25 October 2013

My First Presentation to ALH Staffs..



Pheww.. Really cut the nerves. 
Sebelum ni pernah sekali jea present di depan ramai audience. Tu pun just melibatkan managers & BD staff sahaja. Then, just present monthly individual progress among R&D staff only. Kali ini, saya disuruh present di hadapan semua staff ALH.
Dua hari sebelum presentation, saya disuruh oleh Mr. Pua untuk melakukan presentation. Dia inform yang company akan ada satu practice di mana semua department harus share aktiviti yang mereka lakukan. Satu bulan hanya satu department yang akan present. Presentation akan dilakukan pada hari yang sama dengan monthly lunch.  Since Mr. Pua yang suggest idea ni, R&D la yang kena start dulu & dia suruh saya present about ICP-OES.
Walaupun, last minute inform, saya tak kisah sangat sebab just present pasal ICP-OES sahaja. Tajuk yang memang saya expert. Lagipun saya rasa, tak ada orang kot yang akan join. Kalau ada pun maybe ciput jea yang join. So, tak adela rasa gabra sangat.
Bila tiba hari kejadian, tengok-tengok semua staff join. Rasa banyak pulak mata yang memandang. Start jea presentation, terus terkeluar suara ketar-ketar. Nervous wooo...Bila dah dapat rhythm, barula hilang rasa nervous. Sesi Q&A pun berjalan dengan lancar.


Selesai sahaja presentation, semua terus gather di cafeteria & lunch. After lunch, celebrate besday yang lahir pada bulan September & Oktober iaitu Yap Lee, Akma & Zai.









Selesai makan, sambung buat kerja balik. rasa zzzzzz sebab perut kenyang sangat.

23 October 2013

The Genuine Dadih



Inilah dadih yang original. Tak sama dengan dadih instant yang boleh dibeli di mana-mana pasarraya. Di bekasnya, dadih siap ditulis dalam rumi & jawi. Saya tak pernah jumpa lagi dadih ni di KL. Dadih ni dibeli di Pasar Malam Machang time balik Raya Haji haritu. Tu pun Poksu yang beli. Saya & Mr. abang tumpang sekaki yang Poksu punya sebab time kami nak beli, dah habis pulak. Rasanya memang lainla. Teksturnya hanya kental sedikit (compare dengan instant, lebih kental) & terus cair di dalam mulut apabila dimakan.
Susu yang sebelah dadih tu, abang cakap pernah minum time zaman sekolah dulu. Bila dapat beli susu tu, siap minum slowly supaya lambat habis. Rasa sayang kalau habis cepat. Saya punya opinion pula, saya memang tak suka susu. Bagila susu jenis apa pun, saya memang tak akan minum.

19 October 2013

Raya Aidiladha 2013: Salam Adiladha dari Anak- Beranak CMC

Di Pagi Raya kaum-kaum ibu sibuk prepare breakfast. Saya pula ambil tugas iron baju melayu untuk Mr. Abang, Abah, Farid & Mus. Kaum-kaum lelaki sibuk bersiap untuk solat raya di masjid. Abah orang paling awal gerak sebab ada take part dalam korban. Dia kena pergi ke kampung which  not sure nama tempatnya. Lepas solat raya, lembu abah adalah lembu pertama yang akan disembelih. 
Lepas breakfast, kaum-kaum lelaki terus gerak ke masjid. 

 Breakfast di Pagi Raya..Bihun goreng, kek coklat, kek batik & muffin

 After solat, bebudaks tak tahu nak buat apa, just main game saja..termasuklah Mr. Abang..

 Mr. Abang & I

 Time bergambar, tiba2 budak kecik Hadif ni menyelit..Berdiri depan kamera pulak tu..(walaupun gambar saya agak huduh kat belakang tu, tapi sebab kelakar ngan budak kecik ni, upload jugak)

Nak bergambar sangat, ambik gambar satu muka terus..=P

Abah balik pada waktu tengahhari dengan membawa bahagian dagingnya. Kaum-kaum ibu terus memasak sebab petang itu ramai yang nak balik KL termasuklah saya. Lauk yang akan disediakan adalah Sup tulang & daging goreng. Hanya di Kelantan sahaja yang popular dengan masakan daging goreng (berminyak & lots of onion & green chilies) untuk daging korban. Itu yang saya rasala. Sebab kalau di Negeri Sembilan, pada raya haji, uwan (nenek) tak pernah pun masak masakan ini. Hanya masak sup tulang jea.


