Raya Aidiladha 2013: Salam Adiladha dari Anak- Beranak CMC

Di Pagi Raya kaum-kaum ibu sibuk prepare breakfast. Saya pula ambil tugas iron baju melayu untuk Mr. Abang, Abah, Farid & Mus. Kaum-kaum lelaki sibuk bersiap untuk solat raya di masjid. Abah orang paling awal gerak sebab ada take part dalam korban. Dia kena pergi ke kampung which  not sure nama tempatnya. Lepas solat raya, lembu abah adalah lembu pertama yang akan disembelih. 
Lepas breakfast, kaum-kaum lelaki terus gerak ke masjid. 

 Breakfast di Pagi Raya..Bihun goreng, kek coklat, kek batik & muffin

 After solat, bebudaks tak tahu nak buat apa, just main game saja..termasuklah Mr. Abang..

 Mr. Abang & I

 Time bergambar, tiba2 budak kecik Hadif ni menyelit..Berdiri depan kamera pulak tu..(walaupun gambar saya agak huduh kat belakang tu, tapi sebab kelakar ngan budak kecik ni, upload jugak)

Nak bergambar sangat, ambik gambar satu muka terus..=P

Abah balik pada waktu tengahhari dengan membawa bahagian dagingnya. Kaum-kaum ibu terus memasak sebab petang itu ramai yang nak balik KL termasuklah saya. Lauk yang akan disediakan adalah Sup tulang & daging goreng. Hanya di Kelantan sahaja yang popular dengan masakan daging goreng (berminyak & lots of onion & green chilies) untuk daging korban. Itu yang saya rasala. Sebab kalau di Negeri Sembilan, pada raya haji, uwan (nenek) tak pernah pun masak masakan ini. Hanya masak sup tulang jea.


 Ni daging korban abah


 Daging yang telah dimasak sup tulang & goreng minyak.. Sedap, lauk dimakan panas-panas dengan nasi panas pulak tu..


Kami terus bersiap & gerak ke KL selepas siap makan tengahhari. Trafik lancar dari Machang ke Raub. Start jem di Bentong & Karak Highway.

Sebelum gerak ke KL, sempat bergambar dengan Nayli bam-bam & Nurin..

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment