya bersiap untuk pergi ke Hospital Umra.


Actually malam sebelum tadi, kami berdua digemparkan dengan cerita yang agak menakutkan mengenai rumah kami.  Akan ada entry mengenai rumah kami ini. Agaknya lepas mendengar cerita itu, saya menjadi takut (saya memang penakut pun), sampai ke baby dalam perut pun menjadi takut. Terus aktif.


Semasa check up di Hospital Umra, doctor cek bukaan saya. Still belum ada laluan lagi. Darah itu just turun tanda. Doctor suruh refer dia lagi pada hari Selasa kemudian..Then, kami pergi Puncak Alam untuk serah kunci rumah sewa kepada tuan rumah. Selesai segala urusan, saya and kimchi balik semula Saujana..        
Petang itu, saya terjaga daripada tidur sebab terasa sakit sangat. Rasa sakitnya sebijik macam period pain.Tapi yang ini lagi sakit. Orang kata sakit bersalin sama macam period pain. Memang tak dinafikan pun.
Malam itu, kami pergi lagi Hospital Umra. Kami memang kena pergi pun sebab nak repeat CTG. Time check up pagi itu, CTG saya menunjukkan heart beat baby tinggi. Sebab itu disuruh repeat lagi sekali. Lepas buat CTG, doctor cek lagi bukaan saya. Still belum ada bukaan, not even 1cm. Doctor yang cek malam ni tak sama dengan yang time check up tadi & doctor ni lagi kasar. Rasa ngilu time doctor ni cek bukaan saya..Saya juga menunjukkan masa-masa yang sakit contraction kepada doktor. Tapi doktor mengatakan itu adalah false contraction sebab selang masa rasa sakit tak konsisten. Kalau selang masa setiap 5 Minit dan continuous, itu baru contraction yang betul.
Lagi sekali doctor suruh saya balik. Dia cakap no point tahan saya kalau rahim belum ada bukaan. Saya n kimchi dah binggung. Kami pergi makan kat kedai mamak dahulu sebab tak makan apa-apa lagi. Walaupun rasa sakit, tapi perut kena isi jugak. Bila sampai Saujana, saya terus contact Mak, Mak mertua & maksu.. Ada whatsup sekali keluarga mohd noor. Tanya mereka kenapa still tak kena tahan walaupun dah turun tanda & dah rasa sakit.
Semua pelik especially Maksu. Maksu bagitau kalau hospital Sungai Buloh dah kena tahan dah. Mak pulak just dengar sebab Mak tak nak takutkan saya. Sebab Mak tahu kalau keluar darah, maknanya saya sakit bersalin lama dan tidak akan mudah. Mak & Maksu pun tak tahu nak bagi advise sebab dua-dua jenis senang bersalin.
Pada pukul 12, sakit contraction menjadi makin kerap. Saya berasa sakit setiap 5 minit. Saya bagitau Kimchi n dia suruh call hospital umra. Saya call & receiptionist yang jawab. Saya tanya takkan still taknak tahan wad walaupun dah sakit selang 5 minit. Dia jawab, kalau dah sakit, just datangla duduk kat hospital. Dia juga mengatakan bukannya simply taknak tahan. Kalau saya duduk hospital, nanti saya akan kurang bergerak. Lagi melambatkan proses bersalin.

Saya dan Kimchi terus bersiap untuk kali ketiga pada hari yang sama untuk pergi hospital yang sama. Masa itu dah pukul 2 pagi. Gigih tak gigih kami berdua berulang-alik dari Puncak Alam ke Seksyen 15, Shah Alam. Kami determine kalau still reject saya, saya akan refer ke Hospital Sungai Buloh. Semasa bersiap & buang air kecil terasa macam ada ketulan keluar ke dalam toilet. Saya snap gambar & whatsapp Maksu. Maksu suruh saya pergi hospital, jangan dilengahkan lagi.