 Ni daging korban abah


 Daging yang telah dimasak sup tulang & goreng minyak.. Sedap, lauk dimakan panas-panas dengan nasi panas pulak tu..


Kami terus bersiap & gerak ke KL selepas siap makan tengahhari. Trafik lancar dari Machang ke Raub. Start jem di Bentong & Karak Highway.

Sebelum gerak ke KL, sempat bergambar dengan Nayli bam-bam & Nurin..

Raya Aidiladha 2013: Malam raya

Selepas dah rehat, malam itu saya, Mr Abang, Poksu, Misu, Didi, Farid, Mus & Fatin makan di MF Nan. Just nak bawa Mr. Abang try makan roti Nan yang paling sedap di Machang. Roti Nan dimakan samaada dengan kari ayam atau daging cincang. Kari daging cincang yang paling sedap. Di situ ada jual pelbagai jenis roti seperti roti hamlet, Nan cheese, etc. Selain roti, pelbagai masakan sup perut ada dijual sepeti bihun sup perut,etc.

 Mr. Abang nampak hidung jea.. Kalau hidung macam mat salleh tak apala jugak..=P

 Berjimba2 dulu sebelum pergi makan

Saya, Mr. Abang, Didi, Mus & Farid order Roti Nan & Kari daging cincang. Semasa makan, abang komen roti nan ni lagi sedap compare dengan restoran mamak. Jangan main-main, kalah restoran mamak. MF Nan ni just warung biasa yang terletak berdekatan dengan rumak Mek. Poksu, Misu & Poksu order masakan berasaskan sup perut. Supnya sangat sedap & sangat kaww.. Then Poksu order roti hamlet. Nama macam pelik jea, tapi just roti hotdog yang disalut dengan telur & last disapu dengan kaya. Di Old town White Coffee pun ada juga tapi mengunakan roti sandwish. Kami semua tumpang sekaki roti hamlet Poksu.

 Inilah tempat jual roti nan yang sedap. Nampak kat kertas tertampal di dinding. Ada macam jenis roti yang dijual.

 Fatin, Didi & Misu

 Roti Nan & Kari daging cincang

Roti Hamlet

After Makan, kami terus balik & Che Ngoh & Eri pun sampai. Mereka nak jemput Fatin. Plan nak pergi Wakaf Che Yeh (ntah betul ke tak ejaan ni, belasah ajela), tapi sebab penat sangat saya terus tidur..

Raya AidilAdha 2013: Bawak Mr. Abang beraya di Kelantan pulak..

Raya puasa hari itu saya yang beraya di perantauan. Raya Haji kali ini turn Mr. Abang pula beraya di perantauan. Ini first time Mr. Abang nak berkunjung ke rumah Mek. Saya & Mr. Abang just stay satu malam sahaja sebab hari Rabu kami dah start kerja. Hari Ahad pula husband kena ganti orang. So, balik Kelantan pada hari Isnin & pulang ke KL pada keesokkan harinya. Memang penat sebab tak sempat rehat dah kena balik KL dah, tapi tak boleh buat apa.  Actually kami plan nak beraya di Negeri Sembilan. Plan tersebut terpaksa ditukar sebab Mek tengah sakit & kami tak pernah lagi menjenguk Mek sejak dia jatuh sakit. 

Pada hari Isnin kami konvoi dengan family dari PJ. Bermulalah perjalanan pertama Mr. Abang dari KL ke Kelantan. Sebelum ini dia pernah jea pergi Kelantan tapi dia ikut Jalan Grik. Ikut Karak Highway, Bentong, Raub, etc, ini first time.


