Raya Aidiladha 2013: Malam raya
Selepas dah rehat, malam itu saya, Mr Abang, Poksu, Misu, Didi, Farid, Mus & Fatin makan di MF Nan. Just nak bawa Mr. Abang try makan roti Nan yang paling sedap di Machang. Roti Nan dimakan samaada dengan kari ayam atau daging cincang. Kari daging cincang yang paling sedap. Di situ ada jual pelbagai jenis roti seperti roti hamlet, Nan cheese, etc. Selain roti, pelbagai masakan sup perut ada dijual sepeti bihun sup perut,etc.
Mr. Abang nampak hidung jea.. Kalau hidung macam mat salleh tak apala jugak..=P
Berjimba2 dulu sebelum pergi makan
Saya, Mr. Abang, Didi, Mus & Farid order Roti Nan & Kari daging cincang. Semasa makan, abang komen roti nan ni lagi sedap compare dengan restoran mamak. Jangan main-main, kalah restoran mamak. MF Nan ni just warung biasa yang terletak berdekatan dengan rumak Mek. Poksu, Misu & Poksu order masakan berasaskan sup perut. Supnya sangat sedap & sangat kaww.. Then Poksu order roti hamlet. Nama macam pelik jea, tapi just roti hotdog yang disalut dengan telur & last disapu dengan kaya. Di Old town White Coffee pun ada juga tapi mengunakan roti sandwish. Kami semua tumpang sekaki roti hamlet Poksu.
Inilah tempat jual roti nan yang sedap. Nampak kat kertas tertampal di dinding. Ada macam jenis roti yang dijual.
Fatin, Didi & Misu
Roti Nan & Kari daging cincang
Roti Hamlet
0 comments:
Post a Comment