Temankan Mak Buyong shopping...

Maksu mengajak saya pergi shopping barangan bayi untuk Qaireen & also for her upcoming baby. Sebab semua baju Qaireen dah singkat-singkat belaka (bak kata maknye la). Satu lagi, Maksu pun belum start shopping untuk baby yang bakal dilahirkan. Saya suggest untuk try shopping di tempat yang dia tak pernah pergi iaitu Setia City Mall. Maksu pun ok jea dengan cadangan saya. Paksu & Maksu pick up saya dari rumah saya & terus menghala ke Setia Alam. Qaireen monyok sedikit sebab demam.




Sampai sahaja di Setia City Mall, kami mencari tempat makan dahulu sebab Paksu belum makan lagi. Setelah survey tempat makan, kami choose untuk makan di Delicious & dibelanja oleh Maksu. Thanks...Sayang Maksu...Next time kaklong pulak belanja yea... Di Delicious ada offer kalau ambil dua main menu akan dapat free kid's meal. So, Paksu & Maksu pilih main menu.
 Sementara menunggu makanan siap...
 Siap letak koyok kat dahi Qaireen.

Semasa menunggu makanan, tiba-tiba Qaireen excited. Dah tak gaya macam demam jea. Agaknya sebab time baru sampai tadi, dia baru lepas bangun tidur. Tu yang belum panas enjin lagi. 

 Qaireen pun dinner jugak dengan minum susu

Chicken Avocado Wrap, poached chicken breast, basli pesto mayo & butterhead lettuce wrapped in Lebanese bread
(Komen: Meal yang menyihatkan sebab the sauce are made from avocado.Ok untuk veggie lover)
 Hainanese Chicken Chop, doused with a hearty Tomato Sauce
(komen: Chicken chop agak greasy & sosnye setakat tomato sauce jea)

Chocolicious Sundae with Fresh Strawberries.
(Komen: Sangat sedap sebab ada biskut di dalam sundae ni)

Makan dulu...

Selesai makan, terus pergi shopping barangan baby. Sampai tiga outlet la Maksu shopping. Time di third outlet dah nak dekat pukul 10pm. Dah selesai membayar, outlet tu dah tutup pintu pun. Just tunggu customer keluar jea..

 Mak buyong with 6 months baby bump

 Qaireen pun nak shopping jugak

 Muka puas dapat shopping baju Qaireen..hehe

 Dah tak gaya budak demam Qaireen ni

 Apa kasut sebelah lain nie..

 Mak buyong tengah semangat shopping lagi..

 Qaireen dah kepenatan..dah taknak pose dah..

Memang shopping sakanla Mak Buyong harini..Sampai saya pun terasa excited nak shopping. Just belum tiba masanya lagi..(InsyaAllah, akan ada rezeki nanti..aaminnn...)

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. makin bosar perot mak buyung..haha

    ReplyDelete
  2. tuela...time Maksu mengandungkan Qaireen dulu, xdela perut sebesar macamni...

    ReplyDelete