Balik Kelantan mengunakan Kereta Saga sebab lebih jimat compare dengan Neo Mr. Abang tapi jenuh jugak nak memotong sebab pick out kereta ni tersangatla out.

 Drive dengan penuh fokus

Konvoi dengan family

Abah singgah beli nangka madu

Mr. Abang belum biasa drive mengunakan jalan biasa untuk balik Kelantan. Mr. Abang agak hesitate untuk memotong. Kami selalu kena tinggal dengan kereta family yang dipandu oleh Farid. Tapi at the end, akan bertembung jugak sebab Farid tak dapat memotong. Lagipun, penat nak memotong sebab pick out kereta Saga tak berapa nak smooth. 

Saya satu family lunch di Mee Kampung Pek. Mee Kampung Pek memang favourite restaurant/stopover CMC (Che Minah Club). Anak-beranak Che Minah suka singgah di sini sebelum sampai ke rumah Mek. Menunya simple jea  seperti Nasi Goreng, Mee Kuah yang ada dia mana-mana restaurant lain tapi masakan sangat sedap.
Lunch di Mee Kg. Pek. CMC favourite restaurant.

Mee Kampung Pek Signature Dish, Fried Rice

Mak order Mee Kuah...Kuahnya sangat pekat & sedap.


Abah, Mak & Didi

Lapo tahap maksim tapi kenapa mesti masing-masing nak control depan camera...=p

Selesai makan, kami teruskan perjalanan kami yang hanya memakan masa dalam 30 minit sahaja. Memang dah dekat dah. Trafik dari KL sangat lancar tapi masuk sahaja bandar Machang terus jem. Sibuk jugak bandar Machang ini.
Sampai sahaja rumah Mek, saya terus pergi jumpa Mek. Semasa saya nak salam dengan Mek, dia macam blur & tak berapa nak bagi respon. Macam dah tak kenal saya. Terkejut jugak. Last time jumpa dia semasa Wedding Hadi, tengah sihat lagi. Sekarang dah macam tak seperti dulu. Rasa sedih pun ada jugak.

Poksu & Pakndik tengah temankan mek.

Saya doakan agar Mek cepat sembuh & sihat. Tiba-tiba saya rindu pulak Mek yang sihat, yang pernah garang satu ketika dahulu. =(

Roti dah satu hari expired

Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Itulah adalah salah satu prinsip hidup yang saya pegang sejak dari kecil lagi. Saya diajar oleh mak supaya tak membazir. Kalau kita nak beli barang yang mahal sekalipun tak apa, tapi kena fully utilised dengan barang tersebut. Contohnya kita beli handbag yang mahal (of course ikut kemampuan, jangan sampai berhutang), kita haruslah guna handbag tersebut. Jangan tersimpan dalam almari sampai tumbuh kulapuk kat handbag. Saya pernah dengar yang kalau kita tak menggunakan barang kepunyaan kita, esok-esok (i mean di padang masyar) kita akan disoal oleh barang yang tidak diguna tersebut. Betul atau tidak. Wallahhualam...

Kalau makan di luar pun tak apa just jangan membazir. Kalau makanan tak habis, minta waiter untuk bungkus. Kalau taknak makan di rumah pun, boleh diberi kepada kucing-kucing yang terbiar. Dapat pahala. Lepas ni kalau rasa makan tak banyak, pesan dengan waiter jangan masak banyak sangat.  

Contoh cara Mak untuk tidak membazir, kalau ada nasi lebih yang malam tadi punya, mak akan mengoreng nasik tersebut & boleh dimakan untuk breakfast. Abah siap bawak bekal untuk lunch. Saya time bujang dulu pun, saya buat benda yang sama juga.
Contoh saya pula roti Gardenia yang dah expired satu hari. Actually, saya & Mr. Abang memang jarang beli roti sebab kami berdua bukannya ada masa untuk prepare roti. Nak tunggu makan time weekend, tengok-tengok roti yang dibeli dah expired. Tapi ada satu hari saya kena beli jugak satu buku roti, sebab Mus nak stay di rumah saya. Rumah saya tak ada makanan sangat, saya belikanla roti untuk dia. Tapi roti itu hanya dimakan beberapa keping sahaja sebab dia just stay satu malam. So, ada balance dalam 9 keping lagi. Bila saya & Mr. Abang nak makan pada hari Sabtu, roti itu dah expired satu hari. Disebabkan saya takut roti itu tak dimakan & akan berkulat, saya terus buat puding roti beserta sos kastard untuk kesemua roti tersebut. Roti itu pun baru expired satu hari sahaja. Tak adela geli sangat pun. 