Apabila sampai di Hospital Umra, mula-mula nurse cek bukaan saya. Rahim saya dah terbuka 2cm dan dah leaking. Then, doctor pula yang cek bukaan saya. Doktor yang sama memeriksa saya semasa check up sebelum ini. Doktor yang kasar tu. Mula-mula, dia tak recognize saya walaupun baru sahaja berjumpa dengan saya. Bila tengok rekod saya, baru dia tahu. Then, doctor tu gelak. Dia cakap dialah yang menyebabkan saya leaking. Mana taknya..Dah ganas sangat. Terus leakingla..

Time nak kena dimasukkan air antibiotic pun satu Hal jugak. Boleh pulak doktor salah cucuk. Tak masuk ke dalam urat. Doktor tu kena keluarkan balik jarum yang besar dan masukkan ke dalam urat yang betul. Rasa sakit jangan ceritala.. Dengan sakit contraction lagi. Masa inila teringat pergorbanan Mak time melahirkan saya. Besar sungguh jasa mak.


Kimchi terus check in executive single room. Pilih single room supaya senang Mak & Abah nak menunggu. Abah pulak time ni on the way dari Kelantan, so ada tempat untuk Abah berehat. Bilik ini ada 2 katil, toilet, peti ais, TV & bench untuk tetamu yang datang.


Saya disuruh berehat di dalam bilik sementara tunggu doktor datang bertugas pagi nanti. Tapi saya tak dapat nak tidur pun, sebab dah semakin sakit. Rasa mengantuk itu ada. Bila terlelap, datang jea sakit contraction yang selang 5 Minit, terus saya terjaga. Memang tak boleh nak tidurla. Actually saya baring lagi sakit. Last-last saya duduk atas kerusi dengar IV di tangan. Kimchi dah terlelap di atas katil.


Zafran first photo. Taken by Tokli.

20 September 2014

Why I take a break from blogging for almost one year..

Assalammualaikum.

Lama betul saya bercuti dari berblogging. Last kali entry saya mengenai surprise birthday dinner untuk Papa Kimchi. Eh papa...yea dah dapat title papa dah kimchi ni.hehe.. Saya pulak dapat title mama. Yea, Alhamdulillah. Kami berdua dikurniakan anugerah yang tak ternilai daripada Allah S.W.T. Akan ada entry mengenai anugerah kami berdua.

Mesti ada orang ingat saya ni jenis hangat-hangat tahi ayam jea dalam berblogging. Mula-mula jea semangat. Kunun-kunun nak tiru blogger terkenal macam Fatin Liyana. Tapi at the end menyepi & cik bah pun buatla spider web kat blog saya. Bukannya apa. Macam-macam perkara yang saya & Papa Kimchi harus settle dalam tempoh saya stop blogging. Perkara-perkara ini berkaitan dengan impian kami dan ada dateline masing-masing. Sebab itu saya take a break sekejap from blogging supaya dapat focus terhadap target saya & Papa Kimchi.

Setelah saya & juga Papa Kimchi bertungkus-lumus, akhirnya kami dapat menarik nafas lega. Semua usaha kami membuahkan hasil. Antaranya;

Dapat zuriat yang sihat walafiat. Our little pumpkin..Namanya Aqil Zafran. Akan dicerita dalam blog mengenai pengalaman bersalin, berpantang & Aqil Zafran.


Dapat settle urusan pembelian rumah dengan jayanya walaupun banyak liku harus kami tempuhi Akan dicerita jugak apa dia liku-liku ni dalam blog.



 Dapat renovate rumah once dapat kunci rumah..


And last but not least, I got promoted dan position title pun dah bertukar. Walaupun tengah pregnant & sibuk hal rumah, performance kerja still dapat maintain. Tak apela kerja di company yang tak well-known pun, asalkan  dapat gaji tiap-tiap bulan..huhu..


 Setelah berusaha, kita just berdoa & tawakkal. Akan ada rezeki darpada Allah S.W.T. InsyaAllah...
Saya berusaha untuk rajin berblogging (ayat tak boleh blah) walaupun ada baby. Sebab rasa sayang kalau blog dibiarkan tak aktif.