Kalau makan di luar pun tak apa just jangan membazir. Kalau makanan tak habis, minta waiter untuk bungkus. Kalau taknak makan di rumah pun, boleh diberi kepada kucing-kucing yang terbiar. Dapat pahala. Lepas ni kalau rasa makan tak banyak, pesan dengan waiter jangan masak banyak sangat.
Contoh cara Mak untuk tidak membazir, kalau ada nasi lebih yang malam tadi punya, mak akan mengoreng nasik tersebut & boleh dimakan untuk breakfast. Abah siap bawak bekal untuk lunch. Saya time bujang dulu pun, saya buat benda yang sama juga.
Contoh saya pula roti Gardenia yang dah expired satu hari. Actually, saya & Mr. Abang memang jarang beli roti sebab kami berdua bukannya ada masa untuk prepare roti. Nak tunggu makan time weekend, tengok-tengok roti yang dibeli dah expired. Tapi ada satu hari saya kena beli jugak satu buku roti, sebab Mus nak stay di rumah saya. Rumah saya tak ada makanan sangat, saya belikanla roti untuk dia. Tapi roti itu hanya dimakan beberapa keping sahaja sebab dia just stay satu malam. So, ada balance dalam 9 keping lagi. Bila saya & Mr. Abang nak makan pada hari Sabtu, roti itu dah expired satu hari. Disebabkan saya takut roti itu tak dimakan & akan berkulat, saya terus buat puding roti beserta sos kastard untuk kesemua roti tersebut. Roti itu pun baru expired satu hari sahaja. Tak adela geli sangat pun.
Bila sudah siap bake, puding itu boleh dimakan untuk breakfast, dessert after lunch, teatime & supper.
Sudah siap dibakar dengan mengunakan roti dah expired satu hari
Ready for breakfast
Ada banyak cara lagi untuk tidak membazir. Saya percaya hidup tidak membazir akan lebih diberkati. Aaminn....
Expire pada tarikh je. Masih boleh makan lagi.
ReplyDelete