Bila sudah siap bake, puding itu boleh dimakan untuk breakfast, dessert after lunch, teatime & supper.

Sudah siap dibakar dengan mengunakan roti dah expired satu hari

Ready for breakfast

Ada banyak cara lagi untuk tidak membazir. Saya percaya hidup tidak membazir akan lebih diberkati. Aaminn....

13 October 2013

Bila Mr. Abang buat rambut K-Pop

Pada hujung minggu, macam biasa saya & Mr. Abang akan buat something untuk memanjakan diri kami. Setelah bekerja lima hari di ofis termasuklah di rumah (maksud saya memasak, mengemas,etc), nakla jugak satu hari yang kami tak perlu buat apa2. Tak perlu kerja (of coursela sebab cuti), tak perlu memasak, mengemas & so on. Tapi just satu hari ajela samaada Sabtu or Ahad. Kalau nak kedua-dua hari, nanti duit cepat habis pulak.
Saya & Mr. Abang akan buat aktiviti yang menyeronokkan, yang boleh release stress contohnya tengok wayang (kalau ada movie bestla), shopping (kalau ada duit extra), mengemukkan diri & etc. Semalam kami ke Setia City Mall lagi. Dah Mall ni jea yang senang nak pergi. Takde jem & tol. Disebabkan tak ada movie yang best, saya decide nak pergi cuci & potong rambut. Rambut saya dah kusut & serabai sangat. Mr. abang pun nak join jugak. Dia nak tahu potongan rambut apa yang sesuai dari Hair Stylist.

Hair Equation


Siap ada iPad tu...customer boleh guna semasa tunggu rambut disiapkan.

Last sekali saya memanjakan rambut saya sebelum kahwin lagi. Bulan Mac yang lepas rasanya. Kali ni, saya memilih untuk pergi ke Hair Equation sebab harga reasonable juga. Package for Wash, Cut & Blow only RM38. Lebih kurang harga kat PJ juga. Yang bestnya di Hair Equation siap menyediakan private area for Muslim women. Selain itu, boleh access percuma internet dengan mengunakan iPad2 yang disediakan di setiap Salon Chair. Maknanya setiap customer boleh mengunakan iPad semasa tunggu rambut disiapkan. Hair stylist di situ semuanya lelaki.

Nak potong rambut jugak..sibuk jea Mr. Abang ni..=P


Yang hair stylist tu bukan perempuan yea.. Cik Pon dari Thailand.

Untuk rambut saya, stylist komen rambut di hadapan kepala saya nipis. Akan cepat gugur. Seperti stylist-stylist yang lain, dia sarankan buat treatmentla or cuci guna special shampoola. Kita sebagai customer kena firm sedikit. Kalau nak buat yang biasa, cakap jea. Jangan main setuju apa yang dia suggest. Nanti sedar-sedar, banyak duit yang melayang. So, saya just cakap no & next time.
Cutting yang dia suggest untuk saya potong saya paras bahu & then layer. Mr. Abang pulak, hmmm stylist nak buat style ala2 K-Pop. Tapi Mr. Abang cakap jangan terlampau pelik sangat.
After dah cuci rambut, rambut Mr. Abang dah start dipotong. Saya tengok memang style potongan lain daripada yang lain. Tak sama macam style rambut yang Mr. Abang biasa buat. Terkejut jugak sebab Mr. Abang berani nak buat kelainan untuk rambutnya. Pastu baru saya perasan potongan rambut sama jea style rambut stylist-stylist di situ. Ala-ala K-Pop gitu. Shave di tepi. Bahagian atas dibiarkan panjang then buat wave. Cuma untuk Mr. Abang jea, dia buat kurang K-Pop.

 Inilah hasilnya..dari depan kurang nampak sikit K-Popnya..Kena tengok dari tepi.

 Saya tak tunjukla style rambut saya. Aurat...:)

Selesai di Hair Salon, kami lunch di Carls Jr. Time nak pilih set, saya tengok harga-harga untuk semua set dalam RM15 ke atas. Mahal jugak. Tak macam KFC & McD yang boleh dapat RM10 ke bawah perset. Bila dah dapat makanan, rupanya size burgernya sangat besar. Satu burger boleh dua orang makan. Saya just mampu makan separuh jea, separuh lagi bawak balik rumah. Burgernya dipanggang sama seperti burger di Burger King. Sedap. Abang semestinya akan makan sampai habis. Kentang goreng sangat sedap & crunchy sebab made from sweet potato. Di sauce kaunter, siap ada salad. Kita boleh ambik salad itu sebab free. Tapi salad itu just biasa-biasa ajeala. Satu adalah chopped onion & satu lagi chopped tomato with pickles.



 Yang bekas kecik tuela saladnya, bawang & tomato mixed with pickles..Dah nama pun free..

Inilah burger yang gedabak tu..Boleh tak nampak muka time mengigit burger ni.

After makan, saya & Mr. Abang terus balik ke rumah.




Khairul Farewell Lunch at Coffee Shop

My colleagues & I organize a farewell lunch for Khairul on last Friday at Coffee Shop. Hari itu merupakan hari last Khairul bekerja di tempat kerja kami.
Saya just nak cerita masakan di Coffee Shop sangat sedap. My colleagues love to have lunch at Coffee Shop. Untuk farewell, kami order Siakap Tiga Rasa, Tomyam, Ayam Masak Kunyit, Telur Dadar & Kailan Ikan Masin. Semua makanan di order untuk 14 orang.



Khairul yang buat peace kat meja hujung


For Khairul, all the best in your future undertakings!

11 October 2013

Attending Lab Asia 2013 with my Labmate

Last Wednesday, my lab mate & I attended LabAsia Exhibition at PWTC. Exhibiton yang skima punya bukannye yang glamour. Gerak dari ofis dalam pukul 8lebih & Abang Jem yang tolong hantarkan. Thank to Abang Jem & to Kak Pidah also for arranging driver for us. Walaupun ada isu di sebaliknya..merepek sangat. Ahhh..abaikan ajeala. So, sampai di PWTC dalam pukul 9lebih. 
Sampai saja di exhibiton, rupanye registration belum buka lagi. Awal sangat ke kami sampai. Sementara tunggu, kami just bergambar di situ to kill the time.









After register, saya & Lina visit booth yang berkaitan dengan application lab kami. Kami pergi visit ITS booth untuk survey Lab Furnace & kami terus di approach oleh  Principal dari Germany (if not mistaken). Senang cakap mat salleh la yang tolong explain pasal furnace kepada kami. Semasa sesi Q&A dengan dia, tergeliat-tergeliat jugakla lidah saya nak speaking dengan dia. Tak apela, at least she understand what i'm trying to say.




Selesai memenatkan otak, kami pergi makan di restoren yang berdekatan dengan exhibition. Memang mahalla harga makanan di situ. Dah nama pun dalam PWTC. Nasi Campur yang dah fix lauknya berharga RM12. Nasi tu ada lauk ayam, kari daging & lemon fish.

Inila meal yang berharga RM12 tu

After lunch, kami pergi solat. Di surau saya terjumpa coursemate saya iaitu Liyana & Madihah. Dua2 baru dapat kerja di JKM. Untungnya dapat kerja di situ. Time saya dapat interview untuk post yang sama, tak terpilih pun. Tak apala. Agaknya rezeki anak. Dua2 coursemate saya tu memang baru dapat anak tahun ni. 
Sebelum balik, kami pergi round exhibtion for third time. Berbuku2 catalog la bawak balik ofis.  Nasib baik ada driver fetch kami. Thanks again to Abang Jem & Kak Pidah.